Fatwa al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad: Hukum Menadah Tangan Kerana Doa Khatib

Primary tabs

Oleh zain-ys

Dato' Syed Alwi: Bekas Mufti JohorHukum menadah tangan kerana doa khatib. Fatwa yang saya petik dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981)

Teks fatwa:

Perkara: Hukum menadah tangan ketika khutbah dibaca
Soal: Bagaimanakah caranya doa pada hari Jumaat pada khutbah yang kedua wajibkah bagi makmum menadah tangan amin.

Jawab: Tidak wajib dan tidak sunah



Fatwa seterusnya:

Perkara: Menadah tangan kerana doa khatib

Soal:
Waktu khatib di atas mimbar membaca khutbah maka apakala dibaca doa bagi sekelian muslimin bolehkah sekelian makmum itu menadah tangan mengatakan Amin kerana saya ada mendengar setengah daripada guru-guru berkata boleh dan setengah berkata tidak.

Jawab: Tidak sunnah mengangkat tangan