[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ustaz Abu Umair: Jawab dakwaan ulama yang benarkan

Primary tabs

Bagi yang mengikuti dari awal perbahasan dua orang ustaz iaitu Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail, sudah tentu mendapati ia semakin menjadi bertambah menarik. Lebih-lebih lagi bila ustaz Abu Umair meminta Dr Izrail menyenaraikan siapakah tokoh ulama silam yang membolehkan zikir Allah.. Allah.. Pada artikel sebelum ini Dr Izrail menjawabnya dengan menyenaraikan ulama yang membolehkan. Malah beliau menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah; walaupun Ibn Taimiah tidak menggalakkan zikir Allah Allah tetapi beliau membenarkan dengan cara tersebut kerana menurut beliau zikir Allah Allah boleh menyebabkan perasaan begitu.

Agak-agak apa yang akan dijawab oleh ustaz Abu Umair kali ini? Ramai yang ternanti-nanti apakah hujah balas dari beliau.

Silakanlah membacanya di bawah ini..




Abu_Umair - Nov 05, 2007 - 05:50 AM
Post subject:


Dr izrail wrote:


Setelah itu pula Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa zikir Allah Allah jika disertakan dgn rasa keimanan, kecintaan dan merasakan keagungan Allah atau yg seumpanya maka perbuatan itu akan diberikan ganjaran. (Majmuk Fatawa).

Walaupun Ibn Taimiah tidak menggalakkan zikir Allah Allah tetapi beliau membenarkan dengan cara tersebut kerana menurut beliau zikir Allah Allah boleh menyebabkan perasaan begitu.

APa yg disebut oleh Ibn Taimiyyah ialah berkenaan seseorang yang terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya, dengan sebab zikir "ALlah, Allah, Allah", maka diberi ganjaran atas kecintaan itu. Bukan diberi ganjaran atas ibadah zikir "Allah, Allah, Allah" itu.

Sama seperti pendapat Ibn Taimiyyah dalam masalah orang merayakan maulid Nabi kerana cinta kepada baginda. Tidak diberi ganjaran atas perayaan maulid Nabi, kerana ia bidaah. Tetapi diberi ganjaran atas kecintaannya kepada Nabi SAW.

Dalam Majmuk Fatawa, secara jelas beliau menyatakan mauqifnya: "Adapun zikir nama (Allah) sahaja, maka ia bidaah, tidak masyruk".

 

Dr Izrail wrote:


Apabila ada seseorang berkata kepada anda: sebut nama Tuhan kamu? Anda menjawab: Allah. Apabila dia meminta kamu sentiasa menyebut nama Tuhan kamu. Kamu menyebut: Allah Allah Allah.

Soalan: Adakah anda telah menunaikan permintaan orang tersebut atau tidak? Adakah anda telah menyalahi perintahnya? Adakah anda telah tersalah tafsir? tentunya tidak.

Jika yang menyuruh suruhan tersebut adalah Syari' (yang menetapkan syariat), maka Dia telah mensyariatkan perbuatan tersebut.

Jawapan:

1) Apabila Allah Taala berfirman dalam Quran, "Dan makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan sebutlah nama Allah di atasnya". (Al-Maidah: 4), adakah sebut nama Allah ketika melepaskan haiwan buruan ialah, dengan cara "Bismillah", atau "Allah".
Sudah pasti: Bismillah.

2) Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang lelaki masuk dalam rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk, ketika keluar, ketika makan, maka syaitan berkata: Tiada tempat bermalam untuk kamu dan tiada makan malam".
Adakah maksud 'menyebut Allah' ketika masuk rumah, keluar rumah, dan makan, ialah menyebut: "Allah, Allah", atau menyebut zikir khas yg diajar oleh Nabi SAW?

3) Nabi SAW bersabda (sahih Bukhari),

إذا استنجح الليل أو كان جنح الليل فكفوا صبيانكم فإن الشياطين تنتشر حينئذ فإذا ذهب ساعة من العشاء فخلوهم وأغلق بابك واذكر اسم الله وأطفئ مصباحك واذكر اسم الله وأوك سقاءك واذكر اسم الله وخمر إناءك واذكر اسم الله ولو تعرض عليه شيئا
ertinya: Nabi mengajar supaya menyebut nama Allah, ketika tutup pintu, ketika memadamkan lampu, ketika menutup bekas minuman dan makanan.
Adakah sebut nama Allah ialah sebut perkataan "Allah", ataupun sebut "Bismillah"?.

Jadi, apabila syarak samada Quran atau Hadis menyebut 'Sebutlah nama Allah', maka mestilah difahami zikir secara syar'ie. Ana tidak pernah mengkhususkan tasbih, tahmid, takbir. Tetapi zikir-zikr yang dinukilkan dalam sunnah baginda yang terlalu banyak. Iaitu, dengan zikir2 yang sempurna ayatnya.

Quote:


Jika yang menyuruh suruhan tersebut adalah Syari' (yang menetapkan syariat), maka Dia telah mensyariatkan perbuatan tersebut.

Ahsantum, dr izrail..
Ana tambah:
Apabila yang menyuruh suruhan tersebut ialah syari', maka hendaklah ditanggung cara tersebut dengan cara yg diajar oleh Syari', atau dgn kata lain: Zikir yang diperintah ialah zikir secara syari'.

Sebagaimana apabila syara' memerintahkan supaya 'hendaklah berwudhu', maka mestilah difahami bahawa ia adalah wudhu' syar'ie, bukan wudhu' secara lughah iaitu: membasuh.

Apabila syarak menyuruh "hendaklah pergi haji' maka mestilah difahami 'haji' secara syarak, bukan haji dari sudut lughah iaitu 'qasad sesuatu tempat'.

Maka begitulah halnya dengan perintah syarak supaya zikir, mesti difahami zikir syar'ie yg warid.

 

Quote:


Antara ayat-ayat zahir tersebut ialah:

- الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم
- والذاكرين الله كثيرا والذاكرات
- واذكر ربك كثيرا وسبح بالعشي والإبكار
- اذكروا الله ذكرا كثيرا وسبحوه بكرة وأصيلا

dan ayat-ayat yang menyuruh menyebut nama Allah:

- واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا
- واذكر اسم ربك بكرة وأصيلا
- ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه
- في بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه
- ويذكروا اسم الله في أيام معلومات

semua ayat-ayat di atas adalah perintah supaya 'zikir kepada Allah' atau 'sebut nama Allah'. Maka, seperti yang dijawab pada post sebelum ini, perintah syarak mesti difahami secara syarak.

Quote:


ayat-ayat ini berulang-ulang menunjukkan ta'kid kepada suruhan menyebut nama Allah. Doa dan zikir yang tidak hanya menyebut nama Allah tetapi dgn tambahan lain seperti tasbih, tahmid, takbir... telahpun disuruh dalam ayat-ayat yang lain.

Jika Allah SWT bertujuan untuk menyuruh bertasbih atau bertakbir, lafaznya jelas: bertasbihlah kamu kepada Allah atau bertakbirlah kamu kepada Allah.

Kata Ibn Abbas r.a. : Setiap tasbih dalam Quran, maksudnya ialah solat (sembahyang). (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Qurtubi).

Jika tasbih dalam quran maksudnya solat, maka menyebut nama Allah dalam Quran juga mestilah maksudnya lebih tinggi, iaitu zikir dengan kalam yang sempurna.

 

Quote:


- اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

telah dijawab sebelum ini: Ia adalah taukid lafzi. "Allah" yg pertama ialah mubtada' dan "Allah" kedua adalah taukid lafzi.

Quote:


- الله الله فيما ملكت أيمانكم أشبعوا بطونهم واكسوا ظهورهم وألينوا القول لهم
- الله الله في قبط مصر فأنكم ستظهرون عليهم ويكونون لكم عدة وأعوانا في سبيل الله

Dua hadis ini juga bukan berkaitan dengan zikir. Kerana "Allah" dibaca dengan nasab (baris atas), menunjukkana ada fiel muqaddar iaitu: "Takutlah" atau seumpamanya.

---

Jazakumullah khaira sebab bawakan beberapa tokoh islam yang diriwayatkan berzikir "Allah, Allah.."/

-Al-Nuri
Jika dibaca cerita beliau, beliau menyebut zikir seperti ini ketika tidak sedarkan diri. Maka kita katakan, ia adalah hal orang yang maghlub (tak dapat mengawal dirinya kerana keasyikan). Maka apakah hal yang berlaku kepada seseorang yang sedang maghlub/ tidak sedarkan diri, boleh dijadikan ia sebagai ikutan?

- Al-Razi
Jika dibaca hujah al-Razi, banyak hujahnya adalah aqliyyah dan falsafah. Cuma ada beliau berhujah dengan ayat dalam surah al-An'aam. Dan telah pun dijawab. Ia bukannya perintah menyebut 'Allah', tetapi menyebut: 'Allah yg menurunkan kitab itu'. Demikian tafsiran Ibn Abbas.
Kata Ibn Taimiyyah: Siapa yang kata maksud ayat tersebut, ALlah suruh sebut nama 'Allah', maka ia adalah kesilapan dengan SEPAKAT AHLI ILMU.

- al-Zubaidi
Kisah beliau menyebut 'Allah, ALlah' juga diriwayatkan ketika beliau sedang sakit. Bukan dalam keadaan biasa.