[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Anwar Syah Kasymiri kata boleh zikir Allah.. Allah..

Primary tabs

Dr Izrail kali ini masih lagi menyanggah Ustaz Abu Umair di sekitar tafsiran surah al-Muzammil ayat 8, "Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadanya dengan penuh ketekunan" Surah: Al-Insan ayat 25: "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." Juga di sekitar hadis: "Dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah".

Artikel lepas, Ustaz Abu Umair menjelaskan bahawa semua itu samasekali tidak dapat ditafsirkan sebagai boleh berzikir dengan Allah. Allah.. Kita baca jawapan dari Dr Izrail pula.



izrail - Nov 03, 2007 - 03:42 PM
Post subject:


Quote:

- ana tidak bermaksud takqyid mutlaq, tapi bermaksud: "Ilhaq al-nazhir bi Nazhirih".

- ditafsirkan juga ayat dalam surah al-Insan, dengan makna solat. Maka kaedah dalam Usul Tafsir: Tafasir al-Salaf yuhtakam ilaiha, La Alaiha. iaitu tafsiran para salaf hendaklah diputuskan kepadanya (diambil), bukan diputuskan ke atasnya.

- Ayat ini juga sama dengan ayat al-Muzzammil: 8 iaitu: "Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadanya dengan penuh ketekunan". Ayat ini juga tidak ditafsirkan oleh salaf dengan menyebut "Allah, Allah" sebagai zikir. Tetapi ditafsirkan dengan berdoa dengan menyebut nama-nama Allah.

Ulama tafsir telah menaqalkan tafsiran ayat surah al-Insan ini dengan banyak tafsiran, ada yang tafsir ianya solat, zikir, dll. seperti dalam tafsir ar-Razi, as-Syaukani, al-Baidhawi, al-Alusi, al-Khazin, al-Biqa'ie, Abu Sa'ud, as-Sa'di, Ibn 'Asyur dll

Samada nak tafsir solat atau zikir semua tafsiran ini diterima sebagai ikhtilaf tanawwu' dlm tafsir yg diterima oleh Ulama kerana tiada percanggahan. (lihat mukadimah usul tafsir oleh Ibn Taimiah)

Wallahu a3lam

 

Syeikh Abu Umair hafizahullah wrote:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
"Dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah".

- Hadis ini dibawa oleh Nabi dalam perihal mencerita keadaan akhir zaman, tidak untuk mengajar cara berzikir. Maka kaedah dan cara zikir mesti diambil dari nas yg banyak samada perkataan dan perbuatan Nabi SAW dalam bab zikir.

- Al-Mula Ali Qari berkata: Perkataan 'Allah' yg kedua adalah taukid. Begitu juga tafsiran pengarang Tuhfatul Ahwazi. Dan taukid lafzi seperti ini makruf dan bertepatan dalam ilmu Luhah Arabiyyah. Tafsiran ini lebih aula daripada membuat istinbat harus zikir 'Allah, Allah' kerana secara amali ia tidak pernah sabit oleh Nabi SAW.

Hadith ini bukan sahaja menceritakan perihal keadaan akhir zaman, tetapi juga keadaan sebelum itu. Lafaz "hatta" menunjukkan keadaan sebelum itu terdapat mereka yg menyebut "Allah Allah" sehingga tiada lagi siapa yg menyebut "Allah Allah" barulah berlaku kiamat.

Ini bermakna, terdapat di bumi orang yg menyebut "Allah Allah" pada awalnya, kemudian apabila tiada lagi orang yg menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya kiamat.

Anuar Shah Kasymiri antara Ulama yg menyatakan maksud hadith ini adalah zikir Allah Allah. (lihat Syarah Sunan Tirmizi oleh Anuar Shah Kasymiri: 3/112)

قوله : ( الله الله إلخ ) قال العلماء : إن روح الدنيا : لا إله إلا الله ، فإذا خرج الروح تفسد الدنيا ، وأقول : هذا يدل على أن الله الله مفرد أيضاً ذكر ، وكذلك في القرآن العزيز { قُلِ اللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ } [ الأنعام : 91 ] الآية ، وقال الحافظ ابن تيمية : إن الله مفرداً ليس بذكر ، وتأول في مثل هذا بالحذف أو التقدير .
Lihat di sini kehebatan Anuar Shah Kasymiri oleh Maulana Asri:
http://www.youtube.com/watch?v=XWSS1pV4NPc&mode=related&search=

Terdapat ramai Ulama Islam terdahulu yg membenarkan zikir Allah Allah. Dan terdapat juga mereka yg menolak berdasarkan takwilan hazf atau taqdir. Perbincangan ini adalah masalah fiqh antara mereka yg membenarkan dan menolak seperti masalah fiqh yg lain.

Wallahu a3lam