[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Tidak Semua Tasbih Bermaksud Solat

Primary tabs

Kali ini Dr Izrail menyanggah perkataan Ustaz Abu Umair yang menukilkan dari Ibnu Abbas bahawa setiap tasbih di dalam al-Quran bermaksud solat.

Apa sanggahan berkenaan?



izrail - Nov 06, 2007 - 01:14 AM
Post subject:


Quote:

Kata Ibn Abbas r.a. : Setiap tasbih dalam Quran, maksudnya ialah solat (sembahyang). (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Qurtubi).

Jika tasbih dalam quran maksudnya solat, maka menyebut nama Allah dalam Quran juga mestilah maksudnya lebih tinggi, iaitu zikir dengan kalam yang sempurna.

Bukan semua suruhan bertasbih di dalam Al-Quran bermaksud solat, kerana apabila diturunkan surah an-nasr yang menyuruh Nabi SAW bertasbih dan beristighfar, Baginda banyak menyebutkan tasbih: subhanallah wabihamdihi... samada di dalam solat atau bukan.

Dan diriwayatkan juga, baginda tidak bangun atau duduk dan tidak datang atau pergi melainkan Baginda menyebut subhanallah wabihamdihi. (Tafsir Tabari)

Di sini Nabi SAW menafsir suruhan itu dengan bertasbih bukan dengan bersolat. Maka tafsiran Nabi SAW lebih utama dari tafsiran sahabat r.a

Wallahu a3lam