Lailatul Qadar : lebih utama dari 1,000 bulan

Primary tabs

Oleh: Kamin

Bulan Ramadan mempunyai satu malam yang istimewa yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam diseluruh dunia. Malam itu dinamakan Lailatul Qadar. Terdapat beberapa ayat didalam Al-Quran yang menceritakan tentang barakahnya malam ini, dimana pada malam ini diturunkan Al-Quran.

Bila menyebut malam Al-Qadar ini, tarikh 27 Ramadan merupakan satu tarikh yg signifikan bagi mereka-mereka yang menanti kedatangannya. Tidak kira lah bagaimana mereka menunggunya. Ada yang menunggu kedatangan malam tersebut dengan bermain meriam buluh; ada yang menunggunya dihadapan rumah agar dapat melihat turunnya malaikat pada malam Qadar, dan tidak kurang juga yg menyambutnya dengan sinaran-sinaran lampu-lampu minyak agar kawasan mereka diterangi.

Mereka begitu yakin dengan alamat-alamat yang telah diceritakan oleh kalangan orang-orang tua mereka. Masyarakat kita juga menamakan malam 27 Ramadan ini sebagai malam 27 lekor, dimana pada malam ini kampung-kampung disinar dengan pelbagai-bagai cahaya bagaikan menatang tetamu yang jauh. Tidak kurang juga pada zaman ini, masjid-masjid dan disurau-surau mengadakan qiamullail bagi mencari malam Al-Qadar.

Didalam kesibukan berbicara mengenai malam Al-Qadar ini, maka timbullah beberapa persoalan yang masih tersimpan di benak hati. Pernahkah Nabi saw melihat Lailatul Qadar? Adakah sahabat-sahabat juga pernah melihatnya? Kita pernah mendengar banyak hadis-hadis yang menceritakan alamat-alamat malam tersebut, adakah boleh kita melihatnya dengan mata kepala kita sendiri. Bagi menjawap persoalan-persoalan ini, kita akan memetik beberapa fatwa-fatwa ulama' yang menyentuh perkata tersebut. Cara yang paling baik bagi kita memulakan perbincangan mengenai Al-Qadar ini, kita akan melihat tafsiran para-para ahli tafsir seperti Sheikh Jalalain dan Ibnu Kathir, kemudian kita akan menjuruskan secara ringkas fatwa-fatwa yang bersabit dengannya.

1. Tafsir Surah Al-Qadar
Satu surah yang begitu signifikan menceritakan mengenai peristiwa malam tersebut ialah surah Al-Qadar yg mengandungi 5 ayat. Surat Al-Qadar adalah surat ke 97 menurut susunannya didalam Mushaf. Ada diantara ulama-ulama mengatakan bahawan surah Al-Qadar ini turun selepas penghijrahan Nabi saw ke Madinah. Didalam membicarakan pentafsiran ayat, eloklah kita lihat penafsiran yang diambil dari Tafsir Jalalain[1] yang agak ringkas kupasannya.

[Surah Al-Qadar]
Tafsiran ayat 1:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan" - bahawa Al-Quran diturunkan secara keseluruhannya (satu naskah) dari Luh Mahfuz ke langit dunia.

فِي لَيْلَة الْقَدْر
"pada Malam Lailatul-Qadar" - ia merupakan satu [malam yang diberi] penghormatan yang tertinggi.

Tafsiran ayat 2:
وَمَا أَدْرَاك
"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui " dia memberitahu kamu Ya Muhammad -

مَا لَيْلَة الْقَدْر
"apa dia Lailatul-Qadar itu? " - memuliakannya dengan pelaksanaan dan keajaiban darinya.

Tafsiran ayat 3:
يْلَة الْقَدْر خَيْر مِنْ أَلْف
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" - bukankah itu malam Al-Qadar dimana diperlakukan amalan-amalam soleh kerana didalamnya mempunyai kebaikan 1,000 bulan yg tidak ada didalam bulan lain.

Tafsiran ayat 4:
تَنَزَّل الْمَلَائِكَة وَالرُّوح
"Pada Malam itu, turun malaikat dan Al-Roh" - Malaikat-malaikat dan Al-Roh iaitu malaikat Jibril yang turun

فِيهَا
"didalamnya" - merujuk kepada malam tersebut

بِإِذْنِ رَبّهمْ
"dengan izin tuhan mereka" - dengan perintahnya

مِنْ كُلّ أَمْر
"untuk mengaturkan segala perkara" - Allah memerintahkan kepadanya tahun itu menkabulkan permintaanya.

Tafsir ayat 5:
سَلَام هِيَ حَتَّى مَطْلَع الْفَجْر
"Sejahteralah sehingga terbit fajar" - dibuka padanya malam tersebut sehingga waktu terbit matahari, dijadikan keamanan dan kesejahteraan yang banyak didalamnya oleh para malaikat yang melalui orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan menyampaikan kesejahteraan/salam.

Kesimpulannya bolehlah kita katakan bahawa malam Al-Qadar itu secara sejarahnya di turunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz kelangit dunia. Kemuliaan malam tersebut telah dikhabarkan kepada Rasulullah saw. Bulan itu dikatakan satu bulan yg barakahnya seperti 1,000 bulan. Dimalam tersebut para malaikat-malaikat dan Jibril turun ke bumi dan memohon Allah mengkabulkan doa'-do'a hambanya. Kemuliaan malam tersebut berakhir dengan terbitnya fajar.

Pentafsiran yang lebih terperinci sedikit mengenai ayat pertama(1) surah Al-Qadar ini boleh kita lihat dari Tafsir Ibnu Kathir[2], kata beliau:

يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ " إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة " وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى " شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن " قَالَ اِبْن عَبَّاس وَغَيْره أَنْزَلَ اللَّه الْقُرْآن جُمْلَة وَاحِدَة مِنْ اللَّوْح الْمَحْفُوظ إِلَى بَيْت الْعِزَّة مِنْ السَّمَاء الدُّنْيَا ثُمَّ نَزَلَ مُفَصَّلًا بِحَسَبِ الْوَقَائِع فِي ثَلَاث وَعِشْرِينَ سَنَة عَلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ تَعَالَى مُعَظِّمًا لِشَأْنِ لَيْلَة الْقَدْر الَّتِي اِخْتَصَّهَا بِإِنْزَالِ الْقُرْآن الْعَظِيم فِيهَا .


Allah swt telah mengkhabarkan sesungguhnya ia telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar, dan ia merupakan malam mubarak dimana Allah berfirman :"Sesungguhnya kami turunkannya dimalam yg barakah", dan inilah yg dikenali sebagai malam Al-Qadar yg berada didalam bulan Ramadan sebagaimana firmannya :"Pada bulan Ramadan yg diturun didalamnya Al-Quran". Berkata Ibnu Abbas dan lainnya bahawa Allh swt telah menurunkan Al-Quran keseluruhannya (secara total) dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah dari langit dunia kemudian ia diturunkan secara berpisah dan berperingkat selama 23 tahun keatas Nabi saw, kemudian firman Allah beliau memuliakan Lailatul Qadar dimana Allah swt telah mengizinkan penurunan Al-Quran.

2. Keistimewaan Lailatul Qadar
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi[6] merujuk kepada surah Al-Qadar didalam membicarakan persoalan keistimewaan Lailatul Qadar, katanya :

عَظَّمَ القرآنُ شأنَ هذه الليلة، فأضافها إلى (القدر) أي المقام والشرف، وأي مقام وشرف أكثر من أن تكون خيرًا وأفضل من ألف شهر. أي الطاعة والعبادة فيها خير من العبادة في ألف شهر ليس فيها ليلة القدر. وألف شهر تساوي ثلاثًا و ثمانين سنة وأربعة أشهر، أي أن هذه الليلة الواحدة أفضل من عمر طويل يعيشه إنسان عمره ما يقارب مائة سنة، إذا أضفنا إليه سنوات ما قبل البلوغ والتكليف

"Allah telah memuliakan Al-Quran dimalam ini, dan ditambahnya dengan maqam yang mulia, iaitu kedudukan dan kemuliaannya yang sangat banyak dari kebaikan dan kelebihan dari 1,000 bulan. Apa-apa ketaatan dan ibadah didalamnya menyerupai 1,000 bulan yg bukan Lailatul Qadar. 1,000 bulan ini menyamai 83 tahun 4 bulan. Hanya di satu malam ini lebih baik dari umur seseorang yang menghampiri 100 tahun, jika tambah berapa tahun beliau baligh dan dipertanggung jawabkan."

وهي ليلة تتنزَّل فيها الملائكة برحمة الله وسلامه وبركاته، ويرفرف فيها السلام حتى مطلع الفجر. وفي السنة جاءت أحاديث جمة في فضل ليلة القدر، والتماسها في العشر الأواخر ففي صحيح البخاري من حديث أبي هريرة: "من قام ليلة القدر إيمانًا واحتسابًا غُفر له ما تقدم من ذنبه" (رواه البخاري في كتاب الصوم). ويحذر النبي صلى الله عليه وسلم من الغفلة عن هذه الليلة وإهمال إحيائها، فيحرم المسلم من خيرها وثوابها، فيقول لأصحابه، وقد أظلهم شهر رمضان: "إن هذا الشهر قد حضركم، وفيه ليلة خير من ألف شهر، من حُرِمَها فقد حُرِم الخيرَ كله، ولا يُحرم خيرها إلا محروم" (رواه ابن ماجه من حديث أنس، وإسناده حسن كما في صحيح الجامع الصغير وزيادته -2247).


Dan pada malam itu turunnya Malaikat-malaikat dengan Rahmat Allah dengan kesejahteraan dan barakahnya, dan kesejahteraanya melimpah sehingga ke terbit fajar. Didalam As-sunnah, banyak hadis-hadis yang memperkatakan mengenai keutamaan Lailatul Qadar ini, dan memerintah mencarinya pada 10 malam terakhir seperti didalam Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurarirah :"Barangsiapa yang berqiam dimalam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka telah diampunkannya apa yang telah lalu dari dosanya" (Riwayat Bukhari didalam Kitab Al-Saum). Rasulullah saw telah memberi amaran kepada sesiapa yang lalai dan tidak perihatin mengenai malam tersebut, iaitu menghalang orang Islam tersebut dari menerima kebaikannya dan ganjarannya, berkata para sahabat, yang telah dinaungi mereka bulan Ramadan : "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu, didalamnya mengandungi malam yang lebih baik dari 1,000 bulan, sesiapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan semua perkara, dan sesiapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang" (Riwayat Ibnu Majah dari Hadis Anas, isnad Hassan sebagaimana didalam Sahih Jaami' Al-Saghir san tambahanya - 2247).

Sheikh Ibnu Taimiyyah (majmu' fatawa - Jilid-25/286) didalam membicarakan soalan yang mana satu lebih afdal, diantara Malam Isra' Nabi saw atau Lailatul qadar? Kata beliau:

بأن ليلة الاسراء أفضل في حق النبي صلى الله عليه وسلم وليلة القدر أفضل بالنسبه الى الأمة،

"Sesungguhnya Malam Isra' lebih afdal ketas HAK Nabi saw dan Malam Al-Qadar lebih afdal bila dinisbahkan kepada umat...

Begitu juga mengenai soalan yang bertanyakan, manakah yang lebih afdal - 10 Zulhijjah atau 10 malam terakhir Ramadan?. Kata beliau :

ايام عشر ذي الحجة أفضل من ايام العشر من رمضان، والليالي العشر الاواخر من رمضان أفضل ليال عشر ذي الحجة.

"Hari 10 Zulhijjah lebih afdal dari hari 10 dari bulan Ramadan, dan malam-malam 10 akhir Ramadan lebih afdal malam 10 Zulhijjah".

Jelas menunjukkan bahawa para ulama menyatakan bahawa malam lailatul Qadar ini sangat istimewa kepada umat Nabi Muhammad saw.

3. Apakah dapat melihat Lailatul Qadar dengan mata kasar?

Dua tokoh ulama' Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[3] dan Sheikh Salleh Munajjid[4] berkata :

قد ترى ليلة القدر بالعين لمن وفقه الله سبحانه وذلك برؤية أماراتها ، وكان الصحابة رضي الله عنهم يستدلون عليها بعلامات ؛ولكن عدم رؤيتها لا يمنع حصول فضلها لمن قامها إيمانًا واحتسابًا


"Malam Qadar boleh dilihat dengan mata kepada siapa yg diberi taufiq oleh Allah swt dan dengan menggunakan alamatnya, dan sahabat r.h. mencarinya berdasarkan alamatnya tetapi tiada laporan yg mengatakan mereka melihatnya, akan tetapi Tidak ada larangan mencari hasil fadilatnya bagi sesiapa yang beriman dan bersungguh-sungguh"

Malah Sheikh Al-Sya'rawi mengatakan bahawa :

إن أحدا من خلق الله لم ير ليلة القدر إلا رسول الله صلى الله عليه وسلم، وتلك من الخصوصيات التى خص الله بها رسوله، بعد ذلك رآها بعض الناس، والذين رأوها قالوا لرسول الله رأوها رؤيا منامية كما قال : {رأيت كأنى أسجد في ماء وفيض، فلما أصبح صباح ليلة الثالث والعشرين، وجدوا المسجد طول الليل : السماء أمطرت، وسجد رسول الله حتى بان ذلك في جبهة وفي يدية، ومن هنا نعلم أن ليلة القدر كانت في ذلك العام في تلك الليلة}

"Satu pun diantara makluk Allah tidak melihat Lailatul Qadar melainkan Rasulullah saw, ini adalah satu keistimewaan yang dikhaskan kepada Rasulnya, selepas itu ada beberapa orang yg melihatnya, mereka yang melihatnya berkata-kata kepada Rasulullah yg melihat beliau pandangan didalam tidur mereka, seolah-olah berkata : "Aku melihat sebagaimana aku sujud didalam air yang melimpah, kemudian menjadi pagi hari 23, mereka melihat masjid-masjid disepanjang malam tersebut : langit seolah-olah macam ingin hujan, Rasulullah sujud sehingga kelihatan dahi diatas tangannya, dan kami mengetahui bahawa disini adalah Lailatul Qadar didalam tahun dan malam itu"."[5]

4. Kita dituntut mencari Lailatul Qadar?

Memang tidak dinafikan lagi, apabila lihat ganjaran yang akan diperolehi oleh seseorang yang melakukan amal soleh ganjarannya lebih baik dari seribu malam, maka umat Islam dituntut mencari malam Al-Qadar. Malah kita dapat lihat ada terdapat hadis yang menunjukkan betapa ruginya seseorang yang tidak mencari Lailatul Qadar. Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[3] dan Sheikh Salleh Munajjid[4] bahawa :

فالمسلم ينبغي له أن يجتهد في تحريها في العشر الأواخر من رمضان كما أمر النبي صلى الله عليه وسلم طلبًا للأجر والثواب فإذا صادف قيامه إيمانًا واحتسابًا هذه الليلة نال أجرها وإن لم يعلمها قال صلى الله عليه وسلم : ( من قام ليلة القدر إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه . )وفي رواية أخرى (من قامها ابتغاءها ثم وقعت له غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر)

"seorang Islam haruslah mencari malam 10 terakhir Ramadan sebagaimana Rasulullah saw mengarahkan umatnya menuntut ganjaran dan pahala dimana sesiapa yg mendirikannya dan iman dan azam malam tersebut, dia akan menerima ganjarannya dan jka tidak bahawa Rasulullah saw telah bersabda : "Barangsiapa yg berqiam dimalam Qadar dengan keimanannya maka Allah akan mengampunkan dosanya yg telah lepas" dan didalam Riwayat yg lain "Barangsiapa yg berqiam dan mencarinya kemudian ia akan diampunkan dosa yg sebelumnya dan yg terakhir."

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi membayangkan betapa ruginya seseorang itu lalai atau ghaflah terdapat malam Al-Qadar, katanya :
Dan bagaimana boleh seseorang itu dihalang dari kerugian peluang kebaikan sebanyak 30,000 peluang!? Siapa yang lakukan transaksi yg kerugiannya sebanyak 100% keuntungan sepanjang perjalanan yg disesalinya. Bagaimana seseorang itu boleh mendapat rugi dari transaksi yang untungnya 3 juta % dimana nilai sebanyak 3 juta keuntungan!? Apakah dianya malam itu? Pastilah itu adalah Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar), sesungguhnya ia adalah malam diturunkan Al-Quran, diturunkannya didalam bulan Ramadan, firman Allah swt {"Pada bulan Ramadan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan bukti kepada manusia darinya petunjuk dan kayu pengukur" -Al-Baqarah : 185}. Hadis-Hadis banyak menjelaskan bahawa malam itu berada di akhir bulannya, sepertimana Sahih dari A'isyah r.h. :"Rasulullah saw telah menyertai 10 malam terakhir pada bulan Ramadan dan sabdanya: 'Carilah Malam Al-Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan" (Muttafaq 'alaihi, Al-Lu'lu'uwal Marjan - 726).

Syeikh Athiyah Saqr5. Bilakah ia akan berlaku?
Menurut Sheikh Atiyah Saqr[7] bahawa "ulama berselisih pandangan mengenai malam yang khusus dan bulan yang khusus ini". Menurut beliau :

Kata mereka : sesungguhnya ia berlaku di dikeseluruhan malam tahun tersebut, dan ini adalah tersangat kabur dan tidak khusus. Tetapi kebanyakkan ulama' mengatakan ia berlakun pada bulan Ramadan . Ini bertepatan dengan firman Allah swt {Pada bulan Ramadan telah diturunkan Al-Quran}. Dan firman Allah swt lagi
{Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam yang barakah}. Mengenai bilakah ia berlaku didalam bulan ini, didalamnya pun terdapat khilaf. Dari Shahih Bukahri dan Muslim Rasulullah saw bersabda: "Carilah ia di 10 Ramadan terakhir". Nabi saw sangat-sangat menjaga qiamnya dimalam-malam akhir ini, sebagaimana hadis yg dipersetujui oleh semua :"Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut ". Mereka memohon pada 10 malam terakhir Ramadan, dimalam-malam yang ganjil, sebagaimana hadis rasulullah saw riwayat Bukhari :"Carilah pada hari ganjil pada 10 akhir Ramadan". Dan lebih-lebih lagi kedatangan hari ganjil malam yg ke 27.

Menurut Imam Al-Syaukani didalam Kitab Nailoor Authar[8]:

وقد أخرج نحو هذه القصة الحاكم وإلى أن ليلة القدر ليلة السابع والعشرين ذهب جماعة من أهل العلم وقد حكاه صاحب الحلية من الشافعيةعن أكثر العلماء. وقد اختلف العلماء فيها على أقوال كثيرة: ذكر منها في فتح البارى ....

"Telah keluar dari mereka kisah lailatul qadar pada malam 27 dari kumpulan ahli-ahli ilmu kalangan Mazhab Shafie dan kebanyakkan ulama-ulamanya. Para ulama mempunyai perbezaan pendapat : seperti mana yang diperkatakan didalam Fath Bari..."

Imam Al-Syaukani (didalam mukasurat 347-450) telah menyenaraikan secara terperinci 45 pendapat mengenai Lailatul Qadar. Diantaranya ialah termasuklah malam : 27 Ramadan, mana-mana malam didalam tahun tersebut, mana-mana malam didalam bulan Ramadan, atau keseluruhan malam didalam bulan Ramadan, Awal bulan Ramadan, malam Nisfu (pertengahan) Ramadan, 18 Ramadan, 19 Ramadan, malam awal 10 Ramadan, 22 Ramadan, 21 Ramadan, 23 Ramadan, 24 Ramadan, 25 Ramadan, 26 Ramadan, 29 Ramadan, 10 malam terakhir Ramadan, petengahan yang kedua bulan Ramadan, malam ke 3 dari 10 malam terakhir, malam 7 atau 8 dari malam pertengahan ke 2 dan sebagainya.

Menurut Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

وعن أبي سعيد أن النبي صلى الله عليه وسلم، خرج إليهم صبيحة عشرين فخطبهم، وقال: "إني أريت ليلة القدر ثم أنسيتها - أو نسيتها - فالتمسوها في العشر الأواخر، في الوتر" (متفق عليه، المصدر نفسه -724). وفي رواية: "ابتغوها في كل وتر " (نفسه 725)

"Dari Abi Said bahwa Rasulullah saw, pada pagi hari yg ke 20 berkata kepada mereka, sabdanya "Sesungguhnya aku telah melihat Lailatul Qadar kemudian melupakannya - atau melupakannya - maka carilah ia dimalam 10 terakhir dan harihari ganjil (witr) (Muttafaq 'alaih). Didalam riwayat lain ada mengatakan :"Carilah ia dimalam-malam ganjil".

Tambah beliau : "Maknanya, sesiapa yang beriktikaf di masjid, dan melakukannya pada malam-malam witir seperti didalam hadis, contohnya malam-malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Jika kedatangan Ramadan berbeza, seperti yang kita lihat pada masa ini dimana kedatangan Ramadan berbeza diantara negara-negara, baik dari segi malam-malam ganjilnya, maka eloklah di peruntukan mencari Lailatul Qadar pada kesemua 10 malam terakhir."

Ramai ulama' yang berpandangan bahawa 10 malam terahir Ramadan merupakan pandangan terkuat mengenai kedatangan Lailatul Qadar. Ibnu Taimiyyah didalam Majmu' Fatawa (Jilid 25/ms 284) menyatakan pandangan mengenai Lailatul Qadar di 10 malam terakhir Ramadan adalah sahih sebagaimana hadisnya :
هي في العشر الأواخر من رمضان
"Ia didalam Akhir Ramadan".

Pada Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi perbezaan pandangan ulama ini merupakan satu hikmah dari Allah swt. Jika seseorang itu terkurang amalnya pada satu malam dan menggantinya dimalam-malam Ramadan yang lain. Ini merupakan:

فكان إخفاؤها حافزًا للعمل في الشهر كله، ومضاعفته في العشر الأواخر منه، وفي هذا خير كثير للفرد وللجماعة.
"insentif/motivasi untuk beramal disepanjang bulan, dan akan menggandakan amalannya di 10 malam terakhir Ramadan, dan didalamnya mempunyai kebaikan yang banyak baik kepada individu atau perkumpulan. "

6. Apakah alamat-alamat Lailatul Qadar?
Menurut Sheikh Abdul Khaliq Al-Sharrif[9] bahawa tanda-tanda Lailatul Qadar akan ditunjukkan pada pagi harinya matahari akan memancar dan cuacanya yang agak sejuk. Sheikh Saleh Munajjid pula mengatakan bahawa matahari yang keluar itu tidak memancarkan cahaya. Sheikh Dr Yusuf Qardhawi pula mengatakan terdapat juga pelbagai-bagai alamat seperti cahayanya merah kelemah-lemahan dan pada malam itu hujan dan berangin-angin, tiada berbau dan tiada sejuk sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz didalam Fath Bari.

Kata Al-Qardhawi lagi bahawa :

وكل هذه العلامات لا تعطي يقينًا بها، ولا يمكن أن تَطَّرد، لأن ليلة القدر في بلاد مختلفة في مناخها، وفي فصول مختلفة أيضًا، وقد يوجد في بلاد المسلمين بلد لا ينقطع عنه المطر، وآخر يصلي أهله صلاة الاستسقاء مما يعاني من المَحْل، وتختلف البلاد في الحرارة والبرودة، وظهور الشمس وغيابها، وقوة شعاعها، وضعفه، فهيهات أن تتفق العلامات في كل أقطار الدنيا. ومما بحثه العلماء هنا: هل تعتبر ليلة القدر ليلة خاصة لبعض الناس، تظهر له وحده بعلامة يراها، أو رؤيا في منام، أو كرامة خارقة للعادة، تقع له دون غيره؟ أم هي ليلة عامة لجميع المسلمين بحيث يحصل الثواب المرتب عليها لمن اتفق له أنه أقامها، وإن لم يظهر له شيء؟. لقد ذهب جمع من العلماء إلى الاعتبار الأول، مستدلين بحديث أبي هريرة: "من يقم ليلة القدر فيوافقها.." (رواية لمسلم عن أبي هريرة).

"semua alamat-alamat ini tidak memberi kepastian mengenainya, tidak mungkin ia berulang-ulang, kerana Malam Al-Qadar berbeza-beza cuacanya didalam pelbagai negara, berbeza-beza waktu didalamnya, ia mungkin dijumpai disebuah negara Islam yang tidak putus hujannya, dan kemungkinan di negara lain yg keluarga bersolat istiaqo' yang berdepan dengan kemarau, dan negara-negara berbeza dari segi kepanasan dan kesejukannya, naik matahari dan turunnya, kuat atau lemah pancarannya, maka mustahil untuk mendapat titik pertemuan ini. Kajian ulama' mengatakan : boleh di ambil malam-malam yang tertentu Lailatul Qadar itu dari sebahagian manusia, ia hanya kelihatan kepada dia seorang sahaja sebagai dia seorang melihatnya, atau menerima mimpi didalam tidur, atau berlaku (karamah) keajaiban yang luar biasa, berlaku tanpa selainnya. Atau ia berlaku kepada keseluruhan umat Islam agar ia menerima ganjaran kepada sesiapa yang berpeluang melakunya, dan dia tidak nampak apa-apa yang berlaku! kebanyakkan ulama' mengambil pandangan yang awal tadi, dengan dalil hadis Abu Hurairah : "Barangsiapa yang mengetahui Lailatul Qadar maka bersetuju dengannya...(riwayat Muslim dari Abu Hurairah)."

7. Apakah Lailatul Qadar untuk orang awam dan apa yang harus kita amalkan?
Kemuliaan malam tersebut dan seruan-seruan dari hadis-hadis yang menyuruh umat Islam mencari malam tersebut mungkin akan menimbulkan sedikit pertanyaan. Apakah malam ini khusus bagi mereka-mereka yang alim-alim sahaja, atau bolehkah kita sebagai orang awam mengambil berkat malam tersebut? Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi mengatakan bahawa ia adalah malam kepada semua orang benar-benar inginkannya. Kata beliau[ 6]:

"Maka Malam al-Qadar ialah malam umum untuk semua yang menuntutnya, yang inginkan kebaikan dan ganjarannya, dan apa yang disisi Allah didalamnya, itu lah malam ibadat dan malam ta'at, dan Bersolat, Bertilawah, Berdo'a, Bersedekah, Menjalinkan perhubungan, Beramal Soleh, dan melakukan kebaikan-kebaikan."

Apakah yang harus kita lakukan. Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi menambah:

وأدنى ما ينبغي للمسلم أن يحرص عليه في تلك الليلة: أن يصلي العشاء في جماعة، والصبح في جماعة، فهما بمثابة قيام الليل. ففي الصحيح عنه صلى الله عليه وسلم" "من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله" (رواه أحمد ومسلم واللفظ له، من حديث عثمان، صحيح الجامع الصغير -6341). والمراد: من صلى الصبح بالإضافة إلى صلاة العشاء، كما صرحت بذلك رواية أبي داود والترمذي: "من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة" (المصدر السابق -6342)


"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : Bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat subuh dengan tambahan-tambahan didalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan didalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Sheikh Atiyah Saqr[7] berkata :

أما إحياؤها فيكون بالصلاة، والقرآن، والذكر، والاستغفار، والدعاء من غروب الشمس إلى طلوع الفجر، وصلاة التراويح في رمضان إحياء لها . وجاء في بعض المرويات: " من صلى المغرب والعشاء الآخرة من ليلة القدر في جماعة، فقد أخذ بحظه من ليلة القدر". وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني". وفى حديث ابن عباس عن نزول الملائكة فيها أنهم يمرون على كل قائم وقاعد ومصلى وذاكر يسلمون عليهم ويأمنون على دعائهم فيغفر الله لهم، إلا أربعة: هم مدمن الخمر، وعاق الوالدين، وقاطع الرحم، والمشاحن أي: المخاصم.

"Hidupkannya dengan bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, beristigfar dan berdo'a dari terbenam matahari sehingga terbit fajar, dan hidupkan ARamadan dengan bersolat terawikh didalamnya. Tiba sebuah riwayat yang mengatakan :"Barangsiapa yang bersolat Magrib dan Isya' di hari akhir iaitu dimalam Al-Qadar secara berjemaah, ia telah diberi keuntungan dari Lailatul Qadar". Berkata A'isyah r.h "Ya Rasulullah diwaktu Lailatul Qadar, apakah yang harus aku katakan : Katakalah : "Ya Allah sesungguhnya kamu pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunkanlah ku". Didalam hadis Ibnu Abbas bahawa turunnya malaikat itu, yang melalui mereka-mereja yang qiam/solat, duduk, bersolat, berzikir, berdo'a dan memohon ampun kepadanya, melainkan 4 : orang mabuk arak, ibu bapa yang tidak bersyukur, memutuskan silatul rahim dan mereka yg selalu berbalah."

Kesimpulan
Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang padanya Allah swt telah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah secara total (satu Al-Quran), kemudian diturunkan kepada Rasulullah saw peringkat demi peringkat selama 23 tahun. Dimalam ini jugalah Allah swt akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. Allah swt telah memuliakan malam ini dengan memberi Lailatul Qadar. Ulama mengatakan amatlah rugi sekali sesiapa yang melepaskan peluang ini. Rasulullah saw merupakan manusia pertama diberi keistimewaan melihat peristiwa Lailatul Qadar. Ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai bila terjadinya malam tersebut, walaubagaimana pun ia merupakan satu motivasi kepada umat Islam agar beramal dari awal bulan puasa sehinggalah akhirnya. Malah digalakkan mempertingkatkan amalan-amalan mereka pada 10 Ramadan terakhir. Lailatul Qadar adalah malam utama kepada Umat Muhammad saw sebagaimana Malam Isra' dan Mi'raj merupakan malam utama kepada Nabi saw.

Semoga Allah menerima ibadat puasa. Insyaallah. Amin. wallau'alam.

susunan - kamin (Khairol Amin)
16 Ramadan 1423

=========

Rujukan:
1. Tafsir Jalalain. Surah Al-Qadar. Al-Harf, 2002
2. Tafsir Ibnu Kathir. Surah Al-Qadar. Al-Harf, 2002
3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Maj'mu' Fawata . url : http://www.binbaz.org.sa/last_resault.asp?hID=1802
4. Sheikh Muhammad Saleh Munajjid. IslamQA. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=21905&dgn=3
5. Sheikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi. Fatawa. Dar Al-Fatah Al-'Alam Al-Arabi, 2000. m.s. 91.
6. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Lailatul Qadar : Fadilat dan waktunya. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
7. Sheikh Atiyah Saqr. Fadilat lailatul qadar dan khilaf ulama' mengenai waktunya. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
8. Imam Al-Syaukani. Nailoor Authar - Juzu' 4. Maktabah Al-Iman, 1999. ms. 347.
9. Sheikh Abdul Khaliq Al-Sharrif. Alamat Lailatul Qadar. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwa...
10. Sheikh Ibnu Taimiyyah. Majmu' fatawa - Juzu' 25. Makkah : Pencetakan Al-Hukumah, 1989ms 284,286. إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فقد قيل: إنها في ليالي السنة كلها، وهي مبهمة غير معينة. لكن الذي عليه معظم العلماء أنها في شهر رمضان ؛ ليتفق ذلك مع قوله ـ تعالى: { شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن }. و قوله:{ إنا أنزلناه في ليلة مباركة }. أما تعيين ليلة من هذا الشهر، ففيه خلاف. وقد صح في ذلك حديث البخاري ومسلم: "التمسوها في العشر الأواخر من رمضان". والنبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ كان حريصاً على قيام هذه الليالي الأخيرة، كما يدل عليه الحديث المتفق عليه: " كان إذا دخل العشر الأواخر من رمضان جد واجتهد وشد المئزر، وأيقظ أهله ، وأحيا الليل كله ". وأرجى ما تكون في الليالي العشر، وفى الوتر، كما في حديث البخاري: " التمسوها في الوتر من العشر الأواخر من رمضان ". وأشد هذا الوتر رجاءً هو ليلة السابع والعشرين. ومعنى (يجاور): أي يعتكف في المسجد، والمراد بالوتر في الحديث: الليالي الوترية، أي الفردية، مثل ليالي: 21، 23، 25، 27، 29. وإذا كان دخول رمضان يختلف - كما نشاهد اليوم - من بلد لآخر، فالليالي الوترية في بعض الأقطار، تكون زوجية في أقطار أُخرى، فالاحتياط التماس ليلة القدر في جميع ليالي العشر. ويتأكد التماسها وطلبها في الليالي السبع الأخيرة من رمضان، فعن ابن عمر: أن رجالاً من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم أروا ليلة القدر في المنام، في السبع الأواخر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أرى رؤياكم قد تواطأت (أي توافقت) في السبع الأواخر، فمن كان متحريها، فليتحرها في السبع الأواخر" (متفق عليه، عن ابن عمر، المصدر السابق -723). فليلة القدر ليلة عامة لجميع من يطلبها، ويبتغي خيرها وأجرها، وما عند الله فيها، وهي ليلة عبادة وطاعة، وصلاة، وتلاوة، وذكر ودعاء وصدقة وصلة وعمل للصالحات، وفعل للخيرات. . والله أعلم