Oleh: Buletin Prihatin
SEBAGAIMANA saya nyatakan sebelum ini, tahun 2012 merupakan titik penting kepada perkembangan pembangunan OKU di rantau Asian dan Malasia. Justeru, kesedaran OKU dan masyarakat awam kepada isu-isu OKU suatu usaha yang perlu digarap bagi menyediakan suasana yang lebih sejahtera kepada OKU di Negara ini.
Pada jumaat lalu, saya selaku ahli Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam “Kumpulan Kerja OKU) telah menyertai beberapa mesyuarat dan forum bagi mengengahkan isu-isu OKU kepada pelbagai kelompok masyarakat dan institusi di Negara ini.
Bermula dengan pertemuan bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), satu kesefahaman telah dicapai di mana jalinan kerjasama rapat akan diwujudkan antara Suhakam dan Kumpulan Kerja OKU terutama dalam membantu Negara memenuhi aspirasi Konvensyen Antarabangsa Berkaitan hak-hak OKU (CRPD) dan Akta OKU 2008.
Bagi tujuan tersebut, ia akan dimulakan dengan penyerahan satu memorandum awam kepada Suhakam bagi mengengahkan isu-isu berkaitan OKU kepada pihak pemerintah dan masyarakat umum. Memorandum yang menggabungkan aspirasi OKU yang pelbagai tersebut akan dilangsungkan pada 17 Mac 2012 bertempat di Auditorium Majlis Peguam bermula jam 2 petang. Seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik adalah dijemput hadir bagi member sokongan padu kepada pembelaan OKU di Malaysia.
Satu sidang media khas insya Allah akan diadakan sejurus sebelum hari berlangsung bagi mengingatkan massa berkaitan hari penuh bersejarah tersebut.
Pada sebelah petang, saya turut berpeluang besama dalam mesyuarat bagi menyediakan input kepada Pengisytiharan Hak Asasi Asian. Meskipun ia satu perkara baru, kesempatan yang ada perlu dimanfaatkan bagi meletakkan isu OKU berada di tengah-tengah masyarakat.
Pada sebelah malam pula, bertempat di Dewan Besar Kompleks MAB Brickfields, saya telah menyertai Forum OKU Tertindas OKU Culas sebagai salah seorang panel. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan penyertaan peserta yang melimpahi dewan.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Berkerja Sendiri OKU penglihatan (PKB). Penganjuran forum pada jumaat lepas bertepatan dengan satu konraversi kempen yang dijalankan di Kuala lumpur iaitu “Henti Memberi, Kami Prihatin”.
Saya berterima kasih kepada sekalian rakan-rakan yang menjayakan forum bersejarah tersebut. Juga ucapan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang telah merekodkan forum tersebut termasuklah dalam blog Besi Waja dan Aku OKU. Allah jualah sebaik pembalasan atas tenaga yang dicurahkan.
Pada hari sabtu pula, saya telah bersama dalam sesi pencernaan input kepada memorandum yang akan dikemukakan bersama-sama rakan OKU penglihatan. Nyatanya isu yang mendepani OKU sejak sekian lama bagai tiada penghujung tanpa satu usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan kea rah penambahbaikan.
Gerakan bersama OKU perlu digarap agar kesejahteraan OKU dapat dicapai. Satu peringatan kepada rakan-rakan OKU, kuasa anda sebagai pengundi perlulah dimanfaatkan moga ia menjadi senjata ampuh bagi menwujudkan kehidupan OKU yang lebih kondusif di bumi tercinta ini. Ambang pilihanraya suatu suasana di mana kuasa rakyat menjadi dominan. – 20 Rabi’ul Awal 1433H. [bprihatin.blogspot.com]