Oleh: Zainudin Yusro (zain y.s)
Masalah:
Siapa yang membaca kitab-kitab fiqh sudah tentu akan menemui perkataan berikut:
- Ghanam (غنم),
- Syah (شاة),
- Dho’n (ضأن),
- Ma’z (معز)
Semuanya adalah dari keluarga kambing, namun apa perbezaan antara ghanam (غنم), syah (شاة), dho’n (ضأن), ma’z (معز).
- Jawab: Ghanam (غنم) adalah kata nama (isim) jamak yang tiada mufradnya. Ya, memang ada mufradnya tetapi dengan lafaz iaitu (شَاةٌ). Namun ia ada tasniyahnya (غَنَمَانِ). Jamaknya pula adalah aghnam (اغنام) dan ghunum (غُنُوم). Ghanam merangkumi:
- Ma’z – Kambing – Bulunya dinamakan sya’r (شَعْرٌ) – (hair)
- Dha’n - Biri-biri - Bulunya dinamakan shuf (صُوْفٌ) – (wool)
- Kharuf (خَرُوْف) Biri-biri muda jantan (lamb).
- Kabsyun (كَبْشٌ) Biri-biri jantan pada mana-mana usia.
Kategori Berita: