SJ - 3078: Buasir di bulan puasa Semasa Mencuci Qada Hajat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3078: Buasir di bulan puasa Semasa Mencuci Qada Hajat

Ada pendapat mengatakan batal puasa sekiranya memasukkan buasir semasa bersuci qada hajat di siang hari. Sekiranya buasir pada asalnya adalah tidak keluar, dan hanya keluar semasa buang air dan dimasukkan semasa dicuci apa pula hukumnya. Apa pendapat ustaz?

Re: SJ - 3078: Buasir di bulan puasa Semasa Mencuci Qada Haj

Jawab:

Buasir bukanlah makanan. Yang membatalkan puasa ialah memasukkan makanan ke dalam usus manakala memasukkan usus kerana sakit buasir adalah TIDAK membatalkan puasa. Mereka yg berpendapat batal tidak mengetahui apa itu buasir (prolapsed haemorrhoids). Haemorrhoids atau piles atau buasir ini disyaki disebabkan oleh angkara buang air sembelit. Maka ia termasuk dalam hukum:" Dan Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tiada mengkehendaki kesukaran.". (Fiqh Sunnah lil Sayyid Sabiq dan Sifat Saoum anNabiyy lil Salil alHilaali) WA