Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (bahagian 6)

Primary tabs

Penulis Asal: Dr. Ahmad Al-raisouni | Terjemahan: Musmai_87 | Artikel asal

Definisi al-maslahah dan al-mafsadah

 

 

Maqasid al-shari'ah seperti mana yang disebutkan sebelum ini fokusnya adalah kepada satu pekara iaitu : Jalbu al-masalih wa dar'u al-mafasid (Mendatangkan Kebaikkan dan menolak kerosakkan)

Jadi apakah hakikat sebenar maslahah (kebaikan) itu? dan apa pula hakikat mafsadah (kerosakkan)?

 

Diantara definisi maslahah yang paling terkenal disisi ahli usul (dan juga disisi ahli falsafah sebelum mereka) adalah definisi yang dibawa oleh Al-fakhru Al-razie dalam kitabnya  al-mahsul , beliau berkata :

المصلحة لا معنى لها إلا اللذةُ أو ما يكون وسيلة إليها، والمفسدة لا معنى لها إلا الألم وما يكون وسيلة إليه

"maslahah hanyalah memberi maksud al-lazzat (kelazatan) atau apa-apa perkara  yang menjadi wasilah kepadanya . Mafsadah pula hanya memberi maksud a-alam (kesakitan) dan apa-apa perkara yang menjadi wasilah kepadanya"

Sebahagian ulama melihat definisi ini perlu diberikan kritikan dan pembaikan , antaranya:

1- Keadaan perkataan "al-lazzat" itu biasanya digunakan untuk memberi maksud kenikmatan jasad seperti makan ,minum , tidur , bersetubuh , menyentuh , melihat ... maka adakah maslahah yang dimaksudkan itu hanya semata-mata kelazatan jasad sahaja?

2-  Keadaan perkataan "al-lazzat" itu termasuk juga di dalamnya kelazatan-kelazatan yang diharamkan, adakah ianya juga termasuk di dalam maslahah?

3-  Mafsadah didefinisikan dengan "al-alam" juga dikritik kerana beberapa perkara yang menyakitkan dan menyusakan kadang-kadang ianya disyari'akan atau ianya wajib dilakukan seperti puasa, jihad, dan bebanan perlaksanaan haji?!

Sebenarnya kritikan dan persoalan seperti ini, kesemuanya timbul dari kefahaman-kefahaman yang tersebar di kalangan orang awam tentang initipati definisi ini. Maka jawapan balasnya adalah seperti berikut:

1- Kelazatan yang dimaksudkan oleh syara' bukan hanya terhad kepada kelazatan jasad sahaja, bahkan ianya merangkumi (bermula dari kelazatan jasad) sehinggalah semua jenis kelazatan - yang terlintas di fikiran atau yang tidak terlintas- yang mana ianya membawa kepada kebahagiaan insan dan ketenangan mereka . Seperti kelazatan iman dan yakin,kelazatan ibadah dan zikir , kelazatan ilmu dan pengetahuan , kelazatan perbuatan baik dan ihsan , kelazatan aman dan keselamatan, kelazatan jiwa dan perasaan yang bersih suci yang menyatukan di antara hati-hati manusia , kelazatan syurga yang mempunyai pekara-pekara yang diinginkan oleh setiap jiwa yang tahu dan setiap mata yang memandang. Seperti juga kelazatan menikmati keindahan alam dan kehidupan yang dipenuhi dengan tanda-tanda kecantikan, keindahan dan kebahagiaan. Akhirnya yang paling enak dan lazat adalah kelazatan untuk bertemu dengan Allah, mendapat keredhaanNya, dan melihat wajahNya s.w.t yang maha mulia  dalam keadaan yang layak dengan maqamNya.

2- Apa yang kita sebutkan dalam penjelasan tentang maslahah yang didefinisikan dengan al-lazzat ,seperti  itu lah juga kita sebutkan berkenaan dengan mafsadah yang didefinisikan dengan al-alam. Jadi kesakitan itu juga tidaklah hanya terhad kepada kesakitan-kesakitan jasad , seperti lapar dan dahaga , penyeksaan dan pukulan serta penyekatan dari memenuhi syahwat dan keperluan. Bukan ini sahaja yang dianggap sebagai al-alam . Bahkan penderitaan dan gangguan jiwa serta psikologi juga dianggap sebagai al-alam, semuanya termasuk di dalam ruang lingkup mafsadah. Maka kekosongan ruh dan jiwa yang lahir dari kekufuran atau hilangnya iman dan hubungan dengan Allah adalah satu azab dan satu kerosakkan. Perasaan sunyi serta sia-sianya kehidupan ini juga kesakitan dan kerosakkan. Terdedah kepada penindasan , penghinaan dan kezaliman juga setiap satunya adalah kesakitan dan kerosakkan.Keretakkan rumahtangga dengan hilangnya seri , ketenangan dan perasaan tanggungjawab juga adalah kesakitan dan kerosakkan yang tidak terkira.Begitu juga kerosakkan akhlak dan hubungan sesama manusia.Neraka - pada hari kiamat- adalah kesakitan dan kerosakkan yang paling  besar yang menunggu penghuninya. Usaha kepada nya adalah usaha kepada kerosakkan dan kesakitan.Jadi semua wasilah yang membawa kepadanya maka ianya adalah kerosakkan juga.

Untuk membetulkan makna-makna tadi, I'zu Al-din ibn abdi Al-salam telah membawa definisi yang disebutkan tadi dengan beberapa tambahan dan keterangan yang menjadikan takrif itu lebih sempurna dan selamat dari kritikan. Beliau menyebut di dalam kitabnya qawa'du al-ahkam:

المصالح أربعة أنواع:  اللذات وأسبابها، والأفراح وأسبابها.

 والمفاسد أربعه أنواع: الآلام وأسبابها، والغموم وأسبابها.
 

 وهي منقسمة إلى دنيوية وأخروية

"Al-masalih ada empat jenis : Al-lazzaat ( pekara-pekara yang melazatkan ) dan sebab-sebabnya , serta al-afrah ( pekara-pekara yang membahagiakan ) dan sebab-sebabnya

Al-mafasid empat jenis : Al-aalaam ( pekara-pekara yang menyakitkan ) dan sebab-sebabnya , serta al-ghumum ( pekara-pekara yang menyusahkan ) dan sebab-sebabnya .

Kedua-duanya terbahagi kepada duniawi dan ukhrawi."

Al-imam Abu hamid Al-ghazali pula cenderong untuk memilih pentakrifan yang ringkas dan objektif bagi definisi Al-maslahah al-syar'yah , beliau menyebut dalam kitabnya " al-mustasfa"

... نعني بالمصلحة المحافظةَ على مقصود الشرع؛ ومقصود الشرع من الخلق خمسة: وهو أن يحفظ عليهم دينهم ونفسهم وعقلهم ونسلهم ومالهم، فكل ما يتضمن حفظ هذه الأصول الخمسة فهو مصلحة، وكل ما يفوت هذه الأصول فهو مفسدة ودفعه مصلحة

" Apa yang kita maksudkan dengan al-maslahah adalah al-muhafazah 'ala maqsud al-syar' ( memlihara objektif syara') yang melibatkan mahluk dari lima aspek : iaitu memlihara agama mereka, diri mereka, aqal mereka , keturunan mereka dan harta mereka.Jadi semua perkara yang mengandungi pemeliharaan ke atas lima asas utama ini , maka ianya adalah maslahah, dan semua perkara yang tidak memelihara lima usul ini maka ianya adalah mafsadah ,  menepis serta menolak wujudnya mafsadah itu adalah maslahah " .

Jenis-jenis maslahah dan mafasid , peringkat-peringkatnya , wasilah-wasilahnya dan contoh-contohnya, akan nampak lebih jelas intipati dan maknanya sedikit demi sedikit melalui perbincangan dalam halaqah  yang akan datang .InsyaAllah.

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan