SJ - 2956 : nikmat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2956 : nikmat

assalamualaikum,
bagaimanakah boleh dikatakan seseorang itu tidak mensyukuri nikmat yg diberikan oleh Allah?

Re: SJ - 2956 : nikmat

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Topik ini kalau nak dibincangkan adalah sangat luas. Dengan kadar yang terbatas ini, kami akan membincangkan secara umum mengenai apa yang dimaksudkan tidak bersyukur keatas nikmat yang diberikan oleh Allah.

Secara umumnya, Nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hambanya ialah nikmat Islam dan Iman. Jika kita tidak menjaga Iman dan Islam, sudah tentu kita bukan dari kalangan mereka yang bersyukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Orang yang tidak mensyukuri nikmat Tuhannya, tidak akan sensitif akan apa yang berlaku kepada Iman dan Agamanya. Kurniaan agama kepada hamba itu merupakan manifestasi cinta Allah kepada hambanya kerana Sabda Nabi saw :-

[="#800000" size="3"]Åöäøó Çááøóåó ÞóÓóãó Èóíúäóßõãú ÃóÎúáÇÞóßõãú ßóãóÇ ÞóÓóãó Èóíúäóßõãú ÃóÑúÒóÇÞóßõãú æóÅöäøó Çááøóåó ÚóÒøó æóÌóáøó íõÚúØöí ÇáÏøõäúíóÇ ãóäú íõÍöÈøõ æóãóäú áÇ íõÍöÈøõ æóáÇ íõÚúØöí ÇáÏøöíäó ÅöáÇ áöãóäú ÃóÍóÈøó Ýóãóäú ÃóÚúØóÇåõ Çááøóåõ ÇáÏøöíäó ÝóÞóÏú ÃóÍóÈøóåõ ...
"Allah telah mengkongsikan sikap kamu dikalangan kamu sebagaimana ia mengkongsikan pemberian kamu. Allah memberikan pemberian yang banyak kepada mereka yang dia cinta dan kepada mereka yang dia tidak suka, tetapi dia memberi AGAMAnya hanya kepada mereka yang dia cinta. Maka sesiapa yang diberi Agama, Allah mencintainya......" - [Riwayat Ahmad #3490, dikelaskan sahih oleh al-Albani didalam al-Silsilah Al-Sahih #714].

Melaksanakan Ibadat merupakan salah satu dari tanda rasa bersyukur hambanya kepada Tuhannya. Mereka-mereka yang lalai dari melakukan ibadat kepada Allah swt, juga merupakan hamba-hamba Allah yang tidak bersyukur kepadanya, malah mereka telah mengkhufuri nikmat TuhanNya.

Melakukan maksiat juga merupakan salah satu cara manusia tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Islam telah menjelaskan mana yang halal, haram, harus, sunat dan makruh, akan tetapi ada juga dikalangan manusia yang masih gemar kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Gemar kepada kemungkuran merupakan satu tanda kufur keatas nikmat pemberihan yang halal oleh tuhannya.

Tidak redha dengan musibah dan bencana yang Allah turunkan merupakan satu penzahiran seseorang itu tidak bersyukur keatas ujian yang diberikan kepada mereka. Mereka-mereka yang bersabar diatas ujian Allah, merupakan mereka-mereka yang beruntung. Orang-orang yang sabar dan redha dengan dugaan Allah, merupakan mereka yang mensyukuri nikmat Tuhannya. Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah ayat 155-157:-

[="#ff00000" size="3"]æóáóäóÈúáõæóäøóßõãú ÈöÔóíúÁò ãöäó ÇáúÎóæúÝö æóÇáúÌõæÚö æóäóÞúÕò ãöäó ÇáúÃóãúæóÇáö æóÇáúÃóäúÝõÓö æóÇáËøóãóÑóÇÊö æóÈóÔøöÑö ÇáÕøóÇÈöÑöíäó
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [2:155]
[="#ff00000" size="3"]ÇáøóÐöíäó ÅöÐóÇ ÃóÕóÇÈóÊúåõãú ãõÕöíÈóÉñ ÞóÇáõæÇ ÅöäøóÇ áöáøóåö æóÅöäøóÇ Åöáóíúåö ÑóÇÌöÚõæäó
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." - [2:156]
[="#ff00000" size="3"]ÃõæáóÆößó Úóáóíúåöãú ÕóáóæóÇÊñ ãöäú ÑóÈøöåöãú æóÑóÍúãóÉñ æóÃõæáóÆößó åõãõ ÇáúãõåúÊóÏõæäó
"Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya." - [2:157]

Sikap seorang yang tidak kufur keatas nikmat Allah swt dapat dilihat didalam hadith berikut, Rasulullah saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÚóÌóÈðÇ áÃóãúÑö ÇáúãõÄúãöäö Åöäøó ÃóãúÑóåõ ßõáøóåõ ÎóíúÑñ æóáóíúÓó ÐóÇßó áÃóÍóÏò ÅöáÇ áöáúãõÄúãöäö Åöäú ÃóÕóÇÈóÊúåõ ÓóÑøóÇÁõ ÔóßóÑó ÝóßóÇäó ÎóíúÑðÇ áóåõ æóÅöäú ÃóÕóÇÈóÊúåõ ÖóÑøóÇÁõ ÕóÈóÑó ÝóßóÇäó ÎóíúÑðÇ áóåõ
"Alangkah ajaibnya perbuatan orang mukmin, semua perbuatannya adalah baik, ini hanya dikhaskan untuk mereka yang mukmin beriman). Jika sesuatu yang baik terjadi kepada mereka, Dia berSYUKUR dan itulah yang baik baginya. Jika sesuatu yang buruk terjadi kepadanya, ia BERSABAR dan itulah yang baik baginya" - [riwayat Muslim #2999]

Orang-orang yang tidak redha dan sabar dengan perkara buruk yang berlaku kepadanya, merupakan mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Begitu juga nereka yang telah dikurniakan Allah pelbagai kebaikan, baik dari segi reski, anak-isteri, harta dan dan sebagainya, yang tidak pernah sujud berterima kasih kepada Allah, sudah menampakkan titik-titik hitam dihati mereka, yang menunjukkan kesemua kejayaan itu adalah hasil kerja mereka sendiri, lantas mewujudkan manusia yang tidak kenal akan Tuhan yang mengurniakan segala nikmat-nikmat keatasnya. Orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah, akan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan Rasul dan redha akan apa yang telah dikurniakan keatas mereka. Mensyukuri nikmat Allah bukanlah hanya keluar dimulut perkataan "SYUKUR", akan tetapi perlu dilaksanakan dengan perbuatan. Mereka yang patuh pada hukum Allah dan berkerja bersungguh-sungguh merupakan hamba Allah yang bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya, kerana nikmat Allah tidak terkira banyaknya kalau diperhitungkan. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :-

Al-Harf. Perisian Al-Quran.

خيرالأمين