Oleh: zain-ys
Dari Anas bin Malik ia berkata;
"Saya membawa Abdullah Bin Abu Thalhah al Anshari pergi menemui Rasulullah s.a.w ketika dia baru dilahirkan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. memakai 'aba'ah (jubah yang luas lengannya). Dan, Baginda sedang melumuri ubat pada untanya.
Maka (Rasulullah s.a.w) bertanya padaku; "Apakah kamu membawa kurma?". Saya menjawab; ya. Beliau kemudian mengambil beberapa kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut beliau dan melembutkannya.
Setelah itu beliau membuka mulut bayi dan disuapkan padanya, bayi itu mulai menjilatinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Kesukaan orang Anshar adalah kurma." Kemudian (Rasulullah s.a.w. memberinya nama Abdullah. (HR Muslim)
Teks hadis:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ ذَهَبْتُ بِعْبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ فَقُلْتُ نَعَمْ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلَاكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُبُّ الْأَنْصَارِ التَّمْرَ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ
Berikut ini syarah al-Imam al-Nawawi:
صحيح مسلم بشرح النووي
وَفِي هَذَا الْحَدِيث فَوَائِد مِنْهَا تَحْنِيك الْمَوْلُود عِنْد وِلَادَته , وَهُوَ سُنَّة بِالْإِجْمَاعِ كَمَا سَبَقَ . وَمِنْهَا أَنْ يُحَنِّكهُ صَالِح مِنْ رَجُل أَوْ اِمْرَأَة . وَمِنْهَا التَّبَرُّك بِآثَارِ الصَّالِحِينَ , وَرِيقهمْ , وَكُلّ شَيْء مِنْهُمْ . وَمِنْهَا كَوْن التَّحْنِيك بِتَمْرٍ , وَهُوَ مُسْتَحَبّ , وَلَوْ حَنَّك بِغَيْرِهِ حَصَلَ التَّحْنِيك , وَلَكِنَّ التَّمْر أَفْضَل . وَمِنْهَا جَوَاز لُبْس الْعَبَاءَة . وَمِنْهَا التَّوَاضُع , وَتَعَاطِي الْكَبِير أَشْغَاله , وَأَنَّهُ لَا يُنْقِص ذَلِكَ مُرُوءَته وَمِنْهَا اِسْتِحْبَاب التَّسْمِيَة بِعَبْدِ اللَّه . وَمِنْهَا اِسْتِحْبَاب تَفْوِيض تَسْمِيَته إِلَى صَالِح فَيَخْتَار لَهُ اِسْمًا يَرْتَضِيه وَمِنْهَا جَوَاز تَسْمِيَته يَوْم وِلَادَته . وَاللَّه أَعْلَم .
Dari hadis di atas, al-Imam al-Nawawi menyimpulkan beberapa faedah dan pengajaran:
- Sunnah mentahnik bayi selepas kelahirannya
- Ditahnik oleh orang yang soleh samada lelaki atau perempuan
- Boleh bertabaruk atau mengambil berkat dengan bekas orang-orang soleh, air liur mereka dan apa sahaja dari mereka.
- Mentahnik dengan tamar lebih afdhal
- Boleh memakai ‘aba’ah, iaitu jubah yang berlengan besar.
- Sifat tawaduk atau rendah diri
- Disukai diberi nama dengan nama Abdullah.
- Disukai jika bayi diberi nama oleh orang yang soleh
- Boleh memberi nama bayi pada hari kelahirannya
Di sana ada ulama yang berselisih pendapat dengan al-Imam al-Nawawi berkenaan dengan masalah tabaruk. Ada yang mengatakan keberkatan pada zat diri itu hanya ada pada para Nabi sahaja dan tidak ada pada selain mereka.
Panel Feqh al-ahkam.net ustaz al-Baruhiyy ada menulis mengenai tahnik dengan panjang lebar. Ada diulas juga sedikit tentang masalah tabaruk dengan bekas orang soleh dengan pandangan yang agak berbeza dengan pandangan al-Imam al-Nawawi ini. Anda amat disarankan untuk membaca di blog peribadinya di:
http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/25/sunah-tahnik/
Apa yang kita mahu tekankan di sini ialah fakta bahawa ada ulama muktabar seperti al-imam al-Nawawi yang mengatakan boleh ber tabaruk dengan bekas orang soleh, air liur/air ludah mereka dan apa sahaja dari mereka. Dan kita juga perlu ingat bahawa di luar sana ada saudara-saudara kita yang melakukan tabaruk, dan pendapat al-Nawawi di atas itulah yang mereka amalkan.
Berikut ini syarah oleh Maulana Mohd Asri Yusoff untuk hadis berkenaan:
MP3 kuliah penuh boleh dimuat turun di:
http://www.mediafire.com/file/kwjwi4jbi0x/S_MUSLIM130110_al-ahkam_net.rar