Apa yang dibentang oleh Dr Izrail pada artikel yang lalu sudah nampak menarik, di mana beliau memaparkan hujah-hujah yang membolehkan berzikir dengan Allah.. Allah.. Ia jadi lebih menarik, apabila ustaz Abu Umair membantah hujah-hujah berkenaan. Terdapat 3 point Dr Izrail dibantah oleh al-Fadhil ustaz.
Selamat membaca...
Abu_Umair - Nov 02, 2007 - 10:25 PM
Post subject:
Quote: |
|
Ayat ini sama dengan ayat:
Ertinya: "Makanlah (haiwan sembelihan) yang disebut nama Allah di atasnya". وكلوا مما ذكر اسم الله عليه
(Al-An'aam: 118)
Menyebut nama Allah di dalam ayat ini, bukannya menyebut "Allah" sahaja, atau "Allah, Allah" sewaktu sembelih. Tetapi menyebut kalam yang memberi makna iaitu: "Bismillah".
Maka, tentang zikirlah nama Allah, mestilah juga dengan kalam yang sempurna, seperti lafaz2 tasbih, takbir, tahmid dll yg diajar dan diamal oleh Rasulullah SAW
Quote: |
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ |
- Hadis ini dibawa oleh Nabi dalam perihal mencerita keadaan akhir zaman, tidak untuk mengajar cara berzikir. Maka kaedah dan cara zikir mesti diambil dari nas yg banyak samada perkataan dan perbuatan Nabi SAW dalam bab zikir.
- Al-Mula Ali Qari berkata: Perkataan 'Allah' yg kedua adalah taukid. Begitu juga tafsiran pengarang Tuhfatul Ahwazi. Dan taukid lafzi seperti ini makruf dan bertepatan dalam ilmu Luhah Arabiyyah. Tafsiran ini lebih aula daripada membuat istinbat harus zikir 'Allah, Allah' kerana secara amali ia tidak pernah sabit oleh Nabi SAW.
Quote: |
اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا |
- ia juga satu bentuk taukid (kata penguat). Wallahu A'lam.
- Tapi masalahnya, org tarekat tak buat amalan wirid zikir ini. Kalau mereka sebut macam Nabi sebut, iaitu:
tiada seorang pun kata salah. Yang masalahnya, zikir masyruk ini ditinggal, tapi baca zikir 'Allah, Allah, Allah'. اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئا