Halaqah 1 – Seputar idea tentang mempermudahkan ilmu Maqasid Al-syari'ah.( ilmu objektif syariah )
Penulis: Dr . Ahmad Al-Raisuni | Terjemahan: Musmai _87 [Artikel asal]
Seringkali saya ketemu soalan-soalan seperti ini :
- Adakah ilmu Maqasid berguna untuk umum dan umum berguna untuknya? Ataupun ianya hanya khusus untuk ulama?
- Adakah masyarakat awam mampu memahami ilmu maqasid atau ianya melebihi akal-akal mereka?
- Adakah mereka boleh mengambil faedah dari ilmu tersebut? Atau ianya hanya sekadar membuka fitnah bagi mereka dalam beragama?
- Dan pernah seorang pengacara satu program t.v di Jordan bertanya saya (kami ketika itu dalam perbualan tentang Maqasid Al-syari'ah) : adakah boleh kita mengajar Maqasid Al- Syariah untuk anak-anak kita di sekolah?
- Semenjak 20 tahun saya terkenang-kenang ketika saya bersama seorang ustaz di kuliyah syari'ah di Dimashq , dan ketika itu kami telah mengajar subjek maqasid di Maghribi…. Maka saya bertanya kepadanya : " adakah kamu megajar subjek maqasid di kuliyah kamu?" Maka beliau menjawab – maknanya- : "para pensyarah di kuliyah telah berbincang topik ini , dan mereka membuat keputusan bahawa subjek ini tidak sesuai bagi pelajar di peringkat ijazah ( B.A) kerana tahap mereka tidak mampu menampungya, dan kerana ilmu itu akan memberanikan mereka untuk tergelincir dan tersasar dalam memahami hukum-hukum .tetapi mereka bersetuju dalam meletakkan sesuainya ilmu itu untuk diajar di peringkat lebih tinggi, dan sehingga sekarang ianya massih lagi di bawah kajian sebelum dilaksanakan."
- Dan saya sentiasa berjumpa dengan sebahagian para penyarah dan pelajar syari'ah risau dan bimbang bahawa mempromosikan ilmu Maqasid akan memberi peluang bagi ramai orang untuk menyalahgunakannya dengan merosakkan hukum-hukum syariah melaluinya.
Oleh sebab itu saya berpandangan untuk mengkhususkan halaqah pertama ini untuk menjawab persoalan-persoalan ini , dengan jawapan yang tersusun dan objektif.
Pertama:
Maqasid Al-syariah tidaklah susah sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak , lalu disebabkan alasan itu mereka mengklasifikasikan ilmu ini jauh dan susah untuk difahami oleh orang awam. Bahkan saya hampir-hampir mengatakan : "Bahawa mengetahui Al-maqasid adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu syariah yang lain. Ianya lebih mudah dari Fekah ,Usul Fiqh , dan ilmu Mustolah Al-Hadith. Ianya juga jauh lebih mudah dari ilmu-ilmu Bahasa Arab , terutamanya ilmu Nahu yang mana kita mempelajarinya sejak dari sekolah rendah.
Sudah pasti saya tidak bercakap tentang istinbat al-maqasid ( menentukan objektif syariah ) dan mengezetkannya melalui kaedah-kaedah dan tekniknya , hal ini sudah tentu adalah urusan para ulama yang profesional dalam bidang itu, seperti juga –contohnya- dalam istinbat al-nahu ( membuat kaedah-kaedah nahu ) dari teks-teks arab.Dan ini lah juga berlaku pada semua ilmu. Akan tetapi topiknya sekarang adalah tentang mengetahui al-maqasid dan memahaminya setalah selesai digezetkan oleh para ulama.
Dalam kita bersetuju bahawa istinbat secara amnya , dan istinbat maqasd Al-syari'ah khususnya adalah kemahiran khusus bagi ulama, tetapi seharusnya kita mengingatkan bahawa memahami maqasid Al-sayariah dan mengeluarkanya secara langsung dari teks teks syariah tidaklah selalunya memerlukan kepada ulama dan istibat mereka. Bahkan di sana adanya objektif-objektif yang hampir-hampir tiada orang pon yang tidak dapat mengesanya.Ada di antaranya pula tidak memerlukan usaha melainkan sedikit pemerhatian dan kajian.Maka ianya umpama hasil tanaman yang dikurniakan oleh Allah yang pelbagai jenis, seperti buah buahan, sayuran dan bijirin. Ini kerana ada di antara sifatnya mudah dikesan dan dekat untuk dipetik, dan ada pula yang memerlukan kepada menggorek lubang dan menggalinya bagi mengeluarkannya dari perut bumi , dan ada pula yang sifatnya tinggi berada di hujung pokok yang susah untuk dipetik dan memerlukan kepada medium tertentu untuk mencapainya.
Kedua:
Hukum-hukum syariah dan objektifnya bukanlah dari jenis ilmu batin yang tersembunyi dari orang yang bukan ahlinya , dan bukan juga dari jenis ilmu logik yang kompleks seperti mantiq dan falsafah dan seumpamanya .dan ianya bukan juga dari jenis ilmu teologi yang susah difahami ,bahkan ilmu ini mengambil berat tentang semua mukallaf , dan semua mukallaf boleh mengambil faedah darinya mengikut kadarnya. Oleh itu ianya sudah tentu akan menjadi ilmu yang boleh difahami dan mudah untuk difahami kecuali sebahagian dari ilmu ini yang sifatnya lebih asas dan susah.
Maka hukum-hukum syariah dan objektifnya boleh dipelajari dan diajar pada tahap yang paling tinggi ,iaitu peringkat profesional dengan menggunakan istilah akademiknya yang khusus dan kajian-kajian mereka.
Dan ianya juga boleh dibentangkan di peringkat yang sederhana , iaitu peringkat yang sesuai untuk ahli-ahli akedemik dan para pelajar di universiti.
Dan boleh juga ianya dibentangkan di peringkat yang lebih rendah dari itu dan lebih mudah. Iaitu di peringkat orang awan dan para remaja. Di atas asas inilah kita mampu memahami ucapan yang masyhur dari Imam Al-Syatibie " Syari'at yang berkat ini sifatya "ummiyah "…. Iaitu ianya boleh diakses melalui kefahaman orang yang sifatnya ummi ( tidak tahu membaca dan menulis ) apatah lagi orang yang lebih tinggi , walaupun kita setuju bahawa kefahaman-kefahaman itu bervariasi dan tidak sama.
Isu pada tiga peringkat tadi - boleh disamakan dengan "berenang" di laut, "berenang" di dalam sungai dan "berenang" di kolam renang . Apa yang penting adalah "berenang" yang mana semua orang diberi peluang untuk belajar berenang dan sememangnya semua orang mampu untuk berenang. Maka seperti itulah juga hukum-hukum syariat dan objektif-ojektifnya .Seandainya kamu menjumpai seusatu – dari ilmu itu- tidak difahami oleh semua orang pada setiap peringkat, ketahuilah bahawa ianya bukan dari syari'at .
Kemudian , Kita telah pun mempelajari ilmu-ilmu fiqh lebih awal dalam usia dan pendidikan kita , kita bertemu dengan : kewajipan-kewajipan wudhu' , pekara-pekara yang sunat baginya, pekara-pekara yang makruh dan pekara-pekara yang membatalkannya. .. dan kita telah berjumpa dengan pekara seumpama itu dan lebih susah darinya dalam rukun-rukun yang lain seperti solat ,puasa , haji ,dan fara'id. Maka di manakah yang dikatakan mudah dan jelas – sedangkan ianya memerlukan kepada kefahaman dan hafalan- jika kita membicarakan tentang objektif-objektif solat ,puasa ,haji dan muamalat?
Saya sesungguhnya telah mendengar kisah dari kawan-kawan saya tentang seorang alim –orang mesir- yang mengajar di masjid , ucapanya tidak putus-putus dari membicarakan tentang Maqasid Al-syariah , dalam masa yang sama tidak pula orang awam lari dari kelasnya itu , bahkan penerimaan terhadap si alim itu tidak mampu digambarkan.
Ketiga :
Kenyataan bahawa mempromosikan Maqasid Al-syari'ah memberi peluang kepada sebahagian orang awam untuk salah guna dan merosakkan hukum-hakam melaluinya , adalah kenyataan yang betul.Walaubagaimanapun , penyelesaiannya bukan dengan menyahkan ilmu ini dan mengaburkannya , tetapi penyelesaianya dengan menyebarkan pengetahuan yang benar tentangnya, menanamkan kesedaran tentang ilmu ini dengan mantap , dan mengukuhkan cara penggunaanya dengan betul, sepertimana yang telah diasaskan dan digunakan oleh para ulama yang profesional. Pekara ini kita sebutkan dengan mempercayai bahawa "salah guna" dan " salah paham" (sama ada secara tidak sengaja atau sengaja )bukanlah berlaku hanya pada ilmu ini sahaja , bahkan ianya berlaku pada semua jenis ilmu termasuklah Al-quran , yang mana ianya tidak membawa apa-apa kebatilan dari mana-mana sudut pun , masih lagi tafsiranya tersalah dan penggunaanya juga bermasalah.Maka adakah dengan itu kita menghalang penafsiran Al-quran? Atau kita menghalang untuk memahami al-quran? Atau kita menghalang orang awam membacanya sehingga kita mengakhirinya dengan melenyapkannya?
Adapun kenyataan Al-allamah Muhammad Al-tahir ibn 'ashur : " bukanlah semua mukallaf memerlukan pengetahuan tentang maqasid , kerana pegetahuan tentangnya adalah dari jenis ilmu yang kompleks , maka hak orang awam hanyalah menerima syariah tanpa pengetahuan tentangnya disebabkan mereka tidak mahir dalam penentuan dan aplikasinya. Kemudian dibuka peluang secara bernasur-ansur bagi masyarakat untuk memahaminya mengikut kadar penambahan pengetahuan mereka dalam ilmu syariah, supaya mereka tidak meletakkan apa yang mereka terima dari ilmu maqasid pada tempat yang tidak sesuai lalu menyebabkan apa yang diperolehi bercanggah dengan apa yang dikehendaki " dalam kenyataan beliau ada yang boleh diterima seperti " beransur-ansur dalam menyampaikan ilmu maqasid mengikut peringkat para pendengar . dan ada pula yang telah pon dijawab tadi , seperti mengaplikasikannya pada tempat yang tidak sesuai …. Dan ada pula yang perlu dibincangkan pada perbincangan yang akan datang -dengan bantuan Allah –
Dalam proses untuk mempermudahkan maqasid dan menyebarkannya kepada orang awam ,ada pelbagai contoh dari ulama kita yang menulis kitab-kitab dengan tujuan untuk memdekatkan apa yang jauh dan mempermudahkan apa yang susah dari jenis ilmu-ilmu yang lain sama ada aqli atau naqli , bagaimana pula tentang Maqasid Al-syari'ah yang mana ianya bukanlah – secara umum- dari jenis yang jauh dan bukan juga dari jenis yang susah ?
Dan ini adalah tajuk-tajuk sebahagian tulisan yang ditulis oleh pemiliknya dengan tujuan mempermudahkan:
1. التسهيل لعلوم التنزيل، لابن جُزَي الغرناطي.
2. تقريب الوصول إلى علم الأصول، له أيضا.
3. التيسير والتسهيل لفهم مدارك التنزيل، لعبد الحكيم الأفغاني.
4. التقريب والتيسير لمعرفة سنن البشير النذير، لابن شرف النووي.
5. التيسير في القراءات السبع، لأبي عمرو الداني.
6. التقريب لحد المنطق لابن حزم الأندلسي.