Maulana Asri: Bolehkah Mengucapkan Alaihis Salam Kepada Saidina Ali r.a?

Primary tabs

Bolehkah mengucapkan Alaihis Salam Kepada Saidina Ali

Isikandungan:

  • Maksud selawat:
    • Dari malaikat ke atas seseorang bermaksud doa
    • Dari Allah kepada manusia bermaksud mengampunkannya
    • Dari Allah kepada para Nabi a.s. bermaksud mengangkat darjatnya.
    • Dari manusia kepada Nabi bermaksud doa, meminta agar Allah merahmati Nabi s.a.w.
  • Shalawat tidak khusus untuk Nabi-nabi sahaja, tetapi perlu disesuaikan dengan maknanya.
  • Cara agar berterusan memperolehi shalawat atau doa dari Nabi s.a.w. sekalipun setelah kewafatannya ialah dengan mengerjakan sembahyang.
  • Bolehkah mengucapkan shawalat seperti shallahu alaih atau Allahumma Shalli Alaa Fulaan.. ke atas seseorang? Atau salam ke atas selain para Nabi seperti Ali Alaihis Salaam.
  • Berdasarkan dalil ia dibenarkan, tetapi berdasarkan uruf atau adat kebiasaan Ahlus Sunnah ia tidak dilakukan. Ia adalah syiar ahli bid'ah.
  • Prinsip Ahlus Sunnah terhadap perkara harus yang menjadi syiar ahli bid'ah. Contoh, serban hitam atau hijau telah menjadi syiar golongan bid'ah. Kita diminta untuk tidak memakainya.
  • Jumhur ulama: Makruh bershalawat atau mengucap salam (alaihis salam) ke atas selain para Nabi secara berasingan. Tidak mengapa jika ia diucap mengiringi shalawat ke atas Nabi.

 

Kategori Berita: