Ana ada sedikit kemusykilan...
Apa hukumnya....
Kaita menulis "Allah" di atas sesuatu objek...misalnya kertas...dan bercampur dengan tulisan-tulisan lain... atau...buku-buku yg mengandungi nama Allah... Adakah haram dilangkah/dipijak/dibiarkan bersepah?
Macam mana pulak dengan masalah duduk kat rumah 2 tingkat/hostel/bangunan/flat dsb... adakah mashaf yg berada di tingkat bawah itu juga tidak boleh dilangkahi?
wa
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 2700 : KALIMAH SUCI BERCAMPUR DENGAN TULISAN SELAINNYA
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang dikasihi kerana mengajukan soalan di atas . Pihak al-Ahkam Online memohon maaf di atas kelewatan membalas soalan yang dikirimkan pada 27 / 6 / 2003 lalu .
Berikut adalah jawapan-jawapannya berdasarkan sedikit ilmu pengetahuan yang kami miliki .
1 ~ Senario wujudnya ayat-ayat suci daripada al-Quranul Karim , as-Sunnah mahupun daripada kitab-kitab tertentu yang bercampur-baur dengan tulisan-tulisan selainnya adalah satu senario yang biasa dilihat di dalam dunia penerbitan hari ini . Sebagai mana di tanah air Malaysia ada beberapa majalah “ duniawi “ ( hiburan / remaja / fesyen ) yang turut menyelitkan beberapa artikel / permasalahan agama , maka begitulah juga di dunia arab ini .
Di dunia Arab ini ada beberapa majalah hiburan / remaja / fesyen yang turut menyediakan kolum / ruangan / artikel keagamaan yang memuatkan ayat-ayat suci ( yang ditulis terus ke dalam B. Arab ) seperti majalah “ ASY-SYABAB “ ( Remaja ) , “ AL-AHRAM al-USBU’IAH “ ( Majalah Mingguan Piramid ) dan “ NISFU ad-DUNIA “ ( Separuh Dunia ) . Di dalam ketiga-tiga majalah ini terdapat juga artikel-artikel Islam bahkan fatwa-fatwa semasa yang dijawab oleh al-‘Allamah Syeikh al-Azhar ( Prof. Dr. Muhammad Saiyid at-Tontowi ha ) ataupun al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha ( bekas pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar ) ataupun al-‘Allamah Mufti Negara Qatar ( Prof. Dr .Yusuf al-Qaradhawi ha ) .
Apakah hukumnya majalah-majalah seperti itu ? .
Walaupun majalah-majalah itu berasaskan “ duniawi “ ataupun “ fesyen “ / “ dunia remaja “ akan tetapi kita tidaklah boleh sewenang-wenangnya melangkahinya , memijaknya ataupun mencampakannya . Ini disebabkan di dalamnya terdapatnya ayat-ayat dan kalimah-kalimah suci yang wajib dihormati oleh umat Islam .
Ayat-ayat suci al-Quranul Karim ataupun selainnya tidak syak lagi adalah di antara syiar-syiar ( simbol-simbol ) kebesaran dan kedaulatan Islam . Allah Ta’ala telah berfirman mengenai hal ini :
Ðóáößó æóãóä íõÚóÙøöãú ÔóÚóÇÆöÑó Çááøóåö ÝóÅöäøóåóÇ ãöä ÊóÞúæóì ÇáúÞõáõæÈö
Ertinya : “ Demikian itulah , dan sesiapa sahaja yang memuliakan syiar-syiar ( agama ) Allah , maka itu adalah salah-satu tanda hati-hati yang bertaqwa “~ Surah al-Haj , ayat 32 .
Sikap menghina , memperlekeh , mempersenda , membenci , mempermain-mainkan , memperolok-olokkan dan apa-apa sahaja yang seerti dengannya terhadap syiar-syiar kebesaran agama Islam boleh menyebabkan seseorang itu MURTAD dan terkeluar daripada agama Islam !!! .
Dan TIDAK SYAK lagi tindakan memijak , melangkah ataupun melempar ( di dalam keadaan tahu isi kandungan majalah itu yang mengandungi ayat-ayat suci ) adalah HARAM dan boleh menyebabkan si pelakunya menjadi MURTAD !!! , Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Persoalan : “ Mengapakah majalah itu perlu juga dihormati sedangkan majalah itu bukanlah mushaf al-Quranul Karim ? “ .
Jawapan : Tidak semestinya mushaf al-Quranul Karim sahaja yang mesti dihormati , bahkan semua bentuk bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat suci hendaklah dihormati dan dijaga sedaya-upaya serta diletak di tempat yang sesuai .
Kalau kita mahu menerima logik / analogi daripada soalan di atas , adakah ini bermakna kita juga boleh melempar dan memijak kitab-kitab fiqh ataupun kitab-kitab sirah walhal kedua-dua jenis kitab itu bukanlah mushaf al-Quranul Karim ataupun bukannya memuatkan ayat-ayat suci 100 % !!?? .
Jawapannya : Tetap TIDAK BOLEH !!! . Maka begitulah halnya dengan majalah-majalah di atas .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
2 ~ Masalah kedua yang dinyatakan oleh saudara mengingatkan kami kembali kepada POLEMIK di antara ulama’ Mesir beberapa tahun lalu berkenaan dengan “ APAKAH HUKUMNYA MENDIRIKAN MASJID / MUSOLLA DI BAWAH RUMAH FLAT / PANGSAPURI ? “ ( ini disebabkan majoriti rumah-rumah kediaman di Mesir didirikan di dalam bentuk rumah pangsa ) .
Bagi kami tidak ada halangan bagi seseorang yang berada di tingkat 1 untuk membaca ataupun meletakkan mushaf al-Quranul Karim di dalam biliknya sedangkan di tingkat atasnya ( tingkat 2 ) ada seseorang yang menghuninya .
Kalau dikatakan TIDAK BOLEH , sudah tentulah TIDAK BOLEH JUGA didirikan masjid / musolla / surau di bawah rumah pangsa walhal di Malaysia sendiri ada banyak rumah-rumah pangsa ( hatta rumah pangsa pasukan polis ) sendiri menempatkan tempat sembahyang di bahagian bawah sekali .
Lagipun tidak ada sebarang FATWA pun yang mengatakan ianya tidak boleh dan begitulah juga dengan kedudukan mushaf al-Quranul Karim yang berada di tingkat bawah .
Islam adalah agama yang berkembang – sesuai dengan peredaran zaman dan Islam juga mengajui hajat dan situasi manusia yang berhajat kepada rumah-rumah kediaman seperti rumah flat ataupun pangsapuri . Bahkan di sesetengah negara , hajat untuk mendirikan rumah-rumah “ sebiji “ adalah “ HAMPIR MUSTAHIL “ melainkan kepada golongan V.I.P contohnya di Republik Arab Mesir dan Republik Singapura .
Oleh itu seseorang yang berada di tingkat 2 walhal di tingkat bawahnya ada mushaf al-Quranul Karim TIDAKLAH dianggap TELAH MELANGKAH mushaf itu .
KECUALILAH kalau memang ada orang yang melangkah betul-betul ( secara langsung ) mushaf al-Quranul Karim . Maka perbuatan itu tidak syak lagi HARAMNYA dan BOLEH MENYEBABKAN SI PELAKUNYA ITU MURTAD !!! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-'Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif }
Jilid 2 : Bahagian : 7 , Halaman : 197 – 198 { ÅÍÑÇÞ ÃæÑÇÞ ÇáãÕÍÝ }
Jilid 5 , Bahagian : 21 , Halaman : 34 { æÖÚ ÇáãÕÍÝ ÝæÞ ÇáÊíÝÒíæä }
Terbitan : Darul Ghad al-‘arabi , Kaherah
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
7 / Jumadi Awwal / 1424 H
7 / Julai / 2003 M
ISNIN ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum