Bagaimana status sanad pada hari ini?
Sanad pada hari ini penting untuk meneruskan tradisi adanya hubungan dan kesinambungan antara murid dan guru secara berantaian dengan guru-guru sebelumnya. Juga untuk tabaruk.
Manakala kajian tentang para perawi sanad terhenti setakat pengarang kitab Hadis. Iaitu pada zaman pembukuan Hadis. Kritik sanad inilah nantinya antara faktor yang sangat menentukan samada sesebuah Hadis itu boleh diterima ataupun tidak. Asli ataupun tidak. Kuat ataupun lemah.
Selepas fasa ini, para perawi yang ada di dalam satu-satu sanad tidak termasuk dalam kajian kritik yang menyebabkan status Hadis diterima atau ditolak. Pengumpulan hadis sudah lengkap sepenuhnya pada zaman pembukuan Hadis.
Kategori Berita: