Heboh kebelakangan ini tentang pelaburan di dalam ASB/ASN. HALAL atau HARAM? Ia adalah perbahasan lama, namun ditimbulkan kembali. Ia sekali lagi memeningkan orang awam yang tidak tahu apa-apa.
Mengapa ia memeningkan?
Mahu tidaknya, JK Majlis Fatwa Kebangansaan menfatwakan pelaburan dalam ASB/ASN adalah halal, manakala beberapa JK fatwa mufti negari mengatakan ia adalah haram. Mana satu yang mahu diikut?
Kesan dari tersebarnya fatwa pengharaman ini, ramai yang tidak mahu lagi melabur di ASB/ASN. Dan, malah ada yang menarik pelaburannya.
Berikut ini adalah perbincangan oleh pihak yang berkaitan dengan pelaburan ASB/ASN yang saya rakam dari RTM 1 bertajuk: ASN dan ASB dari perspektif Majlis Fatwa Kebangsaan. Panelisnya terdiri dari:
- Datuk Dr Abdul Syukur Husain, Pengerusi JK Fatwa Kebangsaan
- Datuk Dr Abdul Halim Ismail, Pengerusi JK Syariah PNB
- Pro Dr Asyraf b Md Hashim, Penyelidik ISRA
Antara yang alasan pengharaman ASB/ASN ialah pelaburannya di syarikat yang tidak patuh syariah. Menurut mereka, tidak patuh syariah ini telah disahkan dan disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Apakah benar begitu?
Menurut Prof Dr Asyraf yang juga merupakan orang Suruhanjaya Sekuriti, mereka hanya ada menyenaraikan syarikat yang patuh syariah sahaja, sedangkan mereka tidak menyenaraikan syarikat yang tidak patuh syariah. Syarikat yang tidak tersenarai dalam syarikat patuh syariah tidak semestinya ia adalah syarikat yang tidak patuh syariah.
Video
DOWNLOAD?
Siapa yang mahu download video di atas, berikut ini [LINKnya]