SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB

Soalan Berasal Daripada Saudara Fazlimuslim

:salam

Sekarang ni musim orang tengah berangkat ke Tanah Suci menunaikan haji. Satu amalan yang dapat diperhatikan ialah mengaminkan doa beramai-ramai di muka pintu sebelum bakal Haji tersebut melangkah keluar dan kemudiannya dilaungkan azan sebelum bertolak.

Sudi kiranya para ustaz sekelian memberikan sedikit komen tentang amalan ini - dari segi sunnah vs bidaahnya, dari segi adab-adab memulakan musafir yang lainnya dan apa saja yang berkaitan.

Fazli muslim

Re: SJ-2165: Musafir

Jawab:
Amalan ini tidak kita ketemukan dalam kitab2 Azkar spt anNawawi. Cuma dalam kitab Fiqh Islami wa adillatuh karya Prof Dr Wahbah, Bab Kaifiat azan ada disebut sunnat azan ketika musafir. Tapi Prof tidak pula menyatakan dari mana di ambil kesunnahan itu. Setakat in kita "no comment' terhadap amalan azan semasa bakal haji turun rumah menuju ke Kompleks Haji.
Adab-adab musafir yg lazim menurut sunnah:
(Petikan kitab Fiqh Sunnah)
1. Solat istikharah dan mesyuarat dgn keluarga
2. sunat turun rumah pada hari Khamis (HR alBukhari)
3. solat sunat sebelum berangkat
4. berteman teman yg baik2
5. berwasiat dan berpesan pada kerabat dan tolan
6. saling berdo'a, baik yg musafir dan saudara-mara/sahabat yg menghantar
7. minta didoakan di tempat Suci (mekah dan medinah)
WA

Re: SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN


TAMBAHAN TERHADAP APA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ THTL
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB-ADAB HAJI / UMRAH


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara Fazlimuslim. Kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan kami menjawabnya. Berikut adalah jawapannya dengan izin dan bimbingan serta hidayah Allah Ta’ala.

Pertama : MASALAH BERDOA BERAMAI-RAMAI SEBELUM BERANGKAT BAKAL HAJI :

Umat Islam yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah Wal Jama’ah nampaknya telah berbeza pendapat mengenai masalah ini . Kami ringkaskan perbezaan pendapat itu sebagai mana berikut :

1 – GOLONGAN PERTAMA BERHUJJAH :

Berdoa adalah ibadah. Berdoa – secara asas dan prinsipnya - sememangnya pernah dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a . Akan tetapi , berdoa beramai-ramai di muka pintu sebelum berangkatnya bakal-bakal “ pak haji “ dan “ mak haji “ adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan secara spesifik / khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Oleh kerana “ asasnya “ ada , Cuma “ contoh spesifiknya “ tiada “ , maka perbuatan berdoa beramai-ramai untuk bakal-bakal haji itu adalah BID’AH IDHOFIYYAH.

Contoh yang ada hanyalah hadist yang menerangkan bahawa doa itu diminta daripada mereka yang hendak memulakan perjalanan ( musafir ) , bukannya orang-orang yang ditinggalkan itu pula yang berdoa . Lihatlah hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÚõãóÑó Úóäú ÚõãóÑó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäøóåõ ÇÓúÊóÃúÐóäóåõ Ýöí ÇáúÚõãúÑóÉö ÝóÃóÐöäó áóåõ ÝóÞóÇáó íóÇ ÃóÎöí áóÇ ÊóäúÓóäóÇ ãöäú ÏõÚóÇÆößó æóÞóÇáó ÈóÚúÏõ Ýöí ÇáúãóÏöíäóÉö íóÇ ÃóÎöí ÃóÔúÑößúäóÇ Ýöí ÏõÚóÇÆößó ÝóÞóÇáó ÚõãóÑõ ãóÇ ÃõÍöÈøõ Ãóäøó áöí ÈöåóÇ ãóÇ ØóáóÚóÊú Úóáóíúåö ÇáÔøóãúÓõ áöÞóæúáöåö íóÇ ÃóÎöí


Ertinya : Daripada Saidina ‘Abdullah ( ra ) Bin Saidina ‘Umar ( ra ), daripada Saidina ‘Umar ( ra ) , daripada Baginda Rasulullah s.a.w . Sesungguhnya dia ( Saidina ‘Umar r.a ) pernah memohon keizinan Baginda Rasulullah s.a.w untuk menunaikan ‘umrah. Maka telah bersabdalah Baginda Rasulullah s.a.w ( kepadanya ra ) : “ Wahai saudaraku ! , Janganlah kami ini kau lupai di dalam doamu” .

( Baginda Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda kepadanya selepas itu di Madinah al-Munawwarah ) : “ Wahai saudaraku ! , masukkanlah ( sertakanlah / libatkanlah ) kami ini bersama-sama di dalam doamu “.

Saidina ‘Umar ( ra ) berkata : “ Tidak ada yang paling aku sukai pada satu hari yang terbit padanya matahari kecuali ( di saat Baginda Rasulullah s.a.w memanggilku dengan kalimah ) : YA AKHI ! : Wahai saudaraku ! ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Hafidz Ahmad Bin Hanbal ( rh ) di dalam Musnad al-‘Asyarah.

2 – GOLONGAN KEDUA BERHUJJAH :

Ya !, memang diakui bahawa berdoa beramai-ramai di dalam bentuk itu memang tidak ada contohnya secara spesifik / khusus , sama ada daripada Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a .

Akan tetapi tidak ada pula sebarang larangan yang menegah daripada dilakukan amalan seperti itu dan tidak pula kelihatan ada sebarang kerosakan pada agama jika dilakukan amalan tersebut, malahan ianya adalah termasuk di dalam pengertian berdoa dan memohon rahmat dan berkat daripada Allah Ta’ala untuk keseluruhan umat Islam.

Memang benar Baginda Rasulullah s.a.w sendiri meminta Saidina Umar ( r.a ) agar berdoa untuk Baginda s.a.w . Iaitu orang yang ditinggalkan ( Baginda Rasulullah s.a.w ) yang memohon doa daripada orang yang meninggalkan ( bermusafir iaitu Saidina Umar r.a ) . Akan tetapi hadist itu tidaklah pula melarang orang-orang yang ditinggalkan itu mendoakan keselamatan si musafir itu.

3 – GOLONGAN KETIGA PULA BERKATA :

Perkara di atas adalah perkara yang menjadi isu “ khilafiah “ ( perbezaan pendapat ) di kalangan umat Islam , sebagai mana halnya berdoa beramai-ramai selepas sembahyang. Mereka yang kontra akan amalan tersebut mengatakannya sebagai BID’AH ( pihak ini diwakilo oleh majoriti umat ). Manakala pihak yang pro pula akan mengatakannya sebagai TIDAK ADA HALANGANNYA DI DALAM AGAMA ( dan pendapat ini diwakili oleh minoriti umat ) .

Perkara di atas merupakan satu perkara yang perlu dihalusi sebaik-baiknya dan setiap pihak perlulah berlapang dada di dalam berhujah dan mengemukakan pandangan .

Setiap pihak boleh berpegang dengan hujah-hujah masing-masing . Akan tetapi janganlah hendaknya disebabkan perkara di atas , umat Islam saling bertelagah sesama sendiri ataupun saling fasiq-manfasiqkan di antara satu sama lain. Kesatuan umat Islam mestilah dijaga dan perbincangan yang sihat dengan menjaga adabnya mestilah dilaksanakan di saat membincangkan isu-isu khilafiah seperti ini .

KOMENTAR al-AHKAM ONLINE :

Kami juga bersetuju bahawa contoh yang spesifik / khusus mengenai masalah ini tidak ada ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a . Dan kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah khilafiah , yang setiap pihak ada hujah-hujah masing-masing berdasarkan Al-Quranul Karim dan Sunnah. Kami menamakannya sebagai “ khilafiah “ kerana masalah ini ada contoh asalnya ( berdoa itu ada perintahnya dan contohnya ) , Cuma tiada contoh spesifik / khusus yang menunjukkan perbuatan berdoa beramai-ramai sebelum berangkatnya bakal-bakal haji .

Dan kami lebih suka untuk mengemukakan pandangan seorang Mujaddid ( Reformis ) Besar ; Al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna ( rh ) mengenai masalah ini. Kata beliau ( rh ) ketika mengemukakan Asas ke-11 dan ke-12 daripada Usul 20 :


11 - æßá ÈÏÚÉ Ýí Ïíä Çááå áÇ ÃÕá áåÇ Ü ÇÓÊÍÓäåÇ ÇáäÇÓ ÈÃåæÇÆåã ÓæÇÁ ÈÇáÒíÇÏÉ Ýíå Ãæ ÈÇáäÞÕ ãäå Ü ÖáÇáÉ ÊÌÈ ãÍÇÑÈÊåÇ æÇáÞÖÇÁ ÚáíåÇ ÈÃÝÖá ÇáæÓÇÆá ÇáÊí áÇ ÊÄÏí Åáì ãÇ åæ ÔÑ ãäåÇ .
12 - æÇáÈÏÚÉ ÇáÅÖÇÝíÉ æÇáÊøóÑßöíÉ æÇáÇáÊÒÇã Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáãØáÞÉ ÎáÇÝ ÝÞåí , áßá Ýíå ÑÃíå , æáÇ ÈÃÓ ÈÊãÍíÕ ÇáÍÞíÞÉ ÈÇáÏáíá æÇáÈÑåÇä .


Ertinya : “ Semua bid’ah yang dilakukan di dalam agama Islam tanpa ada sandaran asalnya, dan dipandang baik pula oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling banyak supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri “.

“ Bid’ah yang dilakukan dengan cara menambah atau mengurangkan ( ibadah ) , ataupun di dalam bentuk terikat dengan cara-caratertentu di dalam melakukan ibadat yang mutlak ( total ), adalah termasuk di dalam masalah khilafiah yang setiap pihak mempunyai hujah-hujah masing-masing. Namun, tidaklah mengapa mencari-cari kebenaran melalui bukti dan dalil “ .

Bertitik-tolak daripada usul di atas , dan apa yang telah kami nyatakan , maka saudara sendiri ( dan umat Islam sekalian ) boleh sahaja untuk berpegang dengan mana-mana pendapat di dalam masalah tersebut, sama ada memilih pendapat mereka yang mengatakannya sebagai bid’ah ataupun memilih pendapat yang mengatakannya tidak menjadi apa-apa halangan di dalam agama.

Kita berharap agar masalah khilafiah seperti ini tidak dijadikan sebab untuk umat Islam bertelagah sesama sendiri , apatah lagi untuk “ berperang “ sesama sendiri .

Perbincangan yang sihat dan diskusi yang bersikap toleransi perlulah diamalkan demi mencari titik-titik kesatuan di kalangan umat Islam ataupun mencari kebenaran yang dituntut.

****************************************

Kedua : MASALAH AZAN BAGI BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI :

Azan sebagai mana yang dimaklumi adalah satu pemberitahuan mengenai masuknya waktu sesuatu sembahyang fardhu .Dan tidak pula kami temui – sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini – akan adanya azan yang disyariatkan untuk tujuan selain daripada itu.

Oleh itu , kami juga sendiri tertanya-tanya , daripada sumber manakah yang menyatakan adanya azan yang dilaungkan untuk bakal-bakal haji sebelum mereka berlepas ke tanah suci ? .

****************************************

Ketiga : ADAB-ADAB PERJALANAN UNTUK MEREKA YANG AKAN MENUNAIKAN HAJI-UMRAH DAN SELAINNYA :

Al-Imam al-Muhaddis an-Nawawi ( rh ) menjelaskan melalui kitabnya : “ Al-Idoh fi manasik al-Haj wal ‘umrah “ akan adab-adab yang perlu dijaga oleh setiap umat Islam yang ingin memulakan perjalanan , khasnya ketika berniat untuk menunaikan haji dan umrah. Komentar daripada kami bagi setiap kenyataan daripada Al-Imam an-Nawawi ( rh ) akan ditanda dengan “ kurungan “{ ~ al-Ahkam} . adab-adab tersebut ialah :

1 – Berbincang dengan orang-orang yang boleh dipercayai ilmu dan amalnya serta sikapnya terhadap agamanya. { termasuklah mengadakan diskusi dan belajar cara-cara menunaikan haji dan umrah daripadanya ~ al-Ahkam }.

2 – Menunaikan Solat Istikharah.

3 – Bertaubat dan memulangkan kembali hak-hak manusia yang pernah diambilnya secara zalim ( tanpa cara yang dibenarkan oleh syarak ) . Dan hendaklah dia melangsaikan hutang-piutangnya { kecuali kalau tuan punya hutang itu membenarkannya untuk menunaikan haji / umrah ~ al-Ahkam }.

4 – Menjelaskan niat dan tujuannya kepada ibu-bapanya dan suami ataupun isterinya .

5 – Hendaklah belanja yang digunakan untuk haji dan umrah itu daripada sumber yang halal.

6 – Memperbanyakkan bekalan dan nafkah yang halal . { termasuklah meninggalkan nafkah kepada tanggungan-tanggungannya sepanjang tempoh ketiadaannya ~ al-Ahkam } .

7 – Meninggalkan sebarang bentuk pertelagahan di dalam masalah jual-beli.

8 – Tidak berkongsi dengan orang-orang selainnya di dalam bekalan ( makanan / minuman ) , kenderaan dan belanja perjalanan { demi tidak terjadinya sebarang pertikaian , ungkit-mengungkit dan seumpamanya yang berpunca daripada perkongsian tersebut – seperti berkata : “ Aik ! takkanlah korang naik kereta aku free aje , mana duit minyaknya ? “ , ataupun berkata : “ Eh ! kenapa pula makanan aku kau makan banyak , aku makan sikit je makanan kau . Ni mesti sebab makanan aku lagi sedap daripada kau punya “ . Akan tetapi jika perkongsian itu diyakini tidak akan melahirkan ungkit-mengungkit , sakit-menyakiti di kalangan mereka yang sama-sama menunaikan haji dan umrah, maka tidaklah mengapa ~ al-Ahkam } .

9 – Mendapatkan kenderaan yang lebih baik dan selesa.

10 – Mempelajari selok-belok ibadat haji dan umrah kerana itu adalah fardhu ‘ain . Dan disunatkan bagi bakal-bakal haji / umrah untuk membawa bersama buku-buku yang menerangkan selok-belok ibadat haji dan umrah . Dan buku-buku itu hendaklah sentiasa dirujuk sepanjang tempoh seseorang itu menunaikan haji / umrah .

11 – Mendapatkan teman-teman di dalam perjalanan . Iaitu teman-teman yang baik yang boleh menasihatinya di saat dia terlupa dan teman-teman itu boleh pula menolongnya dan membimbingnya.

12 - Memfokuskan ibadat haji dan umrah itu dengan penuh ketenangan dan khusyuk. Di sunatkan juga bagi mereka yang mempunyai perniagaan untuk meninggalkan perniagaannya sepanjang tempoh dia menunaikan haji dan umrah itu agar hatinya tenang.

13 – Disunatkan juga perjalanan itu dilakukan pada Hari Khamis dan di waktu pagi. Dan kalau tidak berpeluang di Hari Khamis , maka pilihkah Hari Isnin kerana pada hari itulah Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah .

14 – Melakukan solat sunat musafir.

15 – Mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, jiran-tetangganya dan rakan-rakannya dan memaafkan kesalahan-kesalahan mereka { termasuklah mendoakan keselamatan mereka yang ditinggalkan ~ al-Ahkam } .

16 – Berdoa tatkala sudah berazam meninggalkan rumah { dan negaranya ~ al-Ahkam } .

17 – Berdoa tatkala menaiki kenderaan.

18 – Memperbanyakkan perjalanan di malam hari { perkara ini tidaklah bertentangan dengan no. 13 kerana yang dimaksudkan ialah memperolehi keselesaan dan ketenangan di dalam perjalanan. Oleh itu jika anda menaiki kapal terbang , maka pahal sunat itu tetap ada walaupun ia memulakan perjalanan di waktu pagi ataupun di malam hari , kerana perjalanan dengan kapal terbang sudah pasti lebih selesa berbanding dengan kenderaan selainnya ~ al-Ahkam }.

19 – Bersikap sederhana di dalam berpakaian dan makan-minum. Serta menjaga akhlaknya seperti tidak “ bertegang-urat “ dan tidak pula saling cela-mencela dan mengumpat.

20 – Tidak berjalan ( bermusafir ) dengan bertemankan anjing dan loceng { tidaklah termasuk jam loceng ~ al-Ahkam }.

21 – Mengucapkan takbir ( “ Allahu Akbar “ ) tatkala sampai ke tempat yang tinggi dan bertahmid ( mengucapkan “ Alhamdulillah ) ketika turun daripadanya.

22 – Berdoa tatkala masuk ke dalam sesuatu wilayah , negeri ataupun negara.

23 – Berta’awwudz ( mengucapkan A’udzubillahi ) apabila turun daripada sesuatu tempat.

24 – Berdoa tatkala malam menjelang.

25 – Berdoa tatkala merasai kembimbangan dan ketakutan .

26 – Berzikir tatkala menghadapi sebarang kesusahan dan kesulitan.

27 – Berdoa tatkala bermusafir untuk dirinya sendiri , ibu-bapanya , orang-orang yang dicintainya, para pemimpin umat Islam dan seluruh umat Islam . Di dalam hadist yang sahih ada dinyatakan bahawa doa orang yang bermusafir itu adalah makbul.

28 – Menjaga wudhuk dan solatnya.

****************************************

Demikanlah jawapan yang dapat kami berikan dalam masalah ini . Semoga ada manfaatnya bersama , khasnya kepada mereka yang menunaikan haji dan umrah. Untuk mereka kami ucapkan : “ Hajjan Mabruran Wa Dzanban Maghfura “ ( Semoga mendapat haji yang mabrur dan dosa-dosa yang diampun ! ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[=red]1 – AL-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH ( Jilid ke- III , halaman ke : 2407 – 2414 )
Oleh : Al-‘allamah Prof. Dr . Wahbah az-Zuhaily ( ha )
Terbitan : Darul Fikr al-Mu’asir , Beirut.

[b][=red]2 – AL-HAJ WAL ‘UMRAH ( ms 43 – 49 )
Oleh : Syeikh Mahyuddin Dib Mistoo ( ha )
Terbitan : Dar Ibni Katsir , Damsyiq – Beirut

[[b]
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Dzulqa’edah / 1423 H
13 / Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN

Assalamu'alaikum

Minta izin dari kedua-dua Sheikh Feqh kita, saya ada satu sahaja penambahan kepada amalan azan sebelum bermula sesuatu permusafiran. Perkara ini telah disentuh oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku beliau berjudul Hajjatul Nabi saw, dimana pada bahagian appendix buku tersebut beliau telah menyenaraikan dan mengkategorikan pelbagai bi'dah-bi'dah yang perlu dielakkan semasa menunaikan Haji. Diantara kategorinya adalah Bid'ah sebelum ihram [="#800000" size="3"](ÈÏÚ ãÇ ÞÈá ÇáÅÍÑÇã), iaitu mengazankan jemaah Haji (Bid'ah no:8). Katanya adalah dikata bid'ah apabila :-

[="#000080" size="3"]ÇáÃÐÇä ÚäÏ ÊæÏíÚåã
8. Melaungkan azan semasa keberangkat mereka.

wallahu 'alam

Rujukan : Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Hajjatul Nabi saw. cetakan ke 7. Beirut : al-Maktab Islami, 1985, halaman 107.

p/s :- Jika anda berminat, appendix buku tersebut (mengenai bid'ah Haji dan Umrah oleh Al-Albani) ada juga terdapat didalam web Berbahasa Inggeris,

urlnya : sila klik: Innovations of Hajj & 'Umrah

-wassalam-

خيرالأمين

Re: SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN

:wassalam
JKK syaikh Kamin,
walaupun saya ada memiliki kitab Hujjatun nNabiyy karya alMuhaddith alImam Nasiruddin alAlbania, saya tidak perasan akan hal ini.