Sumber Rujukan Islam Anda..
Maulana Mohd Asri Yusoff
-
-
-
Video ini akan menjawab persoalan berikut: Mengapa Imam al-Bukhari meletakkan bab ini di bawah tajuk meminta izin? Mengapa dilarang menyalakan lampu atau api semasa tidur? Apakah larangan ini bermaksud haram? Mengapa diperintah sebelum tidur agar menutup bekas makanan dan pintu rumah? Apa maksud api adalah musuh kamu?
-
Pengijazahan sanad kepada orang awam mula bertapak di negara kita. Ada pro dan kontra, Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Maulana Mohd Asri Yusof dari Darul Kautsar seorang tokoh hadis di Malaysia kurang bersetuju dengan pengijazahan begini. Beberapa persoalan yang dilontarkannya..
-
Antara perbezaan yang ketara ialah, boleh dikatakan pondok pengajian di nusantara khasnya di Malaysia menolak bulat-bulat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim al-Jauziyah. Malah bukan sedikit yang mengkafirkannya. Sedangkan aliran deobandi menerima baik dua tokoh ini. Mengapa dua aliran ini berbeza dalam masalah ini?
-
Antara keistimewaan Sahih Muslim ialah, Imam Muslim berpegang teguh dengan perbezaan istilah AKHBARANA & HADDATSANA. Sama seperti pegangan Imam al-Syafii, al-Auza'i dan al-Nasa'i. Ini berbeza dengan imam al-Bukhari dan lain-lain yang menganggap dua istilah itu tiada perbezaan.
-
Ramai yang mendakwa bahawa Saidina Ali digelar sebagai Karramallahu Wajhah, antaranya ialah kerana beliau tidak pernah melihat kemaluannya. Ada juga yang mendakwa kerana beliau tidak pernah menyembah berhala. Bernarkah dakwaan ini? Benarkah Saidina Ali satu-satunya sahabat yang tidak pernah menyembah berhala? Siapakah sebenarnya yang memanggil Karramallahu Wajhah dan menyebarkannya? Syiah atau Ahlus Sunnah?
-
-
-
Apa maksud Dua rakaat-dua rakaat? Bolehkah empat rakaat-empat rakaat atau lebih? Siapakah lelaki yang bertanya kepada Nabi s.a.w.? Apa maksud perawi mubham? Apa maksud mursal sahabi?