Benarkah Tak Boleh Aminkan Semua Doa Qunut Sebab Dalamnya Bukan Semua Doa?

Primary tabs

SOALAN

1. Ada ustaz kata bahawa doa qunut ada dua bahagian, iaitu bahagian 1 adalah doa, bahagian dua adalah pujian kepada Allah, iaitu dari "Fa Innaka Taqdhi" (فإنك تقضي) sampai habis qunut. Kata ustaz berkenaan, pada bahagian pujian makmum tak boleh amin-kan tapi kena ucap ‘haqqan’ (حَقًّا)

2. Adakah benar tindakan sebahagian imam yang memperlahankan bacaan qunut ketika sampai dari "Fa Innaka Taqdhi" (فإنك تقضي) sampai habis qunut… Bermula dari situ makmum pula membacanya secara bersendirian?

 

JAWAB

Oleh Zainudin Yusro (zain y.s) (FB: https://www.facebook.com/zain.ys1)

1. Untuk orang yang solat bersendirian, mereka hendaklah membaca qunut secara perlahan.

2. Untuk mereka yang solat berjamaah pula, imam hendaklah membaca qunut dengan nyaring, manakala makmum dikehendaki meng-amin-kannya.

3. Di dalam doa qunut tidak semuanya mengandungi doa. Sebahagiannya adalah doa dan sebahagiannya adalah pujian kepada Allah.

4. Bahagian doa adalah dari mula qunut hingga sebelum "Fa Innaka Taqdhi" (فإنك تقضي). Pada bahagian ini, makmum hendaklah meng-amin-kannya kerana ia adalah doa.

5. Manakala bahagian pujian adalah bermula dari "Fa Innaka Taqdhi" (فإنك تقضي) sehingga habis qunut. Pada bahagian pujian ini makmum boleh memilih sebagaimana berikut ini:

a. Turut sama bersama imam mengucapkan pujian berkenaan.

b. Diam mendengar bacaan qunut imam.

c. Mengucapkan ucapan yang sesuai dengan pujian, antaranya ialah: (أَشْهَدُ) – Saya bersaksi, atau (صَدَقْتَ), atau (بَرَرْتَ), atau (يَا الله), atau (حَقًّا)

6. Imam hendaklah menyaringkan bacaan qunut samada pada bahagian doa atau bahagian pujian.

7. Menyaringkan pada bahagian doa, agar makmum dapat meng-amin-kannya. Manakala menyaringkan pada bahagian pujian, agar makmum dapat mengikutinya bersama-sama atau dia dapat diam untuk mendengarkannya atau dapat menjawab dengan ucapan yang sesuai terhadap pujian yang diucapkan oleh imam.

8. Kalau imam tidak menyaringkan bacaan qunut atau imam menyaringkannya tetapi tidak dapat didengari oleh makmum, makmum sunnah membaca qunut bersama imam secara perlahan.

 

Teks rujukan

(وَ) الصَّحِيحُ (أَنَّ الْإِمَامَ يَجْهَرُ بِهِ) لِلِاتِّبَاعِ رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَغَيْرُهُ قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ: وَلْيَكُنْ جَهْرُهُ بِهِ دُونَ جَهْرِهِ بِالْقِرَاءَةِ، وَالثَّانِي لَا كَسَائِرِ الْأَدْعِيَةِ الْمَشْرُوعَةِ فِي الصَّلَاةِ.

أَمَّا الْمُنْفَرِدُ فَيُسِرُّ قَطْعًا (وَ) الصَّحِيحُ (أَنَّهُ يُؤَمِّنُ الْمَأْمُومُ لِلدُّعَاءِ) لِلِاتِّبَاعِ رَوَاهُ أَبُو دَاوُد بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ أَوْ صَحِيحٍ، وَيَجْهَرُ بِهِ كَمَا فِي تَأْمِينِ الْقِرَاءَةِ

(وَيَقُولُ الثَّنَاءَ) سِرًّا وَهُوَ فَإِنَّكَ تَقْضِي إلَى آخِرِهِ؛ لِأَنَّهُ ثَنَاءٌ وَذِكْرٌ فَكَانَتْ الْمُوَافَقَةُ فِيهِ أَلْيَقَ، وَفِي الرَّوْضَةِ وَأَصْلِهَا أَنَّهُ يَقُولُ الثَّنَاءَ أَوْ يَسْكُتُ، وَقَالَ الْمُتَوَلِّي: أَوْ يَقُولُ أَشْهَدُ، وَقَالَ الْغَزَالِيُّ: أَوْ صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ، وَلَا يَشْكُلُ عَلَى هَذَا مَا تَقَدَّمَ فِي الْأَذَانِ مِنْ أَنَّ الْمُصَلِّيَ إذَا أَجَابَ بِهِ الْمُؤَذِّنُ تَبْطُلُ صَلَاتُهُ؛ لِأَنَّهُ ارْتِبَاطٌ بَيْنَ الْمُصَلِّي وَالْمُؤَذِّنِ بِخِلَافِ الْإِمَامِ وَالْمَأْمُومِ.

قَالَ فِي الْمَجْمُوعِ وَغَيْرِهِ: وَالْمُشَارَكَةُ أَوْلَى، وَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم دُعَاءٌ فَيُؤَمِّنُ لَهَا كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْمُحِبُّ الطَّبَرِيُّ شَارِحُ التَّنْبِيهِ

وَقَالَ الْغَزِّيُّ: وَيُحْتَمَلُ أَنَّهَا ثَنَاءٌ، بَلْ قِيلَ: يُشَارِكُهُ وَإِنْ قِيلَ: إنَّهَا دُعَاءٌ لَمْ يَبْعُدْ، فَفِي الْخَبَرِ «رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ» اهـ.

وَلِذَا قَالَ بَعْضُ مَشَايِخِي: الْأَوْلَى أَنْ يُؤَمِّنَ عَلَى إمَامِهِ، وَيَقُولَهُ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَوْجَهُ، وَقِيلَ يُؤَمِّنُ فِي الْكُلِّ، وَقِيلَ يُوَافِقُهُ فِي الْكُلِّ كَالِاسْتِعَاذَةِ، وَقِيلَ يَتَخَيَّرُ بَيْنَ التَّأْمِينِ وَالْقُنُوتِ هَذَا كُلُّهُ إذَا قُلْنَا يَجْهَرُ بِهِ الْإِمَامُ أَوْ خَالَفَ السُّنَّةَ عَلَى الْقَوْلِ الثَّانِي وَجَهَرَ بِهِ كَمَا يُؤْخَذُ مِمَّا مَرَّ فِيمَا إذَا جَهَرَ بِالسَّرِيَّةِ.

 أَمَّا إذَا لَمْ يَجْهَرْ بِهِ أَوْ جَهَرَ بِهِ وَلَمْ يَسْمَعْهُ فَإِنَّهُ يَقْنُتُ كَمَا قَالَ (فَإِنْ لَمْ يَسْمَعْهُ) لِصَمَمٍ أَوْ بُعْدٍ أَوْ لِعَدَمِ جَهْرِهِ بِهِ أَوْ سَمِعَ صَوْتًا لَمْ يُفَسِّرْهُ (قَنَتَ) نَدْبًا مَعَهُ سِرًّا كَسَائِرِ الدَّعَوَاتِ وَالْأَذْكَارِ الَّتِي لَا يَسْمَعُهَا

(مغني المحتاج، جزء 1، ص 370)

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan