Isu Ummati.. Ummati.. Bila Ketua Ahlus Sunnah Malaysia Tegur Ustaz Nazmi

Primary tabs

Abu Syafiq Ketua ASWJ Malaysia

Kisah Kewafatan Rasulullah SAW (Bukan Ummati Ummati Ummati)

Dr Asri ummati ummati bukan ketika Nabi hampir wafat

Isu Hadis Palsu - Rasulullah SAW Sebut "Ummati, Ummati, Ummati" Ketika Hampir Wafat

Isu ummati.. Ummati.. Abu Syafiq yang mengaku sebagai ketua Ahlus Sunnah Malaysia bukan mulut, katanya menegur Ustaz Nazmi Karim isu ini. Sila baca apa tegurannya dan bandingkan dengan video ustaz Nazmi dan Dr MAZA.

 

...Teguran Ringkas Ilmiah Buat al-Fadhil Ustaz Nazmi Karim Hafdizahullah.

ISU UMMATI UMMATI & RAFIQIL A’ALAA

Saya dihubungi bbrp kali utk berikan komen brkaitan satu ceramah dan kenyataan al-Fadhil Yang Mulia /Dihormati Ustaz Nazmi Karim.

Saya pada asasnya kurang berminat utk komen benda mcm ni..hanya krn diminta brkali kali maka sy ulas sedikit sahaja. Waktu yg sama saya menghormati semua pejuang2 Ahli Sunnah Wal Jama’ah yg menolak Sekular, Wahhabi, Syiah, Plurisme, Libaralisme, comango dan lain2.

Antara kata2 dan kenyataan al-Fadhil Ustaz Nazmi (semoga Allah memurahkan rezeki beliau dan mengkayakan beliau dengan hidayah keimanan dan akhirat) yg ditimbulkan;

1- Katanya kisah yg Nabi Muhammad sebut Ummati Ummati itu adalah riwayat Syiah sesat kafir semata-mata dan katanya CONFIRM ia Syiah.

2- Katanya lagi Saidina Ali dan Saidatuna Fatimah tidak bersama Nabi Muhammad ketika akhir hayat baginda..kata dia lagi.. yang sebut Nabi panggil Saidatuna Fatimah diakhir hayat baginda itu adalah cerita dibuat2 direka2 oleh Syiah semata mata.

3- Katanya lagi dalam riwayat peristiwa kewafatan Nabi Muhammad itu Nabi ada sebut Bal Rafiqal A’alaa Bal Raffiqal A’alaa (dengan sebutan nas hadith baris yg salah) kemudian beliau mendakwa erti nas hadith yg berbunyi Rafiq A’alaa itu adalah bererti Allah (ini juga salah besar).

 

Ulasan ringkas saya yg Faqir mengharap keampunan Ilahi;

1- Sebelum Nabi Muhammad wafat baginda ada menceritakan perihal Syafa’at dan ketika itu baginda ada menyebut “Ummatiy Ummatiy Ummatiy” 3x. Rujuk FathulBari Syarah Sahih al-Bukhari jilid 13 mukasurat 476 dan matan dlm Sohih al- Bukhari pun ada sebut.. termasuk dlm Sohih Muslim dan Syarahnya oleh Imam al-Nawawi.

Dalam Ihya ‘Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali sendiri pada menceritakan kewafatan Nabi Muhammad ada merawikan hadith riwayat al-Tobaroniy WAKTU KETIKA baginda mati/wafat baginda menyebut dalam keadaan risau pada umat baginda “Man Liummatiy Ba’di” “Man Liummatiy Ba’diy” yang bermaksud nabi menyatakan kerisauan baginda keatas umat baginda selepas pemergian baginda dan ini juga makna kpd kisah Ummati Ummati. Disana terdapat byk lagi riwayat yg membenarkan cerita Nabi menyebut Ummatiy Ummatiy yg langsung tidak ada kaitan dgn Syiah Kafir.

Dlm kitab Tafsir juga ada menyebut selepas baginda membaca firman Allah berkaitan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa maka baginda menyebut: “Allahumma Ummatiy Ummatiy” rujuk Tafsir al-Qurtubiy dan selainnya. Maka bila seorg itu seolah menuduh semua kisah-kisah tersebut adalah rekaan Syiah sesat semata mata adalah satu pengkhiatan keatas ulama2 hadith Sunni Ahli Sunnah sedangkan hakikatnya ia ada sandaran&hujjahnya. Adakah Imam al-Bukahri, Imam Muslim Imam Ghazali dll itu Syiah?! Kalla tidak sama sekali.. mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah BUKAN wahabi BUKAN syiah.

2- Berkaitan Saidatuna Fatimah anak baginda Rasul ketika akhir hayat Nabi dipanggil oleh Nabi Muhammad.. sememangnya wujud dalam kebanyakan kitab2 hadith kita Ahli Sunnah dan ia tidak bererti kita Syiah bilamana menerima riwayat2 ini. Menafikan peristiwa ini seolah menafikan nas yg jelas krn kisah ini sgt masyhur.. Nabi ketika wafat memanggil Saidatuna Fatimah lalu berbisik kpdnya 2 kali. Kali pertama dia ketawa kali kedua dia menangis. Lihat Sohih al-Bukhari dan lain-lain pada menyatakan kisah kewafatan baginda Nabi.

3- Ustaz Nazmi karim dlm ceramahnya itu juga mendakwa perkataan dlm hadith “ Bil Rafiil A’alaa” itu bererti Allah ia adalah ALLAH. Ini bercanggah dengan apa yg dijelaskan oleh para mensyarah hadith. Amat sepatutnya al-Fadhil Ustaz merujuk ulama hadith (bukan wahabi) dahulu sebelum mensyarahkannya kpd org awam. Ya.. Nabi Muhammad ada menyebut Birrafiqil A’alaa sebelum baginda wafat tetapi Rafiqul A’Alaa tidak bererti Allah.

Kata Imam An-Nawawi ketika mensyarahkan sambik menyebut ia syarahan Jumhur Ulama pd perkataan Rafiqul A’alaa itu bermaksud :

“Para Nabi yang tinggal di atas ‘Illiyin (maqam yg tinggi) dan para ulama seperti Imam al-Azhariy menyanggah puak ajaran yang menyatakan Rafiqul A’alaa itu adalah Allah”. Rujuk Syarah Sahih Muslim.

Dan berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniy bahawa Rafiqul A’Alaa bererti Satu tempat yang dikumpulkan bersama didalamnya para Nabi,para Rasul,Para Syuhada, para solihin, orang yg benar dan para malaikat. Rujuk Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari. Begitu juga ia disebut dlm banyak kitab syarahan Hadith seperti Syarah Sunan at-Tirmizi dll. Mereka turut menolak tafsiran Rafiqul A’ala itu sebagai Allah. Yang pasti perkataan Rafiqul A’alaa tidak bererti Allah sepertimana dakwaan tersebut. Maka apa yg hendak dinyatakan disini usah cepat mensyarah sesuatu atau menghukum sesuatu tanpa usul periksa kerana buruk padahnya..

..dan saya ingin menyatakan disini bhw saya mengajak al-Fadhil Ustaz bersama dlm Perjuangan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asya’irah al Maturidiyah dengan penuh INSOF..Mungkin wujud salah faham antara kita sebelum ini insyaAllah kelak kita bertemu bersama berjuang memartabatkan Islam hakiki dan menolak ajaran Wahhabi dan Syiah yg merosakkan umat Islam dan suka mengkafirkan ulama dan umat Islam.

 

Kekalkan dlm akidah Islam. Allah Wujud Tanpa Bertempat.

Pesanan buat Ustaz Nazmi Karim..kalau nak SmackDown tu Jangan SmackDown Sorang2..ajak kita sama Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asya’irah sekali..insyalah blh brkongsi dan tambah ilmu bersama tanpa bayaran/tanpa mukafaah.

Barakallahu fikum - Abu Syafiq 019 3801979

 

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan