[Dunia Buku] 140 Masalah Keluarga & Bagaimana Cara Mengatasinya

Primary tabs

Tajuk Buku: 140 Masalah Keluarga & Bagaimana Cara Mengatasinya
Penulis: Abu Mahmud Nabil bin Muhammad Mahmud
Halaman: 267m/s
Harga: RM49.00 (hardcover )
PJ-1862

Kerana kebahagiaan keluarga muslimah akan mewujudkan masyarakat ...yang sejahtera dan kerosakan keluarga akan menyebabkan rosaknya masyarakat, maka Islam menetapkan kaedah-kaedah yang melegitimasi kehidupan keluarga dan mencakupnya dengan perhatian yang penuh, supaya keluarga tersebut dapat lestari dan bertahan, sehingga Islam tidak membiarkan satu bahagian darinya, kecuali menjelaskan adanya hukum Allah Subhanahu wa ta'ala dalam bahagian tersebut.

Islam juga menjelaskan bahawa masing-masing suami isteri mempunyai hak dan kewajipan dan memperingatkan kepada mereka dari berbagai aspek yang dapat mengotori kesucian ikatan keluarga. Dan mengancam mereka yang membiarkan dirinya terlihat dalam merosakkan ikatan ini dengan seksaan yang sangat berat. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam juga mengutuk orang yang memprovokasi seorang wanita terhadap suaminya. Dan sasaran terakhir dari semua itu adalah menghancurkan semua aspek yang dapat mengancam keharmonian kehidupan rumah tangga.

Tidak diragukan bahawa kehidupan rumah tangga yang bahagia merupakan dambaan setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan dalam skala yang sama. Tapi biduk kehidupan kadang-kala harus menghadang gelombak keras yang menghentam dan mengancam perjalanannya. Aliran gelombang itu menariknya ke arah yang tidak disukai oleh penumpangnya. Begitu juga dengan kehidupan rumah tangga, yang kadang-kala perlu menghadapi berbagai masalah yang dapat menurunkan kesuciannya, mengancam kelestariannya, mengandaskannya dan memberikan akhir yang menyakitkan.

Pertengkaran keluarga merupakan sesuatu yang tidak dapat dihindari. Orang yang mendakwa bahawa kehidupannya bebas dari masalah rumah tangga dan pertengkaran, jelas bukan sebuah dakwaan yang benar, sebuah ilusi, kerana pertengkaran ibaratkan garam untuk makanan. Maka suatu masakan tidak akan terasa sedap tanpa garam, begitu juga dengan kehidupan rumah tangga tidak akan lepas dari masalah, walau hanya kecil sekalipun yang segera berlalu bahkan akan segera cepat berlalu.

Kami katakan; sesungguhnya kehidupan rumah tangga yang bahagia adalah kehidupan rumah tangga yang tidak pernah lepas dari perbezaan keluarga, yang seiring berjalannya siang dan malam akan memurnikan kasih sayang di antara suami isteri, kerana perkahwinan merupakan ikatan di antara dua orang yang berbeza. Dan dalam sebahagian ayat disebutkan bahawa Allah Subhanahu wa ta'ala tidak akan menciptakan dua orang yang sama tetap di dalam sifat dan akhlaknya. Perbezaan di dalam sifat dan akhlak merupakan penyebab perbezaan tersebut...

Untuk pembelian, sila ke:
http://www.facebook.com/pages/Buku-buku-Agama/125207410874875