SJ-12-0367 : berpantang lepas bersalin dari kaca mata Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0367 : berpantang lepas bersalin dari kaca mata Islam

:salam

adakah hukum fiqh mengenai wanita selepas bersalin?
dari segi makanannya, aktivitinya, rehatnya, ibadahnya dan lain2.

untuk makluman, saya tidak menitikberatkan dari segi amalan adat spt 40hari tidak boleh keluar rumah, tidur 7bantal dan sebagainya.

jika ada sirah mengenai para salaf berpantang lebih baik.
dan jika tak keberatan, saya mohon sedikit nasihat buat panduan seluruh muslimah yang baru melahirkan cahaya mata.

mohon pencerahan syeikh panel.

wallahu'alam.

:wassalam

Re: berpantang selepas bersalin dari kaca mata Islam

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini :-

- perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidor, sekurang-kurangnya 1 minggu
- terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
- makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam.
- tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu.
- terus bersenam sehingga badan menjadi normal

Beberapa perubahan yang mungkin berlaku :-

- perubahan emosi. Ibu yang baru masuk kealam yang baru. Adakalanya stress, dsb. Peranan suami dan keluarga memberi sokongan kepadanya
- perubahan phisiologi didalam waktu post-natal.

Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas. Tidak banyak yang dapat dipetik mengenai bab wanita selepas bersalin dari kitab fiqh. Yang wujud didalam kitab-kitab fiqh adalah amalan menyusu dan amalan-amalan sunat yang dilakukan keatas bayi, seperti memberi nama, aqiqah, bercukur, tahnik, dsb. Ibu Qayyim yang juga merupakan seorang doktor banyak memberi nasihat penjagaan bayi semasa kecil sehinggalah pendidikan mereka. Amalan-amalan lain seperti pemakanan, senaman, kasihatan, dsb bolehlah dilihat didalam buku-buku kesihatan. WA.

beberapa tautan yang boleh dilayari :-

تنظيم فترة ما بعد الولادة
http://www.layyous.com/book%20addition/postnatal%20organization.htm

تعليـــمات بعـــــد الــولادة
http://akhawat.islamway.com/forum>

sekian, wassalam

خيرالأمين