SJ – 3137 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 3137 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN

:salam

Q1. Apakah kewajiban seseorang untuk menegur rakan-rakannya yang melakukan maksiat (contohnya mendedahkan aurat atau mengumpat dll), walaupun beliau kurang arif dalam hal agama tetapi mengetahui perbuatan mereka itu mendatangkan dosa?
Q2. Apakah kaedah terbaik atau sesuai untuk menegur atau berdakwah kepada rakan-rakan yang hanyut dengan dunianya?
Q3. Jika kita tidak menegur atau mengubah kemungkaran yang berlaku didepan mata walaupun mampu, adakah berdosa? Bagaimana pula jika kita sendiri meredhainya atau kelihatan seakan-akan redha perbuatan itu berlaku?

Terima kasih.

jamalsahara (not verified)
Re: Kewajiban menegur kemungkaran

:salam

(1)
Contoh menunaikan hak-tanggungjawab.

Hadis dari Abu Said Al-Khudriy RA katanya:
Nabi SAW bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan.
Para sahabat RA berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan.

Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya.
Para sahabat RA bertanya: Apakah haknya?
Rasulullah SAW bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar. ( Muslim )

(2)
Mulakan dengan Lemah lembut bila mendakwah :

Hadis dari Aisyah RA isteri Nabi SAW katanya:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya. (Muslim)

(3)

Kasihi diri saudara sebagaimana diri sendiri
atau turut merugi ! mengikut kadar kuasa yang dimampui.

Hadis dari Nu'man bin Basyir RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.
(Muslim)

Allahu a'lam.

:salam

Re: SJ – 3136 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN

:salam

Kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Soalan seperti ini memerlukan kpd penerangan yg panjang dan pada perkiraan saya, tidak sesuailah utk dijawab di dalam internet ini memandangkan kpd ruang dan masa yg terhad. Namun saya akan cuba menjawabnya setakat yg mampu.

Dalam membicarakan mengenai amar makruf nahi mungkar ini, kita tidak dapat lari dari satu hadis yg cukup popular iaitu:

Úä ÃÈí ÓÚíÏ ÇáÎÏÑí ÑÖí Çááå Úäå ¡ ÞÇá : ÓãÚÊ ÑÓæá Çááå Õáí Çááå Úáíå æÓáã íÞæá : ( ãä ÑÃì ãäßã ãäßÑðÇ ÝáÛíÑå ÈíÏå ¡ ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈáÓÇäå ¡ ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈÞáÈå ¡ æÐáß ÃÖÚÜÝ ÇáÅíãÇä ).

ÑæÇå ãÓáã [ ÑÞã : 49 ].

Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".

[Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa muasirah mengatakan bahawa kenyataan al-Quran dan sunnah terhadap perbuatan berdiam diri terhdp perbuatnya sama ada pemerintah ataupun rakyat biasa merupakan sesuatu kenyataan yg dapat menggegarkan hati setiap manusia walaupun terdapat secebis iman dalam hatinya. Beliau menerangkan mencegah dgn hati bermaksud menyimpan perasaan benci kpd kemungkaran dan pembuatnya. Perasaan yg dipendamkan itu akan tiba satu masa akan terkeluar juga dari hatinya dan ini merupakan sunatullah. Bahkan terdapat juga satu hadis yg menerangkan mencegah dgn hati itu merupakan salah satu martabat jihad yg terakhir.

Dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua para nabi yg dibangkitkan akan disertai oleh hawari(pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yg bercakap apa yg mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dgn tangannya, dia adalah org yg beriman, siapa yg berjihad dgn lidahnya dia adalah org yg beriman, dan siapa yg berjihad dgn hatinya dia juga adalah org yg beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”[HR Muslim]

Allah telah berfirman:

“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (QS. 5:78-79)”

Allah juga berfirman:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS. 3:110)”

Maka tidak hairanlah Rasulullah saw bersabda:

“Jika sekiranya kamu melihat umatku takut tk menyatakan kepada org zalin, “Wahai si zalim” maka diucapkan selamat tinggal kpd mereka(iaitu tidak layak utk hidup).”[HR Ahmad]

Dr Mustapha al-Bugha dan Muhyiddin Misto ketika mengsyarahkan hadis yg pertama di atas di dalam ‘Al-Wafi: Syarah Hadis 40’ mengatakan bahawa mencegah kemungkaran itu hukumnya wajib. Setiap muslim itu wajib mencegah kemungkaran menurut kemampuannya. Dan kemampuan minimun ialah mencegah dgn hati. Bahkan mencegah dgn hati itu fardhu ain dan sesiapa yg tidak mencegah dgn hati maka telah hilanglah imannya sebagaimana yg dijelaskan dalam hadis di atas. Mereka yg meredhai sesuatu maksiat itu berdosa besar sptmana dijelaskan dalam hadis berikut:

Drpd al-Urs bin Uyainah ra , Rasulullah saw bersabda, “Apabila dilakukan satu maksiat di atas muka bumi, maka sesiapa yg melihat dan membencinya(baginda berkata pada ketika yg lain: “dab mengingkarinya”), maka dia sama spt org yg tidak melihatnya. Barangsiapa yg tidak melihatnya ttp redha dgnnya, samalah spt org yg melihatnya.”[HR Abu Daud]

Abu Juhaifah telah meriwayatkan drpd Ali bhw beliau berkata, “Sesungguhnya jihad yg pertama sekali kamu kuasainya ialah jihad dgn tangan, kemudian jihad dgn lisan dan selepas itu jihad dgn hati kamu. Apabila hatinya tidak mengetahui makruf tan tidak mengingkari mungkar, maka dia telah terbalik. Lalu ia menjadikan bahagian atas berada di bawah.”

Ibn Mas’ud mendengar seorang lelaki berkata, “Binasalah sesiapa yg tidak menyuruh kpd kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran.” Lalu Ibnu Mas’ud berkata, “Binasalah sesiap yg tidak mengenali makruf dan mungkar dgn hatinya.”

Seseorang yg tidak mampu mencegah kemungkaran dgn tangan dan lisannya krn kelemahan iman, maka dia terlepas dari kewajiban sekiranya dia mencegah dgn hatinya. Ibn Mas’ud berkata lagi, “Akan ada dikalangan kamu mereka yg panjang umurnya dan sempat melihat kemungkaran yg tidak mampu diubahnya kecuali Allah mengetahui bahawa hatinya benci kpd kemungkaran tersebut.”

Adapun mencegah dgn tangan atau lisan, terdapat dua hukum berkaitannya iaitu:

1. Fardhu Kifayah: Jika kemungkaran itu dilihat oleh ramai org, maka memadai sebhgn yg pergi mencegahnya. Dalilnya:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)

2. Fardhu ain: Apabila hanya seorang yg melihat kemungkaran itu, dan pada ketika itu dia mampu mencegahnya, maka hukumnya fardhu. Jika tidak dicegah maka dia berdosa.

Namun begitu, sekiranya pencegahan itu memungkinkan perkara yg lebih buruk berlaku, maka kewajiban itu digurukan berdasarkan kaedah fiqh “Melakukan yg lebih ringan daripada dua mudharat krn menolak yg lebih besar.” Perlu diingatkan bahawa sangkaan bahawa tidak mencegah itu endatangkan mudharat yg lebih besar hendaklah dgn sangkaan yg kuat.

Adapun salah faham umat Islam mengenai firman Allah swt berikut:

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 5:105)

Mereka menggunakan hujah di atas kononnya kecuaian mereka utk tidak mencegah kemungkaran itu tidak akan memudharatkan mereka.

Sesungguhnya Abu Bakr ra berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini dan kamu meletakkannya bukan di tempatnya. Sesungguhnya kami telah mendgr Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya manusia apabila melihat kezaliman dan mereka tidak mencegahnya, maka Allah akan menimpakan azabNya kpd mereka semua.””[HR Abu Daud]

Dalam mencegah kemungkaran juga perlulah diingat terdapat kaedah2nya. Saya sertakan beberapa kaedah:

1. Nasihat menasihati, bukannya menimbulkan fitnah
2. Bersabar dan sanggup menanggung keperitan dalam menyuruh yg makruf dan mencegah yg mungkar.
3. Mengingkar kemungkaran yg zahir dan diketahui sahaja, bukannya mengintip yg tersembunyi dan tertutup.
4. Tidak mencegah perkara yg diperselisihkan(masalah khilaf)

Peringatan

Seeorang yg ingin melakukan amar makruf nahi mungkar hendaklah dia beramal dgn apa yg disuruh dan menjauhkan diri drpd apa yg dilarang org lain melakukannya sehinggalah suruhan dan larangannya memberi kesan kpd org yg disuruh dan dilarangnya serta usahanya diterima Allah. Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS. 61:2-3)

Terdapat juga satu hadis juga yg melarang perbuatan ini iaitu:

Daripada Usamah bin Zaid katanya, “Aku mendgr Rasulullah saw bersabda, “Di hari kiamat kelak, di bawaseorang lelaki lalu dicampakkan ke dalam neraka. Isi perutnya keluar lalu dia menyeretkannya spt berpusingnya keldai di sekitar pengisar. Kemudian ahli neraka itu berhimpun di sekitarnya seraya berkata, “Wahai si fulan! Knp kamu begini? Bukahkah kamu dahulunya menyuruh supaya melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran?” Lalu dia menjawab, “Betul aku dahulunya menyuruh supaya melakukan yg makruf, ttp tidak aku kerjakannya dan aku mencegah kemungkaran, ttp aku melakukannya.””[HR Bukhari dan Muslim]

Saya rasa cukuplah setakat ini. WA.

:wassalam

Re: SJ – 3136 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 3136 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN

Jawapan yang diberikan oleh Ustaz gayat di atas adalah BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK ISLAM menurut penilaian Para Panelis Fiqh al-Ahkam Online .

Dipersilakan saudara mukminin dan saudara-saudari semua untuk melanjutkan perbicaraan dan menambah maklumat mengenai hal ini , dengan membaca pula permasalahan berikut :

SJ – 2668 : TAHAP MENCEGAH KEMUNGKARAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15043

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
4 / Syawal / 1424 H
28 / November / 2003 M

J U M A A T ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum