Eid/Hariraya: Hukum dan Adabnya

Primary tabs

Oleh kamin

Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan bagi orang-orang Islam diMalaysia. Di negara jiran ia dikenali sebagai Hari Lebaran atau Eidul Fitri. Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari 'turn over' atau assimilasi kalimah-kalimah arab kedalam Bahasa Malaysia. Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu' ketiga atau 10 malam terakhir Ramadan. Kemeriahan Hari Raya ini seolah-olah mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadan. Lampu-lampu minyak dan lampu-lampu warna-warni menerangi malam-malam Ramadan ini. Amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadan yang Mubarak ini. Mahu tidak mahu, bagi kita yang Allah swt dipanjangkan umur, pasti akan melalui hari yang kita panggil, Hari Raya.

Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu-satu perayaan yang di sambut oleh umat Islam diseluruh dunia. Ulama tidak berselisih pendapat mengenai kesahihan perayaan ini jika nak dibandingkan dengan sambutan-sambutan yang lain seperti meraikan Malam Isra' dan Mi'raj, Mawlid Nabi, Malam Nisfu Sya'ban dan sebagainya. Ulama mempunyai pelbagai tanggapan mengenai perayaan yang selain dari kedua-dua Eid ini. Ada golongan yang mengatakan walaupun ia bukan dari hadis shahih (seperti Nisfu Sya'ban), tetapi disebabkan oleh fada'il 'amal maka mereka membenarkan ia disambut.

Ada pula golongan yang mengatakan bahawa sambutan-sambutan atau perayaan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan hadis-hadisnya juga bertaraf da'if malah ada yang maudhu', maka tidak boleh sama sekali ia diraya atau diamalkan. Walaupun Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu amalan warisan dari Nabi saw, tidak dapat tidak kedapatan berlakunya amalan-amalan penambahan dan mitos-mitos tertentu didalamnya.

Artikel kali ini meringkaskan fatwa yang dibawa oleh ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid bagi membicara mengenai hukum dan adab-adab didalam merayakan kedua-dua Eid ini. Kemungkinan juga Eid Al-Fitri 1423 akan disambut pada hari Jumaat di Malaysia, maka kami membawa beberapa pandangan ulama' mengenai hukum meninggalkan salah satu solat tersebut.

Eid Al-Fitri di negara kita akan berlaku di musim cuti sekolah dan juga penghujung tahun. Pasti ramai saudara-saudari kita (termasuklah kakitangan dipejabat kami) yang akan menamatkan penghidupan bujang mereka dan melangkah kealam perkahwinan. Apakah tidak baik mereka berkahwin didalam bulan Syawal yang mulia ini? Apakah ia merupakan satu 'bad omen' bagi kedua-dua mempelai? Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Eid/Syawal ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut Hari Raya ke 2 atau Eid Al-Abraar. Apakah perayaan ini dibenarkan? Fatawa (fatwa-fatwa) dibawah ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.



a. Eid Adab dan amalan - ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[1]

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a. - "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
{إن لكل قوم عيد وهذا عيدنا }  
Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam. Orang Islam tidak ada perayaan lain selain dari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha. Anas.r.h. berkata:
"Nabi saw datang ke Madinah, orang-orang Madinah biasa mengadakan 2 pesta/perayaan. Dikedua perayaan itu mereka ada permainan/pesta. Kata beliau (Nabi saw bertanyakan kaum Ansar mengenainya.) Apakah itu dua hari? Mereka menjawab : kami biasa bermain/pesta dimasa zaman Jahiliyyah dahulu lagi. Nabi saw memberitahu mereka :'Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan didalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha."  Riwayat Abu Daud, 1134.

{عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ . " سنن أبي داود 1134 }

Kedua-dua Eid ini adalah diantara syiar Allah, dimana kita harus mengambil berat dan memahami objektifnya
{وهذان العيدان هما من شعائر الله التي ينبغي إحياؤها وإدراك مقاصدها واستشعار معانيها }.

Dibawah ini akan dinyatakan adab dan peraturan Eid.

Peraturan Eid (أحكام العيد )
1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha. (Riwayat Muslim, 827).
يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . " رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين

2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu'akkad. Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.

3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya.
{رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }

Ini didalam hal solat dilakukan dikwasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid dimasjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk
{وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس }

4. Wanita yang menyertai Solat Eid : Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama diantara satu sama lain. Wanitagt;
3. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ): Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.
{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }.

4. Mengucapkan tahniah (التهنئة): Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.

5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ): dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat" <br&g yang="" datang="" haid,="" janganlah="" lupa="" mengingati="" allah="" atau="" pergi="" ketempat="" perhimpunan="" bermatlamatkan="" penambahan="" ilmu="" dan="" selain="" dari="" masjid.="" wanita,="" tidak="" dapat="" dinafikan="" lagi,="" boleh="" tanpa="" memakai="" hijab!<br="">
Adab-adab Eid (آداب العيد)
1. Mandi (الاغتسال): ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr)
{سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج }.

2. Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar.... dan beliau akan makan bilangan ganjil".
{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا }<br&t;{وعن جابر="" رضي="" الله="" عنه="" قال="" :="" كان="" للنبي="" صلى="" عليه="" وسلم="" جبة="" يلبسها="" للعيدين="" ويوم="" الجمعة="" }.="" <br="">Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid
{صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.

6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid -
{عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 } (Riwayat Al-Bukhari).

Amaran kepada beberapa kemungkaran:
1. Ada setengah orang yang mengatakan bahawa Islam menyuruh kita berjaga malam dan bersolat dimalam Eid, merujuk kepada sepotong hadis yang tidak sahih "Sesiapa yang menghidupkan malam Eid, maka hatinya tidak akan mati dimasa pada hari matinya hati."
{أن من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب}

Hadis ini dilaporkan melalui 2 isnad, satunya ialah da'if, dan yang keduanya sangat Da'if. Islam tidak menyuruh kita menumpukan pada malam Eid untuk bersolat; tetapi jika memang menjadi kebisaan seseorang itu bangun malam untuk bersolat, maka tidaklah salah perbuatannya walaupun pada malam Eid {وأما من كان يقوم سائر الليالي فلا حرج أن يقوم في ليلة العيد }.

2. Bercampur diantara lelaki dan perempuan di beberapa tempat-tempat solat, jalanraya dan lain-lain (اختلاط النساء بالرجال في بعض المصليات والشوارع وغيرها ). Adalah sangat memalukan bahawa ini berlaku bukan sahaja di masjid, tetapi sehinggakan ditempat-tempat suci seperti di Masjidil Haram dsb. Kebanyakkan wanita - moga Allah memberi petunjuk keatas mereka (هداهن الله ) - keluar tanpa menutup aurat, memakai make-up dan minyak wangi, apabila terdapatnya kesesakkan di masjid - bahaya situasi ini bergitu terserlah. Bagi sesiapa yang bertanggung jawab haruslah menguruskan solat Eid betul-betul, dengan menyediakan pintu yang berbeza dan jalan yang berbeza dan melambatkan kaum lelaki keluar sehingga kaum wanita telah meninggalkan tempat tersebut.



b. Hari Eid dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Apakah solat Jumaat masih wajib?

Soalan: Jika Eid Al-Fitr jatuh pada hari Jumaat, Bolehkah saya hanya bersolat Eid dan tidak bersolat Jumaat atau sebaliknya?

Jawab Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan[2]:
Segala pujian kepada Allah. Jika hari Eid bersamaan dengan Jumaat, maka sesiapa yang bersolat Eid bersama imam tidak perlu menghadirkan diri (tidak wajib keatasnya); didalam hal ini ia menjadi sunat. Jika ia tidak bersolat Jumaat, ia wajib bersolat Zuhur. Perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang bukan Imam. Bagi Imam pula, ia harus menghadirkan diri bagi solat Jumaat dan mengimami orang Islam yang menghadirkan diri untuk bersolat. Solat Jumaat tidaklah boleh ditinggalkan sepenuhnya pada hari tersebut.

Sebagai tambahan:
Didalam buku fekah yang terkenal, “Fiqh As-Sunnah”, karangan Sayyed Sabiq[3] menyatakan :
"Jika hari Eid berlaku pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tiada lagi menjadi wajib bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Zaid ibn Arqam berkata:' Nabi saw bersolat Eid dan menjadikan Solat Jumaat optional, sabda beliau: "Barangsiapa ingin bersolat, maka bolehlah bersolat" - Riwayat 5 dan sahih dari Ibn Khazimah dan Hakim.

{إذا اجتمع الجمعة والعيد في يوم واحد سقطت الجمعة عمن صلى العيد؛ فعن زيد بن أرقم قال: صلى النبي صلى الله عليه وسلم العيد ثم رخص في الجمعة فقال : ((من شاء أن يصلي فليصل)) رواه الخمسة وصححه ابن خزيمة والحاكم.}

Bagi memperjelaskan lagi isu ini, Sheikh 'Atiyya Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan berikut : "telah diriwayatkan bahawa Eid berlaku pada hari Jumaat pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair dan beliau telah duduk didalam rumah sehingga tengahari dan kemudian baru beliau keluar rumah, menyampaikan khutbah dan melakukan 2 rakaat solat dan beliau tidak menunaikan Solat Eid. Bila ditanya mengenai ini, Ibnu Abbas berkata: "Dia telah mengikut sunnah".



c. Bilakah waktu bertakbir Eid?
Soalan: Saya perhatikan bahawa beberapa orang, apabila mereka pergi bersolat Eid, mereka akan bersolat 2 rakaat, dan sebahagian yang lain membaca Takbir
(الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ولله الحمد ).

Saya berharap tuan boleh menjelaskan hukum Islam mengenai perkara ini. Apakah ada perbezaan menunggu solat Eid di masjid atau ditempat solat?

Jawab Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4]: Di sunatkan bagi barangsiapa yang datang ke tempat solat untuk bersolat Eid atau melakukan solat istisqo' (minta hujan) dia haruslah terus duduk dan tidak bersolat Tahiyyat al-Masjid, kerana tiada riwayat bahawa Nabi saw atau para sahabat melakukannya, sejauhmana yang kami tahu. Tetapi jika solat tersebut dilakukan di Masjid, maka ia harus menunaikan Solat Tahiyyat Al-Masjid, kerana ia merupakan applikasi secara umum dari hadis Nabi saw, "Apabila sesiapa yang memasuki masjid, janganlah ia duduk sehingga dia bersolat 2 rakaat". (Sahih, muttafaq 'alaih).

{إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين }

Apa yang ditunjukkan adalah apabila seseorang itu duduk sambil menunggu solat Eid ialah ia perlu memperbanyakkan Tahlil dan Tabir, kerana ini merupakan slogan pada hari tersebut, dan ini merupakan sunnah kepada semua yang berada didalam masjid atau diluar, sehingga tamatnya khutbah. Jika seseorang itu menyibukkan dirinya dengan membaca Al-Quran, maka ia juga dibenarkan.



d. Berkahwin dibulan Syawal, adakah ia membawa nasib buruk?
Soalan saya ialah bahawa kebanyakkan orang di Asia merasakan bahawa jika mereka berkahwin diantara di Eid, maksud saya Eid Al-Fitr sehingga Eid Al-Adha adalah menjadi perkara buruk dan salah seorang dari pengantin akan mati kerana tidak berapa baik berkahwin diantara 2 Eid, Saya ingin tahu dari pandangan Islam samada ia benar atau tidak.?

Jawapan dari Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid[5]:
Jawapannya terbahagi kepada 2 bahagian.
Pertamanya, kepercayaan didalam soalan diatas adalah tidak benar; ia meruapak satu bid'ah (rekaan) dan menyesatkan dimana tidak ada asas langsung didalam syariat Islamiyyah, dan ia tidak dinyatakan didalam Al-Quran atau Sunnah.

Keduanya, kepercayaan melanggar batasan syariah Islam didalam beberapa cara:

(i) Kepercayaan bahawa seseorang akan mati didalamk jangka waktu ini. Tidaklah dibenarkan mempercayai perkara kerana kematian dan kehidupan di tangan Allah dan ketentuan kematian adalah sesuatu yang Allah simpan didalam pengetahuannya. Tiada manusia yang tahu bila dia akan mati. Ini adalah suatu perkara yang Allah swt tidak memberitahu mana-mana makhluknya. Kerana itu Nabi saw berkata, didalam sebuah hadis dimana kesahihannya dipersetujui oleh semua yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., didalam sebuah hadis panjang Jibrail : "Ada 5 perkara yang tiada siapa tahu melainkan Allah". Kemudian katanya: "Sesungguhnya disisi Allah pengetahuan mengenai masa, Dia menurunkan hujan, dan mengetrahui siapa didalam Rahim. Tiada siapa yang mengetahui apa-apa mengenai apa nasibnya esok, dan tiada siapa yang tahu dibumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui segala-galanya"

( في خمس لا يعلمهن إلا الله ) ثم تلا : ( إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ) - riwayat Bukhari:48, Muslim :10.

Mendakwa perkahwinan semasa jangka-waktu ini akan membawa kepada kematian adalah mendakwa mempunyai pengetahuan ghaib, dan kepada sesiapa mendakwa mempunyai pengetahuan sesuatu yang ghaib. Maka mereka yang karut-marut itulah yang mendakwa memiliki ilmu ghaib.

(ii) Ini juga menunjukkan keadaan Iman yang lusuh, kerana ia menunjukkan kurangnya beriman kepada Al-Qadaa' dan Al-Qadar. Maka itu Rasulullah saw mengajar Ibnu Abbas semasa beliau masih kanak-kanak, "Mengetahui bahawa ummah akan berkumpul bersama dapat memunafaatkan kamu dengan apa-apa pun, [atau] mereka tidak akan memunafaatkan kamu dengan apa-apapun, melainkan Allah telah takdirkan keatas kamu, dan jika mereka berkumpul untuk melakukan kemudaratan dengan cara apa sekalipun, mereka tidak akan dapat memudaratkan melainkan apa yang Allah takdirkan keatas kamu. Qalam telah dinaikkan dan mukasurat telah kering

{وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الأَقْلامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ } - Riwayat Al-Tirmizi, Sifat Qiyaamah, 2440; dikelaskan Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Al-Tirmizi, no. 2043. Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-'Aas berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah saw berkata, bahawa Allah telah menulis takdir makhluknya 50,000 tahun ...." - (Riwayat Muslim, Al-Qadar, 4797).

{سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ...}

(iii) Ia juga menuntukan Tauhid dan kesempurnaannya, kerana ia melibatkan sesuatu kesialan dan pessimisme. Telah diperkatakan didalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw berkata: "Tidak ada penyakit yang berjangkit [hanya dengan izin Allah], tidak ada burung yang mendatangkan sial, tidak ada burung hantu [atau tulang orang mati bertukar menjadi burung yang boleh terbang], dan tiada bulan Safar [yang mendatang bala]"  - (Riwayat Bukhari, Al-Tibb, 5316).

{لا عَدْوَى وَلا طِيَرَةَ وَلا هَامَةَ وَلا صَفَرَ }

Tahayul bermakna pessimime. Telah diriwayatkan dari Hadis Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw berkata : "Tiyarah (Tahayul) ialah sejenis syirik". - (Riwayat Al-Tirmizi, Al-Siyar, 1539, disahihkan Al-Albani didalam Sahih Tirmizi, no.1314)

{الطيرة من الشرك }

Perlu diingatkan bahawa kepercayaan tahayul didalam nasib yang sial bercanggah dengan tauhid dengan 2 cara:

Pertama, kepercayaan tahayul menghalang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada Allah dan menjadikan seseorang itu bergantung selain darinya.

Kedua, ia menyebab seseorang itu bergantung kepada benda yang tidak ada asas kebenarannya, maka itu tidak ada hubungan diantara berkahwin didalam bulan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya. Tidak syak lagi, ia akan menjejaskan tawhid, kerana Tawhid bermakna beribadah dan memohon pertolongan darinya. Allah berfirman :"Kepada engkau aku sembah dan kepada engkau aku memohon pertolongan" {إياك نعبد وإياك نستعين } - Al-Fatihah:5. dan "Maka sembah dia dan bertawakkal kepadanya" {فاعبده وتوكّل عليه } - Al-Hud:123.

Sesungguhnya A'isyah (r.h) berkata bahawa Nabi saw berkahwin dengan beliau didalam bulan Syawal dan menjadikan (merancang) perkahwinan dengannya didalam bulan Syawal dan beliau merupakan wanitai yang paling beliau sayang. Orang Arab biasanya mengatakan bulan ini tidak baik dan mereka biasa mengatakan bahawa barangsiapa yang berkahwin didalam bulan Syawal, perkahwinan tidak akan berjaya, tetapi ini tidaklah benar.

Didalam perkara mempercayai kesialan nasib, satu didalam 2 perkara ini harus terjadi:

Samada dia akan berpatah hati (give up), sebagai respon kepada 'nasib buruk' (bad omen), dan tidak mengambil apa-apa tindakan, dimana ini merupakan paling buruk tahyul, atau ia akan meneruskan, tetapi ia akan menjadi gelisah dan risau, dihantui oleh 'nasib buruk' yang akan menimpa. Ini kurang sikit seriusnya, tetapi kedua-duanya akan menjejaskan tawhid. (Lihat al-Qawl al-Mufeed oleh Ibnu Uthaimin, bahagian 2, ms. 77-78).

Melihat kepada realiti, kita lihat didalam Sahih Sunnah Nabi saw membuktikan bahawa mitos ini PALSU, manusia yang terbaik, Muhammad saw, berkahwin kepada orang yang beliau sayang, A'isyah r.h., dan perkahwinannya berlangsung diantara dua Eid, dan beliau merupakan orang yang paling gembira disampingnya. Bahkah beliau telah menolak dakwaan Jahiliyyah dan berkata :"Rasulullah saw berkahwin dengan ku didalam bulan Syawal dan menjadikan perkahwinan denganku dibulan Syawal, dan wanita mana yang paling Rasulullah saw sayangi selain dariku

{تزوجني رسولُ الله صلى الله عليه وسلم في شوال ، وبنى بي في شوال ، فأي نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أحظى عنده مني }.

Al-Nawawi berkata :"Ini menunjukkan bahawa adalah mustahab mengadakan perkahwinan dan berkahwin didalam bulan Syawal. Nas dari parfa sahabat menunjukkan ia adalah mustahab, dan mereka menjadikan hadis ini sebagai bukti. Dengan berkata, A'isyah bercadang menolak amalan dan kepercayaan Jahiliyyah. Apa yang beberapa orang biasa melakukannya pada masakini, iaitu tidak suka merancangkan perkahwinan dan berkahwin didalam bulan Syawal, ini adalah Palsu dan tidak ada asas. Ini merupakan lebihan dari ajaran-ajaran jahiliyyah. Mereka menganggap bahawa ia suatu yang tidak baik kerana nama Syawal membawa maksud 'mengangkat'." - Syarah Muslim, 9/209.



e. Hukum berjima' dimalam dan hari Eid
Soalan: Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.

Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[6]:
Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan {فالجماع ليلة العيد ويومه مباح }, tidaklah haram kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.



f. Hukum merayakan Eid al-Abraar atau perayaan 8 Syawal setelah puasa 6

Soalan: Apakah hukum merayakan Eid al-Abraar yang dirayakan pada bulan Syawal setiap tahun[7]?
Salah satu ada perkara rekaan yang berlaku didalam bulan Syawal ialah bid'ah Eid al-Abraar (عيد الأبرار), yang disambut pada 8 haribulam Syawal. Setelah mereka menyempurnakan puasa Ramadan, dan berbuka puasa pada hari pertama Syawal - hari Eidul Al-Fitr - mereka mula berpuasa 6 hari pertama didalam bulan Syawal, dan pada hari ke 8 mereka akan menyambut "eid" yang dinamakan Eid Al-Abraar.

Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Mengenai menyambut perayaan yang tidak dinyatakan didalam syariat - seperti beberapa malam didalam Rabi'ulawwal yang dipanggil 'Mawlid', atau beberapa malam didalam Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau Jumaat pertama didalam bulan Rejab, atau 8 Syawaal dimana ia dipanggil Eid Al-Abaar - ini adalah satu bid'ah yang tidak dibenarkan oleh Salaf dan mereka tidak melakukan perkara itu. Allah mengetahui yang sebaiknya"[8] (Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah).

{وأما اتخاذ موسم غير المواسم الشرعية كبعض ليالي شهر ربيع الأول التي يقال : إنها ليلة المولد , أو بعض ليالي رجب , أو ثامن عشر ذي الحجة , أو أول جمعة من رجب , أو ثامن من شوال الذي يسميه الجهَّال عيد الأبرار : فإنها من البدع التي لم يستحبها السلف , ولم يفعلوها. والله سبحانه وتعالى أعلم}.

Beliau juga berkata :"Mengenai 8 Syawwal, ia bukan lah Eid, samada untuk kebenaran atau kejahatan. Tidak dibenarkan seseorang itu mengambilnya sebagai Eid atau mengambil apa-apa yang dikaitkan dengan perayaan pada hari itu." (al-Ikhtiyaaraat al-Fiqhiyyah, ms. 199)
{وأما ثامن شوال : فليس عيداً لا للأبرار ولا للفجار , ولا يجوز لأحد أن يعتقده عيداً, ولا يحدث فيه شيئاً من شعائر الأعياد عيد الأبرار : فإنها من البدع}

Perayaan "Eid" ini berlaku di masjid-masjid yang terkenal, dimana lelaki dan wanita bercampur secara bebas, berjabat tangan secara bebas dan menyebutkan perkataan Jahiliyyah apabila mereka berjabat tangan. Kemudian mereka pergi membuat makanan yang dikhususkan pada perayaan ini". (al-Sunan wa’l-Mubtada’aat oleh al-Shuqayri, ms 166)



g. Zakat Al-Fitr (Zakat Fitrah) menggunakan wang ringgit

Soalan: Apakah pandangan mengenai Zakat Al-Fitr ... apakah ia mesti menggunakan bahan makanan atau boleh menggunakan wang?

Jawapan Dr. Ali Al-Soa[9]:

Adalah dibenarkan kepada seorang Islam yang mengeluarkan zakat Al-Fitr menggunakan wang! Kerana sesungguhnya duit merupakan cara yang sesuai bagi memdapatkan barangan dan perkhidmatan. Maka membolehkan seseorang itu membeli dengannya barangan makanan dan selainnya.

Menurut seorang ahli ekonomi Islam terkenal, Dr. Mozer Kahf[10], bahawa Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah (ulama' Islam pada awal 9 Hijrah) membincangkan pembayaran zakat al-fitr dengan wang terutamanya di kawasan metropolitan seperti Damsyik dimana tempat beliau tinggal, bahawa ia lebih baik kepada orang miskin.



h. Dimana kena bayar Zakat Al-Fitr?
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menjawab [11]: "Orang Islam mesti membayar Zakat Al-Fitr dinegara dimana dia tinggal di malam pertama didalam bulan Syawal. Sebabnya ialah bahawa Zakat Al-Fitr tidak dibayar kerana berpuasa, tetapi dibayar kerana eid (berbuka puasa); itu sebab ia dinamakan Zakat Al-Fitr. Itu sebab jika seseorang itu mati sebelum Magrib dihari terakhir didalam bulan Ramadan, Zakat Al-Fitr tidaklah wajib kepadanya walaupun dia telah berpuasa dikesemua hari didalam bulan itu. Sebaliknya, jika seorang bayi dilahirkan selepas Magrib di hari terakhir Ramadan. i.e. di malam pertama Syawal, adalah wajib ia membayar Zakat Al-Fitr atau wakilnya. Padangan ini adalah disepakati oleh ulama' Islam. Lebih-lebih lagi Zakat Al-Fitr dikaitkan dengan Eid Al-Fitr dan ia bermakna kegembiraan yang termasuklah diantara mereka yang miskin dan yang memerlukan. Kerana itulah nabi saw bersabda {Jadikan mereka (yang miskin) kaya di hari ini (iaitu hari Eid)}."



i. Kelambatan didalam membayar Zakat Al-Fitr
Menurut Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyya Saqr[12]:

Tidak boleh melambat-lambatkan Zakat Al-Fitr di Hari Eid. Lebih Afdal mengeluarkannya sebelum Solat Eid, dari Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah saw memerintahkan menunaikan Zakat Al-Fitr sebelum mereka bersolat, Berkata Ibnu Abbas r.h. : "Maka barangsiapa yang menunaikannya sebelum Solat maka Zakat itu di maqbulkan, dan barangsiapa yang menunaikannya selepas Solat maka jadilah ia sedekah dari sedekah-sedekah [yang lain]."
{ فمن أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات }



Kesimpulan

Didalam menyambut Eid Al-Fitr yang mulia ini, marilah kita berbalik kepada sumber-sumber Islam yang sebenarnya. Kepercayaan-kercayaan lama dan mitos-mitos, lebih-lebih lagi peninggalan zaman Jahililiyyah haruslah kita buangkan dari penghidupan kita. Apa yang kita mahu ialah mempertingkat Iman dan taqwa sebagai muslim sejati (True Muslim), yang bukan hanya pandai berkata "Aku Mazhab Syafie", tetapi satu Kitab Imam Syafie pun tak pernah dibaca! Jadikan bulan baik dan hari baik ini sebagai titik permulaan didalam penghidupan kita, agar amalan yang dilakukan sejajar dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Akhir kata : Eid Mubarak, Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu {تقبل الله منا ومنكم }, Selamat menyambut Hari Raya 1423H.

wallahu'alam
wassalam

-susunan Khairol Amin (kamin) -
29 Ramadan 1423

Rujukan :
1. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Eid :Adab dan Hukum. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
2. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dgn=3
3. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah - Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, ms. 343
4. Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz. Kitaab Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat - Jilid. 13, ms. 13
5. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Berkahwin diantara dua hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=13475&dgn=3
6. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Hukum berjima' dimalam dan hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38224&dgn=3
7. Sheikh Abdul Aziz ibn Ahmad Al-Tuwajri. Al-Bida’ al-Hawliyyah :Hukum merayakan Eid al-Abraar, ms. 350. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
8. Sheikh Ibnu Taimiyyah. Majmu' Fatawa - juzu' 25. Mekah : percetakan Al-Hukumah, 1969h., ms. 298.
9. Dr. Ali Al-Soa. Membayar Zakat Al-Fitr dengan wang. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
10. Dr. Mozer Kahf Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatw...
11. Dr Yusuf Al-Qardawi. Tempat membayar Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatw...
12. Sheikh Atiyya Saqr. Melambatkan Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan