Penulis Asal: Dr. Ahmad Al-raisouni | Terjemahan: Musmai_87 | Artikel asal: [LINK]
Saya telah membicarakan pada halaqah yang lepas tentang dua jenis masalih iaitu : al-masalih al-mu'tabarah dan al-masalih al-mulghah.. dan masih lagi berbaki jenis yang ketiga iaitu apa yang dinamakan "al-masalih al-mursalah "
al-masalih almursalah adalah apa-apa kebaikan ( maslahah ) yang syara' mendiamkan diri tentang hukumnya , dengan kata lain syara' tidak menyebutnya secara khusus sama ada mengiiktirafnya atau menutupnya.Ianya dibiarkan bebas , atau dengan kata lain ianya terhindar dari apa-apa hukum syara' yang mengikatnya.
Maka apakah hukum syar'i bagi jenis masalih yang didiamkan oleh syara' ni? adakah ianya termasuk dari jenis al-masalih al-mu'tabarah disebabkan ianya adalah kebaikkan ,lalu syara' tidak membatalkannya? atau ianya diletakkan bersama al-masalih al-mulghah selagi mana syara' tidak menyebut tentang pengiktirafannya ? ataupun ianya ditinggalkan kepada pemilihan manusia , dan syara' tidak boleh memberi suruhan atau larangan?
Jawapan yang tepat bagi persoalan tadi yang mana ianya disepakati oleh para sahabat , dan ini lah pilihan majoriti ulama pada setiap zaman adalah : setiap masalih mursalah , jika ianya adalah kebaikkan dan kepentingan yang realitistik , maka syara' melihatnya secara tersirat sebagai maslahah mu'tabarah , walaupun syara' tidak mengiiktiraf dengan mmenyebut namaya secara tersurat.Dengan kata lain maslahah murslah yang realistik ini diiktiraf dibawah ruang lingkup teks-teks syara' yang bersifat general dan juga ianya tersirat di bawah ruang lingkup objektif syariah yang umum.Maka maslahah mursalah jenis ini ianya diiktiraf dan digazetkan secara umum walaupun ianya tidak disebut secara terperinci melalui namanya.
Bagi menjelaskan perkara ini , saya bawakan beberapa contoh dengan membawa at-ta'sil rintisan yang di kupas oleh Imam al-syatibi dalam masaalah ini. Beliau r.a menyebut bahawa semua kebaikkan ( maslahah) yang tidak ada mana-mana teks syara' menyebut tentangnya , sekiranya maslahah itu selari dengan objektif syara' dan ianya dari jenis maslahah yang syara' inginkan , maka ianya diiktiraf dan dituntut dari segi syara'.
Beliau telah menyebut bagi kaedah ini sepuluh contoh , yang mana contoh ini adalah apa yang telah dilakukan oleh para sahabat dan fuqaha yang mana mereka mera'ikan maslahah dan mereka membina pandangan tersebut di atas alasan maslahah , walaupun tidak ada mana-mana teks syara' menyebut secara khusus tentang perkara itu.
Di antara contoh-contohnya:
1- Para sahabat bersegera ( selepas wafat nabi s.a.w ) untuk mengumpul Al-quran dalam satu mashaf yang dipersetujui kesahihanya , perkara itu berlaku selepas muncul beberapa percanggahan di sana sini dalam membaca sebahagian ayat dan lafaz Al-quran . Imam syatibie berkata :
ولم يرِدْ نص عن النبي صلى الله عليه وسلم بما صنعوا من ذلك، ولكنهم رأوه مصلحة تناسب تصرفات الشرع قطعا، فإن ذلك راجع إلى حفظ الشريعة ـ والأمرُ بحفظها معلوم ـ وإلى منعِ الذريعة للاختلاف في أصلها الذي هو القرآن، وقد عُلم النهيُ عن الاختلاف في ذلك بما لا مزيد عليه
"tidak ada apa-apa nas dari Nabi s.aw berkenan dengan apa yang mereka lakukan, namun mereka melihat ianya adalah maslahah yang secara pastinya selari dengan tindak tanduk syara' .Ini kerana pengumpulan Al-quran itu merujuk kepada hifzu al-syari'ah ( menjaga syari'at ) - dan perintah untuk menjaganya adalah perkara yang sudah sedia maklum- dan ianya juga merujuk kepada menutup pintu kepada berlakunya perbezaan kepada sumber syari'ah itu sendiri iaitu al-quran, dan sesungguhnya telah diketahui tentang larangan untuk berbeza dalam perkara ini yang mana tidak perlu untuk dipanjangkan huraiannya" .
2- Sepakat para sahabat untuk menaikkan jumlah sebatan bagi peminum arak kepada lapan puluh sebatan. Imam Syatibie berkata :
وإنما مستندهم فيه الرجوعُ إلى المصالح والتمسكُ بالاستدلال المرسل. قال العلماء: لم يكن فيه في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم حد مقدَّر، وإنما جرى الزجر فيه مجرى التعزيز. ولما انتهى الأمر إلى أبي بكر رضى الله عنه قرره على طريق النظر بأربعين. ثم انتهى الأمر إلى عثمان رضي الله عنه فتتابع الناس، فجَمع الصحابةَ رضى الله عنهم فاستشارهم، فقال علي رضي الله عنه: من سكر هذى، ومن هذى افترى، فأرى عليه حد المفتري
" Sandaran mereka dalam perkara ini hanyalah dengan merujuk kepada maslahah dan berpegang dengan istidlal almursal .Para Ulama berkata : tidak ada jumlah sebatan dalam masaalah ini yang ditetapkan pada zaman Rasul s.a.w , ada pun az-zajr (pencegahan) yang berlaku pada waktu itu hanyalah berbentuk al-ta'zir . Apabila pemerintahan berada di tangan Abu Bakar r.a , beliau telah membuat penetapan sebanyak empat puluh kali sebatan dengan ijtihadnya.Kemudian pemerintahan berada di tangan uthman r.a , maka orang ramai keliru , lalu beliau mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat dengan mereka . Lalu Ali r.a memberi pandanganya : " barangsiapa yang mabuk ,dia merepek , bila dia merepek , dia akan menipu dan membuat fitnah ,oleh itu aku berpandangan orang yang mabuk ke atasnya hukuman seperti penipu "
3- Khlulafa' al-rasyidun telah menetapkan untuk menjalankan sistem gantirugi kepada al-sunna' ( para pekerja yang berkaitan dengan industri ) bagi bahan-bahan yang telah mereka rosakkan dan hilangkan dengan tangan mereka sendiri yang mana barang itu mereka dipertanggungjawabkan oleh permilikknya untuk menyiapkan kerja tersebut. Pekara ini dengan tidak membabitkan soal kejujuran mereka atau tidak , dan juga tentang setakat mana tanggungjawab mereka tentang kerosakkan itu.
Al-syatibie berkata:
ووجْهُ المصلحة فيه أن الناس لهم حاجة إلى الصناع، وهم يغيبون عن الأمتعة في غالب الأحوال. والأغلب عليهم (أي الصناع) التفريطُ وترك الحفظ. فلو لم يثبت تضمينهم مع مسيس الحاجة إلى استعمالهم لأفضى ذلك إلى أحد أمرين: إما ترك الاستصناع بالكلية ـ وذلك شاق على الخلق ـ وإما أن يعملوا ولا يضمنوا ذلك بدعواهم الهلاك والضياع، فتضيع الأموال ويقل الاحتراز وتتطرق الخيانة فكانت المصلحةُ التضمين
"Maslahah yang dilihat dalam masaalah ini adalah , manusia memerlukan kepada al-sunna' , sedangkan mereka kebiasaanya menghilangkan barang-barang .Kebiasaan mereka mengambil mudah barang-barang tersebut dan tidak menjaganya. Oleh itu , jika tidak ditetapkan gantirugi sedangkan keperluan terhadap mereka mendesak , ianya akan membawa kepada dua perkara : sama ada terhentinya permintaan terhadap hasil industri secara keseluruhan ( dan ini sukar bagi orang ramai ) , atau pun mereka akan bekerja tetapi tidak akan mambuat apa-apa jaminan dengan beralasan barang-barang hilang dan musnah . Maka harta benda manusia akan disia-siakan , merosotnya kadar keselamatan dan berlakunya khianat . Oleh itu , masalahah menuntut untuk perlunya sistem ganti rugi. "( lihat : al-i'tisom 2/177 dan muka surat seterusnya )