[Maulana Mohd Asri] Mencari Lailatul Qadar: Apa Maksudnya? Bila Pula Waktunya? Apa tandanya?

Primary tabs

Malam Lailatul Qadar: Apa Maksudnya

Lailatul Qadar: Bilakah Waktunya?

Maksud Lailatul Qadar: 

Menurut bahasa ialah malam ketetapan atau keputusan

Terdapat beberapa pendapat ulama tentang apa maksud Lailatul Qadar:

Pendapat pertama: Malam berkenaan Allah memutuskan apa-apa yang akan berlaku kepada manusia sepanjang tahun itu.

Pendapat kedua: Lailatul Qadar ialah malam diturunkan al-Quran yang merupakan kata pemutus yang menentukan nasib dan takdir manusia dalam kehidupannya. Samada bahagia atau celaka di dunia dan akhirat. Siapa yang menerima al-Quran, ia tanda bertuah. Jika menolak, ia tanda kecelakaan baginya dunia dan akhirat. Pada malam itu para malaikat yang di langit akan turun ke bumi membawa rahmat kepada manusia.

Malam kemuncak dan kegemilangan di mana Allah dengan kemurahannya memberi anugerah iaitu al-Quran kepada manusia sebagai panduan.

Inilah pendapat terpilih.

Pendapat ketiga: Lailatul Qadar ialah malam yang akan ditentukan nasib manusia.

 


Bila berlakunya Lailatul Qadar:

Pendapat pertama: Lailatul Qadar berlaku sepanjang tahun. Ia berpindah-pindah dari setahun ke setahun dan bukan khusus pada bulan Ramadhan sahaja.

Pendapat kedua: Dalam sepanjang tahun ia berlaku pada suatu malam yang ditetapkan dan ia tidak berpindah ke malam lain. Hanya manusia tidak tahu pada malam yang mana?

Pendapat ketiga: Ia berlaku pada salah satu malam pada bulan Ramadhan

Pendapat keempat: Ia berlaku pada salah satu malam 10 terakhir Ramadhan

Pendapat kelima: Ia berlaku pada salah satu malam ganjil bulan Ramadhan

Pendapat keenam: Ada yang berpendapat ia berlaku pada salah satu malam genap bulan Ramadhan

Pendapat ketujuh: Malam ke-23 atau ke-27 Ramadhan

Pendapat kelapan: Pada salah satu malam ke-17, 21 & 23 Ramadhan

Pendapat kesembilan: Pada malam 23 Ramadhan

Pendapat kesepuluh: Pada malam 21 Ramadhan

Pendapat kesebelas: Pada malam 27 Ramadhan

 

Kesimpulan:

Berdasarkan kepada hadis-hadis yang kuat, ia berlaku pada malam ganjil 10 terakhir Ramadhan

 


 

Kenapa Lailatul Qadar disembunyikan dari pengetahuan manusia? Apa hikmahnya.

Apa pula tanda Lailatul Qadar telah berlaku malamnya.

 

Kategori Berita: