Oleh zain-ys
Sebuah buku yang baru saya dapatkan. Cetakannya terhad. Ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz tenaga pengajar di madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling. Buku berkaitan dengan hukum-hakam darah wanita. Dari masalah yang mudah hingga kepada masalah yang susah, namun gaya penulisan dan oendekatan penyampaian menyebabkan ia menjadi mudah. Apa tidaknya, ia sarat dengan rajah dan peta minda.
Buku berkenaan diberi nama Tuhfatul A'izzaa' Fi Idhahi Masa'il Dimaa' an-Nisaa' (Hadiah Untuk Insan Yang Mulia Dalam Menjelaskan Hukum Darah Wanita). Apa yang saya lihat perbahasan mengenai darah wanita lebih fokus kepada mazhab Syafi'i. Kerana inilah mungkin buku ini menjadi buruan ustaz-ustaz atau guru-guru ta'mir masjid. Dan ia memang bersesuaian dengan masyarakat di rantau ini yang persekitarannya adalah mazhab al-Syafii.
Buku ini diberi mukadimah oleh beberapa orang, antaranya ialah oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh dan oleh guru saya Tuan Guru Pondok Penanti Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin.
Saya secara peribadi memang melihat buku ini cukup banyak memberi manfaat untuk diri saya yang serba kekurangan ilmu.
Di bawah ini saya sertakan petikan dari kitab berkenaan: