Panel Feqh al-ahkam.net diajukan persoalan, apakah sah puasa bagi orang yang tidak melafazkan niat puasa pada malam hari
Ustaz Abu Umair menjawab:
- Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat.
- Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih (spt yg anda sebut). Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.
- Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktu malam (sebelum fajar). Kerana hadis "Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya". HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).
- Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. contohnya: seorang yg tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas subuh keesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.
- Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu. Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.
Rujukan:
-Al-Mudawwanah al-Kubra 1/276
-Majmuk Nawawi 6/288
-Al-Kafi Ibn Qudamah 1/439
-Al-Tahqiq Fi Ahadith al-Khilaf 2/66-67
Link asal: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=33825