Maulana Mohd Asri Yusoff


  • Oleh: zain-ys

    Dari Anas bin Malik ia berkata;

    "Saya membawa Abdullah Bin Abu Thalhah al Anshari pergi menemui Rasulullah s.a.w ketika dia baru dilahirkan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. memakai 'aba'ah (jubah  yang luas lengannya). Dan, Baginda sedang melumuri ubat pada untanya.

    Maka (Rasulullah s.a.w) bertanya padaku; "Apakah kamu membawa kurma?". Saya menjawab; ya.  Beliau kemudian mengambil beberapa kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut beliau dan melembutkannya.

    Setelah itu beliau membuka mulut bayi dan disuapkan padanya, bayi itu mulai menjilatinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Kesukaan orang Anshar adalah kurma." Kemudian (Rasulullah s.a.w. memberinya nama Abdullah. (HR Muslim)

  • Antara Khomeini dan Salman Rusydie..  Juga Mohsen Namjoo
    Salman Rusydie telah menghina Islam melalui novelnya Satanic Versus. Mohsen Namjoo pula adalah penyanyi yang lagu-lagunya mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam. Khomeini pula?

  • Kuliah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff pada 19 Disember 2010. Kali ini dibahaskan tajuk: 
    Bab: Nama-nama Nabi s.a.w.

  • Oleh zain-ys

    Dakwaan mengatakan bahawa hadis Nabi s.a.w. ditulis selepas beberapa ratus tahun selepas zaman Baginda s.a.w. adalah dakwaan yang tidak benar. Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a telah dibenarkan oleh Baginda s.a.w. untuk mencatat hadis ketika Baginda masih hidup. Dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sadiqah.

    Manakala Abu Hurairah r.a. juga mencatat hadis dari Rasulullah s.a.w. dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sahihah.

  • Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.

  • Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.

  • Tajuk yang dibincangkan: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka. Pengharaman berubat dengan arak. Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak. Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali

  • Antara isikandungan video:

    • Ada beberapa hal Wahabi lebih baik dari kita.. Namun, ada beberapa perkara yang Wahabi bersikap keterlaluan. Tetapi kita tidak boleh sampai menyesatkan dan mengkafirkannya.
    • Perbezaan antara kita dan Wahabi ialah dalam furu' aqidah bukan Usul aqidah..
    • Tak perlu ungkit sangat beberapa kesilapan golongan Wahabi. Kerana golongan Asya'irah juga ada kesilapan..
    • Masalah Wahabi ialah menganggap Asya'irah sebagai sesat. Masalah golongan Asya'irah pula ialah menganggap hanya pendapat mereka tidak boleh dikritik langsung.

  • Bolehkah mengucapkan shawalat seperti shallahu alaih atau Allahumma Shalli Alaa Fulaan.. ke atas seseorang? Atau salam ke atas selain para Nabi seperti Ali Alaihis Salaam?