Oleh: Zainudin bin Yusro (zain y.s)
Pada dasarnya, mazhab al-Syafi’I tidak membenarkan solat jamak kerana sakit. Namun di dalam beberapa kitab bermazhab al-Syafi’I ada memberi alternatif dengan cara bertaklid kepada pendapat yang membenarkan solat jamak kerana sakit.
Antaranya ialah kitab Fathul Muin. Menurut kitab ini:
“Berdasarkan pendapat terpilih, dibolehkan menjamak solat kerana sakit samada jamak taqdim atau ta’khir.”
Menurut kitab I’anah al-Tholibin, antara yang membolehkan jamak kerana sakit ialah al-Imam al-Nawawi dan imam Ahmad bin Hanbal.
Di dalam Matan Zubad menyatakan pendapat ini:
Ertinya:
Di dalam masalah (jamak) orang sakit terdapat pendapat yang jelas lagi kuat * Ia adalah pendapat pilihan Hamd al-Khattabi dan Imam al-Nawawi.
فِيْ مَرَضٍ قَوْلٌ جَلِيُّ وَقَوِيْ * اخْتَارَهُ حَمْدٌ وَيَحْيَ النَّوَوِيْ
Matan Zubad adalah kitab mazhab al-Syafi'i yang cukup popular. Istimewanya kitab ini ialah, penulisannya dalam bentuk sya'ir.
Wallahu A'lam