BERHARI RAYA DI KUBUR!?
( 1 )
Selepas sahaja aku dan keluarga menunaikan Solat Hari Raya I’edul Fitri, kami pun menuju ke rumah kawan-kawan untuk berhari raya. Apabila tiba di salah-satu rumah yang hendak kami kunjungi itu, suasana sekitarnya terlalu sesak dengan manusia dan kenderaan. Dan hal itu memang sudah kuduga.
Berikut ini adalah gambar suasana di sekitar rumah kawanku itu :
( 2 )
Ketika umat Islam di zaman Baginda RasululLah SAW masih baru beragama Islam, Baginda RasululLah SAW memang pernah melarang mereka dari menziarahi kubur. Ini disebabkan aqidah ( kepercayaan ) mereka yang masih bercampur-baur dengan adat-adat Jahiliyyah sebelum ini. Khuatir jika mereka melakukan amalan-amalan tradisi Jahiliyyah di kawasan perkuburan seperti meratap, meraung atau bergembira seperti makan-minum ataupun berteriak-teriak memanggil nama si mati untuk memohon hajat dan seumpamanya.
Lama-kelamaan, Baginda RasululLah SAW pun membenarkan umat Islam menziarahi kubur , setelah diyakini aqidah mereka telah mantap dan kukuh.
Sabda Baginda SAW :
( 3 )
Jelas, tujuan menziarahi kubur adalah agar jiwa kita senantiasa ingat kepada mati. Dengan itu, kita tidak mudah lupa kepada ALLAH SWT dan pembalasan di Hari Akhirat kelak.
Selain itu, ziarah ke kubur dengan tujuan untuk mengiringi jenazah ke sana ( kecuali bagi kaum wanita dilarang mengiringi jenazah pada hari pengkebumian ) ataupun ke kubur untuk membersihkan kawasan sekelilingnya tidaklah dilarang, bahkan ianya dianjurkan.
Jika sekadar mahu “ menghadiahkan bacaan ayat-ayat tertentu “ ( tanpa membicarakan soal apakah ia sampai kepada si mati ataupun tidak ), maka tidak ke kubur pun tidak mengapa. Jika ianya memang sampai kepada si mati, maka bacaan itu tidak semestinya dilakukan di kubur / kawasan perkuburan.
Seperti seseorang yang menyampaikan “ salam “ kepada Baginda RasululLah SAW ( setelah Baginda SAW wafat ), tidak perlu dikirim kepada seseorang yang akan ke Madinah al-Munawwarah. Hingga membebankan dirinya hingga perlu pula menyiapkan sebuah buku nota khusus yang akan mencatat nama orang yang ingin doa / hajatnya disampaikan kepada Baginda RasululLah SAW di sana. Bukankah di dalam solat, ketika membaca tahiyyat kita akan menyebut : “ ASSALAMU ‘ALAYKA AIYUHAN NABIYU WA ROHMATULLOHI WA BAROKATUH “ ( Selamat Sejahtera , belas-kasihan ALLAH dan barokah daripadaNYA moga dilimpahkan ke atas tuan, wahai Baginda Nabi.).
Jika salam penghormatan itu tidak sampai kerana jauh dari Madinah al-Munawwarah, maka apa perlu kita menyebutnya di dalam solat kita ataupun di luar solat !?.
Begitulah juga dengan seseorang yang ingin merayu memohon hajat ( berdoa ) atau bertaubat kepada ALLAH SWT, apakah mesti tunggu hingga berada di Masjidil Haram, di depan Kaabah ?. Jika tidak sempat ke sana, apakah ALLAH SWT tidak akan menerima doa ataupun hajat kita ?.
( 4 )
Ini bermaksud, ziarah ke kubur hanyalah untuk :
i – Mengingati mati.
ii – Membersihkan kawasan kubur.
iii – Mengiringi jenazah.
Selain dari tujuan tersebut, ziarah ke kubur itu sudah pasti terlarang kerana bercanggah dengan sebab mengapakah ziarah itu dibenarkan oleh Baginda RasululLah SAW di dalam hadits di atas.
Ibadah, semolek dan seindah manapun ia, jika dilakukan tidak sebagaimana yang diajar oleh Baginda RasululLah SAW, maka ianya akan bertukar menjadi hodoh dan tertolak. Membaca Al-Quranul Karim, misalnya. Ianya sangat-sangat dituntut. Namun jika ia dibaca di dalam tandas, sudah tentu ianya bertukar menjadi satu perkara yang mendatangkan dosa, malahan dianggap biadap dan boleh membawa kepada kekufuran ( kerana menjadi satu perbuatan menghina kesucian syiar-syiar Agama ALLAH SWT ).
Begitulah juga dengan menziarahi kubur. Apabila ia dilakukan TIDAK SEBAGAIMANA DIANJURKAN OLEH BAGINDA SAW, maka ziarah dan amalan itu tidak akan diterima ALLAH SWT.
( 5 )
Hari Raya adalah hari untuk bergembira. Bergembira dengan kemenangan selepas menjalani “ Kursus Latihan Rohani & Jasmani “ sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak.
Hari Raya = Hari Bergembira. Ianya juga adalah untuk ziarah-menziarahi di antara satu sama lain. Mempertautkan hubungan “ silatur rahmi “ ( kerabat / keluarga ) dan “ silatul ukhuwwah “ ( persaudaraan ) . Saling bermaaf-maafan di atas keterlanjuran dan kesilapan yang pernah dilakukan terhadap satu sama lain.
Hari Raya = Hari ziarah orang-orang yang masih hidup, terutamanya bagi mereka yang susah ditemui kerana kesibukan itu dan ini. Dan Hari Raya itu BUKANNYA hari ziarah orang-orang yang telah meninggal dunia !.
Hari Raya = Hari bergembira kerana “ Kursus Ibadah “ telahpun dilalui dan bergembira bertemu saudara-mara dan sahabat-handai serta kenalan-kenalan. BUKANNYA hari bersedih, meratap-hiba
Yang paling utama ialah mengikut tujuan dan perlaksanaan ibadah yang diajar secara langsung oleh Baginda RasululLah SAW dan Para Sahabat RA, dan bukannya “ memandai-mandai “ mereka-cipta mengikut selera sendiri dan selera manusia yang tidak maksum.
Apakah ada orang yang lebih pandai beribadah berbanding Baginda Nabi SAW !?. Sudah tentu tidak, kan ?.
( 6 )
Paling malang ialah apabila ada di kalangan umat Islam, yang di pagi Hari Raya, sibuk dengan urusan ke kubur hingga Solat Hari Raya ataupun ziarah orang-orang yang masih hidup ini dilupai ataupun ditinggalkannya.
Apakah LEBIH UTAMA ( AFDHOL ) ziarah orang mati berbanding orang hidup di pagi Hari Raya !?
Apakah ada DALIL-DALIL YANG SAHIH dari Al-Quranul Karim, mahupun Sunnah Baginda SAW yang memerintahkan agar ZIARAH KUBUR MESTILAH
DILAKUKAN DI AWAL PAGI HARI RAYA !?.
Jika ya mahu menziarahi kubur sekalipun, apakah TIDAK BOLEH dilakukan selepas selesai Solat Hari Raya dan menziarahi orang-orang yang masih hidup !?. Apakah mesti dan wajib di awal pagi Hari Raya semata-mata !?.
( 7 )
Cuba anda perhatikan baik-baik 2 gambar di atas tadi. Apakah yang dapat anda saksikan ?. Ada orang-orang yang berniaga di pagar kawasan perkuburan itu, bukan ?. Ada juga lori yang membawa ais.
Apa artinya itu ?. Itu bermakna, ada orang yang mengambil kesempatan berniaga di kawasan perkuburan itu kerana ramai manusia berduyun-duyun ke kawasan itu.
Apa yang dijualnya ?. Ada yang menjual air mawar dan bunga untuk untuk disiram dan ditabur di atas pusara. Ada juga yang menjual air minuman dan ais krim untuk mereka yang dahaga di kawasan itu.
Lama kelamaan, aku yakin akan ramai lagi orang yang akan berniaga di kawasan perkuburan di Hari Raya. Dan tak mustahil akan ada yang menjual makanan pula ataupun permainan demi menghilangkan kebosanan anak-anak kecil yang mengikut ibu-bapa mereka ke kawasan perkuburan.
Akhirnya, kawasan perkuburan akan bertukar menjadi kawasan “ rekreasi “ . Akan menjadi pula seperti kawasan “ Fun-Fair “ dan “ Sure Heboh “ . Aduhai, malangnya nasib umat Islam apabila petunjuk sunnah diletakkan di belakang dan adat-tradisi pula yang dijunjung di atas kepala !.
( 8 )
Adat-Tradisi dan budaya ini jelas bercanggah dengan Sunnah Baginda SAW. Jadi, dari mana ia datang ?.
Dari JAHILIYYAH yang kemudiannya diteruskan oleh golongan yang sesat di kalangan umat Islam seperti SYIAH dan BARELVI ( Brelvi Pakistan/India ) yang terkenal dengan gelaran “ kaum penyembah kuburan “ .
Perhatikan pula gambar-gambar di bawah ini. Beginilah rupa kawasan perkuburan Golongan Syiah di Iran, Iraq dan Kuwait. Tak ada bezanya dengan kawasan perkuburan orang-orang bukan Islam nampaknya.
Sekian. Semoga bermanfaat.
Selamat Hari Raya E’idul Fitri 1431 Hijrah / 2010 Masihi.
Taqobba LaLLohu Minna Wa Minkum. Wassalam.
sumber : http://penacindaipelangi.blogspot.com/2010/09/berhari-raya-di-kubur.html
Sumber Rujukan Islam Anda..
BERHARI RAYA DI KUBUR !?
Primary tabs
Kategori Berita: