Hadith merupakan sumber perundangan yang kedua selepas ALQuran. Ia merupakan amali apa yang telah di jelaskan di dalam AlQuran. Kadangkala ia mentafsirkan ayat, menjelaskan kekeliruan, memperincikan hukum hakam yang tidak di jelaskan di dalam mana-mana ruangan kecuali hadith. Inilah yang kita nyatakan seseorang yang mendakwa beliau hanya cukup beriman dengan AlQuran adalah sesat. Ini kerana beliau meninggalkan sumber perundangan islam yang kedua iaitu hadith.
Tugas hadith kepada AlQuran boleh kita simpulkan secara ringkas seperti berikut ;
Tugas Pertama:
MENJADI PENGUAT HUJJAH PERKARA YANG TELAH DI JELASKAN DI DALAM ALQURAN
Ini seperti yang kita maklum bahawa beberapa perkara yang dijelaskan oleh AlQuran seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Contoh hadith :
Èäí ÇáÅÓáÇã Úáì ÎãÓ ÔåÇÏÉ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÃä ãÍãÏÇ ÑÓæá Çááå æÅÞÇã ÇáÕáÇÉ æÅíÊÇÁ ÇáÒßÇÉ æÇáÍÌ æÕæã ÑãÖÇä
Islam itu di bina atas 5 dasar utama iaitu shahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa ramadhan [Riwayat alBukhari]
Hadith di atas penguat ayat AlQuran iaitu :
æÃÞíãæÇ ÇáÕáÇÉ æÂÊæÇ ÇáÒßÇÉ
"Dirikanlah solat dan tunaikan zakat" [Surah AlBaqarah ayat 83]
Tugas Kedua :
MENJELASKAN DENGAN TERPERINCI PERKARA YANG TERDAPAT DI DALAM ALQURAN
Tugas kedua ini di bahagikan kepada beberapa perkara :
a) Menjelaskan perkara yang umum
Contohnya ialah Allah menyuruh hambaNya bersolat di dalam AlQuran tanpa di terangkan waktu solat, rukun-rukun, rakaat dan sebagainya.
Maka hadith menerangkan dengan perinci cara perlakuan solat, rukun, hukum hakam dan sebagainya. Antaranya hadith baginda mengajar sahabatnya bersolat di dalam hadith :
ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí
"solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku bersolat" [Riwayat alBukhari]
Begitulah jua di dalam tajuk zakat, haji, pernikahan, muamalat, jenayah dan sebagainya yang umum di dalam AlQuran dan di jelaskan di dalam hadith.
b) Menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan
Di dalam ayat AlQuran ada ayat seperti :
ÇáÐíä ÂãäæÇ æáã íáÈÓæÇ ÅíãÇäåã ÈÙáã
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah AlAnam ayat 82]
Maka, para sahabat mula bersusah hati dengan mengatakan "manakah dari kalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman". Maka jawab Rasulullah "Bukannya begitu, tidakkah kamu mendengar nasihat Luqman iaitu
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".[Luqman ayat 13]"
Maka fahamlah para sahabat bahawa kezaliman yang di maksudkan di dalam ayat tersebut bukan umum perkataan zalim malah membawa maksud yang dijelaskan oleh Rasulullah sebagai MELAKUKAN SYIRIK KEPADA ALLAH TAALA.
Dua jenis di atas adalah menunjukkan hadith itu penguat dan penjelas kepada AlQuran tanpa khilaf oleh mana-mana ulama.
Tugas Ketiga:
PERKARA TAMBAHAN DI DALAM ALQURAN
Ada sebahagian perkara yang tidak di bincangkan di dalam AlQuran, ada yang di haramkan oleh AlQuran yang tidak di jelaskan dengan perinci akan keharamannya.
Antaranya pengharaman berkahwin dengan mengumpulkan dalam satu masa perempuan bersama dan makciknya sebelah lelaki dan perempuan bersama makcik sebelah perempuan, pengharaman memakan binatang yang mempunyai taring dan sebagainya lagi.
Perkara tersebut di jelaskan di dalam hadith. Maka, kita sebagai seorang muslim hendaklah taat kepada seruan Rasulullah kerana ia berkaitan dengan ketaatan kepada ALlah jua seperti Firman Allah :
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)." [Surah AnNisa ayat 80]
Dengan ini, jelaslah kepada kita tugas hadith kepada AlQuran. Logiknya, tidak mungkin kita mampu memahami AlQuran jika kita tinggalkan hadith.
Mana-mana seruan yang membawa fahaman ALQuran (seperti golongan Quraniyyun) tanpa menggunakan hadith ternyata adalah seruan yang batil dan inilah yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.
Terjemahan ringkas dan olahan : ibnuhazam
Sumber : http://www.islamweb.net/ver2/archive/readArt.php?id=24302