Info Audio Video:
Terdapat banyak hadis-hadis palsu yang tidak layak disebarkan terdapat di dalam pelbagai kitab-kitab ulama besar.
Apakah kerana ia ada di dalam kitab ditambah pula ia susunan tokoh besar, maka ia menjadi lesen untuk membolehkan kita menyebarkan Hadis-hadis berkenaan?
Tokoh tidak bersalah, tapi kita yang tidak faham. Tokoh berkenaan mempunyai alasannya tersendiri meletakkan Hadis-hadis ini. Namun ia bukan untuk disebarkan atau diamalkan.
Ia kemungkinan untuk tujuan peringatan tentang kepalsuannya. Atau untuk tujuan kajian dan pembelajaran atau sebagainya.
Adalah salah jika kita memukul rata bahawa apa sahaja yang terdapat di dalam kitab itu boleh diamal dan disebarkan.
Kategori:
Tag Video: