YB Ustaz.
1.Saya ingin penjelasan tentang satu hadis yg melarang sujud seperti anjing> Adakah semua mazhab empat mengakui kesahihan hadis ini> adakah hanya imam syafiee yg mengtakan sujud spt ini tidak sah>
2. Apkah yg dimaksudkan olehsujud spt anjing ini? adakah hujung jari hingga hujung siku menenai lantai?
penerangan 1 n 2 diatas amat saya hargai kerana saya melihat golongan tabligh yg ramai sujud sperti ini> Adakah sah solat mereka jika tidak tahu berkenaan persoalan ini :bee
:salam
Saya pernah bertanya soalan berkaitan sujud ini kepada Persatuan Ulama Malaysia...lebih kurang spt berikut:
"Semasa sujud ada sesetengah org sujud seolah2 menyembah, yakni sikunya menyentuh lantai. Apakah hukumnya? adakah sah sembahyang?
jawapannya pula:
"Perbuatan sebahagian kita yg sujud seolah2 menyembah (siku menyentuh lantai), sembahyang tersebut dikira sah, tetapi ia telah mengurangkan pahala solatnya kerana tidak mengikut cara yg ditunjukan oleh Baginda Rasullah s.a.w didalam solat yg penuh dgn adab2 seorang hamba mengadap dan bermunajat kepada pencipta".
wallahualam...kita tunggu jawapan yg lebih detail drp Al Fadhil Ustaz sekalian.. :wassalam
Walaikumussalam.
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan yg sdr alijimmm kemukakan dengan sekadar ilmu yang sedikit, Insyaallah. Terima kasih Semutapi (yang banyak membantu Soal-Jawab al-ahkam) kerana melampirkan jawapan dari Persatuan Ulama Malaysia.
Benarlah dengan apa yang telah dinyatakan oleh jawapan PUM diatas permasalahan diatas. Sah solat mereka, akan tetapi ia dikategorikan sebagai orang yang melakukan kesalahan didalam solat, ia mengurangkan pahala solat malah ia mengurangkan darjat kekhyusukkan. Tidakkah solat ini berdasarkan hadith Nabi saw:
Ketahuilah, sebaik-baik solat ialah dengan menurut sifat atau cara Nabi saw bersolat!
Disini, kami cuba memaparkan beberapa petikan dari ulama'-ulama' yang menjelaskan kesalahan yang dinyatakan diatas, dan kemudiannya akan cuba menjawab persoalan yg sdr alijimmm kemukakan.
-------------
Kesilapan didalam sujud yang disamakan seperti cara anjing.
Disebalik meniru cara-cara Nabi saw, ada juga manusia yang telah meniru secara tidak langsung gaya-gaya binatang (lihat Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtaa' Al-Mushaaliin). Ini termasuklah meniru gaya anjing didalam sujud mereka. Sunnah didalam sujud bagi meluruskan sujud sebagaimana yang diriwayat oleh Anas bahawa Nabi saw bersabda :
Sheikh Ibn Utsaimin (Al-Sharh Al-Mumti', 3/168) didalam mengulas hadith diatas, beliau mengatakan :
--------
Menurut Muhammad Sideq Al-Minshawi, menghamparkan tangan yang dilihat seolah-olah berbaring merupakan satu kesalahan didalam solat, dan ia bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Kata beliau :
ÈÓØ ÇáÐÑÇÚíä¡ æÖã ÇáÅÈØíä : åÐÇ ãä ÇáÃÎØÇÁ ÇáãäÊÔÑÉ ÚäÏ ãÕáíä¡ åæ ãÎÇáÝ áåÏíå (Õ): ((ÝßÇä áÇ íÝÊÑÔ ÐÑÇÚíå¡ Èá ßÇä íÑÝÚåãÇ Úä ÇáÃÑÖ æíÈÇÚÏåÇ Úä ÌäÈíå ÍÊì íÈÏæ ÈíÇÖ ÅÈØå ãä æÑÇÆå)).
æßÇä ÇáäÈí (Õ) íÞæá : ((æáÇ íÝÊÑÔ ÃÍÏßã ÐÑÇÚíå ÇÝÊÑÇÔ ÇáßáÈ))¡ Ýí ÑæÇíÉ : ((áÇ íÈÓØ )).
Nabi saw bersabda : ((dan jangan berbaring seseorang diatas lengannya seperti berbaring anjing)) didalam riwayat lain : ((dia tidak menghamparkannya))[c]."[2]
------
Begitu juga dengan pendapat Ibnu Taimiyah[3], kata beliau :
---------
Shiekh Nasyiruddin Al-Albani didalam Ringkasan Sifat Solat Nabi menyatakan bahawa wajib meninggikan tangan agar tidak terkena tanah. Kata beliau :
--------
Jawapan :
1. Larangan sujud seperti anjing bukanlah khilaf dikalangan ulama', bukan sahaja Imam Syafie yang melarang berkata begitu, bahkan semua Imam mazhab melarangnya. Al-Minshawi mengkategorikan permasalahan sebagai kesalahan yang tidak diperselisihkan oleh para ulama fiqh [="#0000ff" size="4"](ÃÎØÇÁ áÇÎáÇÝ ÝíåÇ). Kesemua hadith-hadith diatas, seperti mana didalam buku yang ditulis oleh Minshawi merupakan hadith-hadith sahih (a. Al-Bukhari 2/351, b. Al-Bukhari no: 807 dan c. Al-Bukhari no:822).
2. Gambaran sujud seperti anjing ialah : melepaskan tangan ditanah (dari siku hingga tapak tangan), tidak nampak ketiaknya dari belakang dan kelihatan seolah-olah orang tersebut tidur.
Sebagaimana yang kita sebut diatas, solatnya masih sah. Apa yang berlaku ialah seseorang iaitu telah melakukan perkara-perara yang salah didalam solat. Dengan kata lain. melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Tidak kiralah jemaah mana yang melakukan, perkara ini akan mengurangkan pahala didalam solat dan menjejaskan kekhusyukkan solat. Moga-moga Allah swt memebri kita kekuatan menghindari perkara-perkara yang salah didalam solat. Amin. Wallahu 'alam.
-wassalam-
===========
Rujukan :
1] Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Sharh Al-Mumti' - 3. Riyad : Muaasasah Al-Risalah.
2] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtahu' Al-Mushalliin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996 ms 91.
3] Sheikh Ibnu Taimiyah. Fatawa Solaati. Beirut : Dar Al-Kotob, 2002. ms 73
4] Shiekh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=106...
خيرالأمين
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Di sini saya telah jumpa gambar mengenai : Siku menempel pada lantai - seperti anjing sujud.
Sekian, wassalam
خيرالأمين