Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asyari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh.
Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.
Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Bahauddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus, Syam.
Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bidah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dalailul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w.
Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bidah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru.
Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
(Ruj: http://www.alwahabih.com/121.htm)
Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Muasharah vol 2:
"Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan
memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya.
Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yg mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yg tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yg jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yg saleh, genarasi terbaik...."
Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bidah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105).
Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:
ãÍãÏ ÑÔíÏ ÑÖÇ ÕÇÍÈ ÇáãäÇÑ¡ Ýí ãÕÑ¡ æåæ ÇáÐí ÓÇåã Ýí äÔÑ ßÊÈ ÇáÔíÎ
(Ruj: http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/005404.html)
Di samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. �?Antaranya ialah tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:
æÞÏ ØÈÚÊ ßÊÈåã¡ æÚÑÝ ÇáÃáæÝ ãä ÇáäÇÓ ÃÕá Êáß ÇáãÝÊÑíÇÊ Úäåã¡ æãä ÇáãÓÊÈÚÏ ÌÏÇð Ãä íßæä ÇáÔíÎ ÃÍãÏ ÏÍáÇä áã íØáÚ Úáì ÔíÁ ãä Êáß ÇáßÊÈ æÇáÑÓÇÆá¡ æåæ Ýí ãÑßÒå ÈãßÉ ÇáãßÑãÉ Úáì ãÞÑÈÉ ãäåã ÝÅä ßÇä ÞÏ ÇØáÚ ÚáíåÇ Ëã ÃÕÑ Úáì ãÇ ÚÒÇå Åáíåã ãä ÇáßÐÈ æÇáÈåÊÇä Ü áÇÓíãÇ ãÇ äÝæå ÕÑíÍÇð æÊÈÑÄæÇ ãäå Ü ÝÃí ÞíãÉ áäÞáå æáÏíäå æáÃãÇäÊå¡ æåá åæ ÅáÇ ããä ÈÇÚæÇ Ïíäåã ÈÏäíÇåã... æÅÐÇ ÝÑÖäÇ Ãä ÇáÔíÎ ÃÍãÏ ÏÍáÇä áã íÑ ÔíÆÇð ãä Êáß ÇáßÊÈ æÇáÑÓÇÆá¡ æáã íÓãÚ ÈÎÈÑ Úä Êáß ÇáãäÇÙÑÇÊ æÇáÏáÇÆá¡ æÃä ßá ãÇ ßÊÈå Ýí ÑÓÇáÊå ÞÏ ÓãÚå ãä ÇáäÇÓ æÕÏÞå ÃÝáã íßä ãä ÇáæÇÌÈ Úáíå Ãä íÊËÈÊ Ýíå æíÈÍË æíÓÃá Úä ßÊÈ ÇáÔíÎ ãÍãÏ Èä ÚÈÏ ÇáæåÇÈ æÑÓÇÆáå æíÌÚá ÑÏå ÚáíåÇ... Åä ÚáãÇÁ ÇáÓäÉ Ýí ÇáåäÏ æÇáíãä ÞÏ ÈáÛåã ßá ãÇ Þíá Ýí åÐÇ ÇáÑÌá ÝÈÍËæÇ æÊËÈÊæÇ æÊÈíäæÇ ßãÇ ÃãÑ Çááå - ÊÚÇáì - ÝÙåÑ áåã Ãä ÇáØÇÚäíä Ýíå ãÝÊÑæä áÇ ÃãÇäÉ áåã¡ æÃËäì Úáíå ÝÍæáåã Ýí ÚÕÑå æÈÚÏ ÚÕÑå æÚÏøæå ãä ÃÆãÉ ÇáãÕáÍíä ÇáãÌÏÏíä ááÅÓáÇã¡ æãä ÝÞåÇÁ Ãåá ÇáÍÏíË ßãÇ äÑÇå Ýí ßÊÈåã æáÇ ÊÓÚ åÐå ÇáãÞÏãÉ áäÞá ÔíÁ ãä Ðáß" Ç.åÜ
(Ruj: http://www.almoslim.net/Moslim_Files/dawah/show_article_main.cfm?id=370)
Antara isinya, beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan pembohongan-pembohongan dan fitnah-fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Di mana di sini beliau telah mengkaji mengenai gerakan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah dan fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulama-ulama Najd.
Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, beliau membuat kesimpulan:
1. Tidak ada satupun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas syeikh melainkan dusta dan fitnah.
2. Zaini Dahlan dan musuh-musuh syeikh merupakan orang yang tidak bertanggujawab dan tidak amanah. Samada kerana tidak tahu tentang hakikat dakwah syeikh ataupun sebab-sebab lainnya.
Syeikh al-Albani sendiri mula meminati bidang hadis kesan dari membaca majalah al-Manar terbitan beliau:
ÝÊÚáã ÇáÍÏíË Ýí äÍæ ÇáÚÔÑíä ãä ÚãÑå ãÊÃËÑÇð ÈÃÈÍÇË ãÌáÉ ÇáãäÇÑ ÇáÊí ßÇä íÕÏÑåÇ ÇáÔíÎ ãÍãÏ ÑÔíÏ ÑÖÇ (ÑÍãå Çááå) æ ßÇä Ãæá Úãá ÍÏíËí ÞÇã Èå åæ äÓÎ ßÊÇÈ " ÇáãÛäí Úä Íãá ÇáÃÓÝÇÑ Ýí ÊÎÑíÌ ãÇ Ýí ÇáÅÍíÇÁ ãä ÇáÃÎÈÇÑ" ááÍÇÝÙ ÇáÚÑÇÞí (ÑÍãå Çááå) ãÚ ÇáÊÚáíÞ Úáíå.
(Ruj: http://www.islamway.com/?iw_s=Scholar&iw_a=info&scholar_id=47)
zain y.s