Apa itu Iddah? Berapa Lama Tempoh Iddah?

Primary tabs

Susunan: Zainudin bin Yusro (zain y.s)

DEFINISI IDDAH

Menurut bahasa: Kiraan atau hitungan.

Menurut istilah:

 Tempoh menunggu seorang perempuan, di mana dengan tempoh berkenaan dapat diketahui rahimnya telah bersih (daripada kandungan), samada melalui tempoh beberapa kali suci (aqra’) atau beberapa bulan atau dengan kelahiran. (Fathul Qorib)

Definisi lain:

Iaitu nama bagi tempoh tertentu bagi seorang perempuan menunggunya, kerana ta’abbudi (semata-mata mematuhi perintah Allah) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami atau untuk memastikan rahimnya bersih daripada kandungan (Al-Iqna’).

 

MASALAH: BERAPA LAMA TEMPOH MASA IDDAH PEREMPUAN

1. Iddah perempuan yg kematian suami:

i. Jika tidak hamil: 4 bulan 10 hari

ii. Jika hamil: Sehingga dia melahirkan

 

2. Iddah perempuan bukan kerana kematian:

i. Jika tidak hamil dan masih ada haid: Tiga quru' (tiga kali masa suci)

ii. Jika tidak hamil dan tidak berhaid (masih kecil/menopus): 3 bulan

iii. Jika hamil: Sehingga melahirkan

iv. Jika dicerai sebelum disetubuhi: Tiada iddah

(Rujukan: Fathul Qorib dan al-Iqna')

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan