Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 4)

Primary tabs

Penulis: Dr Ahmad Al-raisouni | Penterjemah: Musmai _87 | Artikel asal

 


Mengetahui Maqasid Al-shari'ah mempunyai faedah akademik dan praktikal yang terlalu banyak .

 

Maka pada halaqah kali ini saya mengkhususkan bagi faedah-faedah tersebut secara ringkas dengan menyentuh sejumlah faedahnya yang paling penting. Ianya adalah seperti berikut :

1) Pemerhatian terhadap hikmah Allah

Hikmah Allah dalam syari'atNya  seiring dengan hikmah Allah bagi ciptaanNya. Jika Allah mempunyai rahsia dan hikmah dalam ciptaanNya ,maka begitu juga Allah mempunyai rahsia dan hikmah dalam syari'atNya.

 


 

أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. ( Al-a'raf : 54)

Maka kajian dan penyelidikan berkenaan rahsia-rahsia syari'at dan objektif-objektifnya samalah seperti mengkaji rahsia-rahsia di sebalik alam semesta.Kedua-duanya memberikan kita pengetahuan tambahan untuk mengenali Allah dan sifat-sifatNya . Ianya juga menjadikan kita bertambah tenang dengan kelunakkanNya dan ketinggian hikmahNya. Ini lah juga cara Nabi Ibrahim ketika baginda berkata :

رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي

"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu Bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon Yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). ( Al-Baqarah 260 )

 

Maka kita sudah tentu berada di atas agama Ibrahim dan petunjukknya -selawat dan salam ke atas baginda.-

 

2 ) Menambahkan kefahaman dan kecelikkan tentang hukum hakam syara'

Sudah sedia maklum bahawa pengetahuan tentang objektif-objektif syariah serta penghayatan dan penguasaanya memberikan kefahaman yang tinggi dalam memahami maksud sebenar dari Allah. Tidak akan stabil sesuatu agama dan praktikalnya melainkan dengan ilmu , kefahaman dan kecelikkan.

Dalam Sahih Al-bukhari : menyebut :

باب العلم قبل القول والعمل، لقول الله تعالى: }فاعلم أنه لا إله إلا الله{، فبدأ بالعلم. وأن العلماء هم ورثة الأنبياء، ورثوا العلم، من أخذه أخذ بحظ وافر. ومن سلك طريقا يطلب به علما سهل الله له طريقا إلى الجنة. وقال جل ذكره: }إنما يخشى اللهَ من عباده العلماء{. وقال: }وما يعقلها إلا العالمون{، {وقالوا لو كنا نسمع أو نعقل ما كنا في أصحاب السعير{. وقال: }هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون{. وقال النبي صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفهمه.

" Bab Ilmu sebelum ucapan dan perbuatan  berdasarkan firman Allah : " ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah" , Maka Dia ( Allah ) memulakan ( ayat itu ) dengan Ilmu. Bahawasanya juga para ulama itu merekalah pewaris-pewaris para nabi ,mereka itu telah mewarisi ilmu ( dari nabi ) barangsiapa yang memilikinya , dia telah mengambil haknya yang cukup.barangsiapa yang menyelusuri satu jalan yang dia gunakan jalan itu untuk menuntut ilmu ,Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga . Dia ( Allah) berfirman juga : "Sesungguhnya dari hamba-hambaNya itu , yang takutkan Allah hanyalah para ulama". Allah berfirman juga :" Tidaklah ada orang yang memahami melainkan orang yang berilmu" ,- "mereka ( orang kafir) berkata kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami sudah tentu kami tidak berada dalam golongan ahli neraka ."Dia ( Allah) juga berfirman :" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ".Sabda Nabi s.a.w :" Barangsiapa yang Allah kehendaki dengannya apa-apa kebaikan , Dia ( Allah ) akan memberikannya kefahaman".

 

Begitu juga  kisah Nabi Musa a.s dan Khidir a.s yang diceritakan di dalam surah al-kahfi yang mana ianya memberi satu petunjuk bahawa tahap kesempurnaan di dalam agama hanya tercapai dengan memahami rahsia-rahsia hukum hakam dan objektifnya. Maka sesunggunhnya  Khidir a.s lebih mengetahui dan cekap dari Nabi Musa dalam bab ini , Nabi Musa a.s dianugerahkan pengetahuan tentan hukum hakam sahaja ,sedangkan  Khidir a.s dilebihkan dari baginda dengan pengetahuan tentang rahsia hukum hakam.Oleh sebab itu , Nabi Musa a.s meminta agar  Khidir a.s  mengajarnya agar baginda lebih celik dan faham. Firman Allah :

فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا* فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا* قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

"………..Merekapun balik semula ke situ, Dengan menurut jejak mereka.* Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.*Nabi Musa berkata kepadanya: bolehkah Aku mengikutmu, Dengan syarat Engkau mengajarku dari apa Yang telah diajarkan oleh Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi petunjuk bagiku?" ( Al-Kahfi : 64-66 )

 

Maka  Al-rushd ( petunjuk ) dan Al-ilmu ( sejenis ilmu ) di dalam ayat ini memberi maksud ilmu dan petunjuk yang bersangkut paut dengan pengetahuan tentang objektif dan hikmah, sepertimana jelas dipaparkan dalam tiga episode pengajaran yang ditunjukkan oleh Khidir a.s kepada Nabi Musa a.s.

 

 

3) Menolak kekeliruan dan menjelaskan kebingungan,

Di sana wujudnya pelbagai hukum-hakam syara' yang mana objektifnya tidak jelas dan rumit untuk dikesan ,ianya tidak difahami secara mudah.Oleh itu , kadangkala akal fikiran kebingungan untuk memahami signifikan hukum hakam itu disyari'atkan,Inilah yang ditempuhi oleh Nabi Musa a.s semasa baginda memerhatikan tindak tanduk Khidir a.s  tatkala dia memusnahkan kapal , membunuh kanak-kanak dan mendirikan semula tembok yang hampir roboh.

Maka seorang yang beriman jika  berlaku kepadanya sesuatu yang rumit seperti ini dan membingungkan fikiranya , maka jalan yang paling praktikal dan sesuai adalah dengan mengkaji , menghayati ,bertanya dan berdiskusi dengan ahli-ahli ilmu .Jika dia tidak mampu untuk itu , maka cukuplah jalanya dengan menyebut :

آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا

" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" ( Ali imran : 7 )

Kadangkala kekeliruan yang ada sengaja ditimbulkan dan direka  bertujuan untuk menjejaskan syariat dan mengelirukan penganutnya. Maka dalam keadaan ini juga , tidak ada cara lain yang berkesan melainkan dengan menggunakan senjata maqasid Al-shari'ah untuk menolak kekeliruan dan tuduhan-tuduhan tersebut. Al-imam shihabu Al-din Al-qurafi berkata :

 

«وأما القيام بدفع شُـبَـهِ المبطلين، فلا يَتعرض له إلا من طالع علوم الشريعة وحفظ الكثير منها، وفهم مقاصدها وأحكامها، وأخذ ذلك عن أئمةٍ فاوَضَهُم فيها، وراجعهم في ألفاظها وأغراضها» ـ (الذخيرة 13/ 232.(

"Adapun tanggungjawab untuk menepis kekeliruan yang datang dari mereka yang berniat buruk ,Maka tiada sesiapa yang mampu menggalasnya melainkan orang yang telah mentelaah ilmu-ilmu syar'ah , menguasai banyak pekara darinya , serta memahami objektif dan rahsianya . Dia itu memiliki dan mengambil semua itu dari para imam dengan berdiskusi dengan mereka, serta merujuk kepada mereka dalam memahami lafaz-lafaz syariah dan objektif-ojektifnya " ( Al-zakhirah 13/232 )

 

 


 

Artikel berkaitan: Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan