40 Ustaz Masuk UMNO: Apa Kata Gang Sunnah Lain

Primary tabs

Dipetik dari http://miezaan.blogspot.com/

MEREKA MASUK UMNO DAN MENYETUJUI DASAR2 UMNO

Author: HAZMAN

Kemasukan Ust. Fadzlan, Ust. Fathul Bari dan beberapa yang lain dari kalangan Rakan Sealiran Salafiyien kedalam UMNO amat mengejutkan. Ini bererti mereka telah menyetujui dasar-dasar UMNO dan pelaksanaan yang sedang dijalankan sekarang. Walaupun apa alasan yang diberikan, ia telah menguris hati ramai rakan-rakan sealiran.


Pengalaman di Kuala Pilah sudah cukup untuk diambil peringatan. Pengasas MIS, (Ma'ahad Ittiba Us Sunnah) merupakan salah seorang pendukung kuat UMNO Bahagian ini, sebagai Ketua Peneranagn, Setiausaha dan pelbagai Jawatan lagi untuk beberapa puluhan tahun, sehingga dianugerahkan salah seorang Tokoh Pejuang Kemerdekaan suatu ketika dahulu. Dalam hubungan itu, dengan harapan jasa pengorbanan beliau akan dikenang pemerintah dan MIS diberikan keistemewaan dan perhatian. Namun apa yang diharapkan seperti pungguk merindukan bulan. MIS terus dihimpit dan ditekan. Hingga kesaat ini, MIS terus ditekan, segala jasa dan bakti yang ditaburkan ibarat seperti debu berterbangan yang tiada memberi apa-apa erti langsung kepada mereka. Ini lah permainan licik dan kotor mereka.

Apakah Ustaz-ustaz yang disebutkan tadi masih mentah dan tidak mengerti dan faham lenggok permainan mereka. Apakah dengan alasan ada agenda tersembunyi, dengan harapan gerakan dakwah mereka akan mendapat perlindungan? Kami telah diingatkan : Ingatlah, kamu ini, kamu sahaja yang mengasihi mereka, sedangkan mereka tidak mengasihi kamu, sedangkan kamu beriman dengan KitabNya" (Al-Imran: 119). Dikala UMNO sedang mengalami krisis keyakinan dan sokongan rakyat, Ustaz-ustaz ini akan disanjung dan julang dengan sebaik-baiknya. Pengajaran mengenai itu sudah terlalu banyak dalam UMNO kepada Ustaz-ustaz yang kononnya ingin melakukan perubahan dalam UMNO. Perkembangan terbaru di Kuala Pilah memberikan suatu ingatan yang cukup mendalam.

Kami di Kuala Pilah adalah Anak Jati Negeri Sembilan ini, dan telah menaburkan jasa dan bakti kepada negara dalam mencapai kemerdekaan dan selepasnya. Tetapi kami dilayan seperti PENDATANG ASING maupun WARGA KELAS TIGA. Kami dilarang mendirikan Jumaat di Bangunan kami sendiri, kami dilarang untuk mengadakan Ceramah Agama untuk Jamaah kami. Tetapi keistemewaan itu diberikan kepada INDIA MUSLIM yang berhijrah kenegara ini untuk mendirikan Jumaat dan lain-lain kegiatan walaupun ia berlainan MAZHAB dengan pemerintah, kami tidak mencemburui mereka tetapi inikah keadilan cara pemerintah dalam menjalankankan tanggung-jawabnya kepada rakyat di Negeri Sembilan ini. Apa yang nyata, kemasukan ustaz-ustaz tersebut bererti meghulurkan leher-leher mereka untuk disembelih, memecahkan kesatuan Jamaah yang sedang dibina dikalangan Salafiyien dinegara ini. Mudah-mudahan ini tidak akan berlaku kerana masih ramai lagi rakan-rakan yang setia mendukung wadah perjuangan Gerakan As Sunnah walaupun tidak bertitel Phd dan sebagainya. Wassalam.

Sumber: http://miezaan.blogspot.com/2010/06/mereka-masuk-umno-dan-menyetujui-dasar2.html