Penulis: Dr Ahmad Al-raisouni | Penterjemah: Musmai _87 | Link Asal
Faedah amali dari mengetahui maqasid Al-shari'ah
1-Berlapang dada untuk melaksanakan tuntutan agama dan menunaikannya.
Dahulukala orang berakata : " Barangsiapa yang mengetahui arah tujunya , mudah untuknya untuk bertemu apa yang dia inginkan " Dikatakan juga " barangsiapa yang mengetahui arah tujunya , mudah baginya untuk dia meninggalkan sesuatu " dan dikatakan juga " barangsiapa yang tahu apa yang dia inginkan , apa yang dia usahakan untuk mencapainya menjadi sesuatu yang mudah "
Maknanya seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu , tatkala dia melaksanakan suruhan dan larangan dalam keadaan dia mengetahui tujuan yang diingini dari larangan dan suruhan itu , maka dia akan tenang dan bersemangat untuk melaksanakannya, dia juga tidak peduli - kadangkala tidak terasa langsung - dengan apa yang dia lalui daripada penderitaan dan kesusahan .
Berbeza dengan sesiapa yang ditugaskan dengan sesuatu suruhan atau larangan sedangkan dia tidak tahu signifikan tugas itu , dan juga faedahnya , ketika itu dia melakukan tugas itu hanya semata-mata tanggungjawab sahaja . Maka jenis ini jarang sekali mereka melaksanakan tugas itu melainkan dalam keadaan berat dan tidak bersemangat dan mempunyai peluang yang besar untuk gagal dan berputus asa .
Contohnya: sesiapa yang tidak mengetahui apa-apa langsung tentang tujuan perlaksaan zakat akan menyebabkan dia cenderung untuk enggan membayarnya , melarikan diri dari menunaikannya dan mencari helah untuk berlepas tangan. Sangatlah berbeza dengan sesiapa yang mengetahui hikmah zakat itu dan faedahnya sama ada bagi diri dia dan orang lain.Begitu juga sesiapa yang tidak mengetahui objektif pengharaman zina, kadangkala dia mengahadapi kesukaran yang berat untuk menghindarinya.Ini kerana dia hanya melihat pengharaman itu hanya sekadar haram dan satu kongkongan. Tetapi sesiapa yang mengetahui rahsia sebalik pengharaman itu sama ada adanya maslahah yang diimpikan atau mafsadah yang dihindari maka mudah baginya untuk menjauhkan diri dari zina itu.
2-Menjadikan sesuatu amalan itu tepat
Al-imam Al-syatibie r.a berkata " Apa yang Pembuat syari'at ( Allah) inginkan dari Al-mukallaf adalah : supaya tujuannya ( mukallaf ) ketika beramal selari dan tepat dengan tujuanNya ( Pembuat syariat ) dalam pensyari'atan " ( Al-muwafaqat : 2/331 ) .Maksudnya adalah seorang mukallaf ketika mana dia melaksanakan hukum syara' hendaklah dia menjadikan tujuannya ketika beramal tepat serta mampu merealisasikan apa yang dikehendaki oleh syara'.Pekara ini memerlukan kepada pengetahuan si mukallaf kepada maqasid al-shari'ah untuk setiap hukum hakam serta tangungjawab yang diberikan supaya mampu untuk meraikan dan melaksanakannya. Adapun tatkala dia (mukallaf) tidak mengetahui maqasid Al-shari'ah ,maka bagaimana untuk dia merealisasikan tujuan tersebut? Bahkan kadangkala kejahilan ini akan menyebabkan amalan yang dilakukan itu bercanggah dengan apa yang dikehendaki oleh syara' di saat amalan itu dilaksanakan. Seperti mana orang yang berpuasa dalam keadaan dia tidak mengetahui apa-apa tentang objektif -objektif puasa, berkemungkinan puasanya itu menjadi kerosakkan ke atas dirinya dan juga orang lain. Oleh sebab itu disebut dalam sebuah hadith :
(كم مِن صائم ليس له من صيامه الا الجوع، وكم مِن قائم ليس له من قيامه الا السهر)
"Berapa ramai orang yang berpuasa dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya itu melainkan kelaparan , dan berapa ramai orang yang bangun malam dia tidak mendapat apa-apa dari amalanya itu melainkan berjaga malam"
Maka orang yang menahan lapar pada siang hari tetapi dia melipat gandakan makan dan minum pada waktu malam , orang yang menahan dari makan dan minum tetapi dia masih berbicara tentang pekara yang haram , mendengar yang haram dan menonton yang haram , orang yang menahan lapar dalam keadaan letih disebabkan puasanya, lalu dia memarahi serta menyakiti orang lain dengan kebengisannya , kekasarannya dan kebiadabannya .. mereka semua ini tidak mendapat apa-apa manfaat dari puasa mereka dan orang lain juga tidak mendapat apa-apa dari puasa mereka.
3-Penetapan medium (al-wasa'il) dan penggunaannya yang sesuai
Sudah sedia maklum bahawa keadaan sesuatu wasilah mengikut keadaan objektif-objektifnya,Maka urusa tentang sesuatu wasilah,jenis-jenisnya , kadarnya , dan kaedah penggunaanya .. semuanya itu mampu ditentukan hanyalah dengan bersandarkan kepada pengetahun tentang objektif yang dimaksudkan.
Syara' telah menetap dan menentukan pelbagai wasilah untuk merealisasikan objektif-objektifnya,seperti pemberitahuan masuknya waktu solat melalui azan , memelihara keturunan manusia melalui pensyariatan perkahwinan , pengharaman zina dan seks luar tabi'i.
Walaupun begitu sekiranya wasilah yang telah ditetapkan dalam syara' itu jika ianya bukan dari lapangan ibadah , maka ianya bukanlah ditetapakn secara terhad dan rigid. Tetapi ianya boleh untuk divariasikan , ditambah dan diubah bergantung kepada keperluan semasa.Contohnya, salah satu dari objektif syariah adalah mendirikan keadilan .Syariat telah menetapkan secara tekstual pelbagai hukum hakam yang mana ianya adalah wasilah-wasilah untuk merealisasikan keadilan.Akan tetapi sekiranya kita mengetahui bahawa keadilan dituntut dari segi syara' pada semua lapangan , situasi dan konteks , maka ianya memerlukan kepada mempelbagaikan wasilah untuk pelaksanaanya , memperbanyakkannya dan mengembangkannya bersesuaian dengan setiap lapangan situasi dan konteks.
Apa yang dimaksudkan disini adalah penetapan wasilah , pembikinannya, penyediaanya, dan penggunaannya dengan betul memerlukan pertama sekali kepada pengetahuan tentang maqasid al-shariah.
Sekiranya Allah memanjangkan umur saya dan umur halaqah ini , saya akan kembali nanti ( dalam bab ini ) untuk memperincikan lebih banyak lagi dalam tajuk al-maqasid dan al-wasail . dengan bantuan Allah.