Assalamualaikum..
Salam buat ustaz² semua.. Saya pernah dengar ada sorang ustaz mengatakan bahawa haram solat pada waktu syuruk (lepas waktu subuh, sebelum dhuha) ada yang bertanya pada ustaz tersebut.. " macamana sekiranya terlewat bangun, subuh baru saja berlalu. maksudnya.. masa itu adalah waktu syuruk? adakah haram kita qada subuh masa tu?" jawapan ustaz itu adalah " ya.. haram solat waktu itu dan hendak lah qada subuh tu, selepas habis waktu syuruk iaitu apabila masuk waktu dhuha"
Dalam kes yang lain.. saya terdengar kawan saya merungut .. " Alamak.. aku belum solat asar lagi. Dah dekat nak masuk maghrib. Nak solat sekarang dah tak boleh. Waktu sekarang ni haram solat.." Saya suruh juga dia pegi solat asar, tapi dia enggan atas alasan waktu itu adalah waktu haram solat.
Saya minta jasa baik dari ustaz² yang ada dalam ruangan ini untuk memberi komen dan pandangan serta dalil² yang sohih. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua... amin..
Sekian.. terima kasih..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr amar7677 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Solat tidak boleh dilewatkan diluar batasan waktunya. Firman Allah swt :-
Åöäøó ÇáÕøóáóÇÉó ßóÇäóÊú Úóáóì ÇáúãõÄúãöäöíäó ßöÊóÇÈðÇ ãóæúÞõæÊðÇ
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]
Pengecualian cuma diperbolehkan jika seseorang itu lupa atau pun tidor Hendaklah dia segera menunaikan solat sewaktu dia ingat atau pun sewaktu dia bangun tidur, Sabda Nabi :saw :-
ãóäú äóÓöíó ÕóáÇÉð ÝóáúíõÕóáøöåóÇ ÅöÐóÇ ÐóßóÑóåóÇ áÇ ßóÝøóÇÑóÉó áóåóÇ ÅöáÇ Ðóáößó
"Barangsiapa yang terlupa solat maka hendaklah dia bersolat sebaik sahaja dia ingat, dan tidak ada kifarat yang lain melainkan itu" [Hadith Riwayat Muslim]
Waktu solat bagi orang yang sedemikian adalah pada waktu dia ingat. Maksudnya, tidak kira waktu mana ia berada, bila mana dia ingat, maka dirikan solat.
Didalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra menceritakan bagamana Rasululah :saw dan sahabat2 tidur dan tertinggal waktu solat Fajar/subuh semada didalam permusafiran. Mereka cuma sedar semasa matahari naik dan Abu Qatadah berkata :
Ëõãøó ÃóÐøóäó ÈöáÇáñ ÈöÇáÕøóáÇÉö ¡ ÝóÕóáøóì ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÑóßúÚóÊóíúäö ¡ Ëõãøó Õóáøóì ÇáúÛóÏóÇÉó ÝóÕóäóÚó ßóãóÇ ßóÇäó íóÕúäóÚõ ßõáøó íóæúãò
"Maka Bilal pun mengazankan solat, maka Rasulullah :saw bersolat 2 rakaat, kemudian baginda bersolat fajar, sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" [Sahih Muslim #681].
Dalil ini menunjukkan, yang paling penting adalah segera menunaikan solat, walaupun matahari sedang naik. Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa perkataan (ßóãóÇ ßóÇäó íóÕúäóÚ ßõáø íóæúã ) "sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" menunjukkan cara solat yang tertinggal dilakukan sama sahaja dengan biasa seseorang itu melakukannya.
Kesimpulan : segera menunaikan solat Fajar bilamana terbangun dari tidur. Yang haram ialah, sengaja bersolat pada waktu yang diharamkan bersolat tanpa sebab, atau melambat2 solat fajar sehinggalah matahari naik.
WA.
wassalam
خيرالأمين