:salam
Sebelum kedatangan Hari Raya baru2 ni, ada org2 yg tertentu menawarkan kpd org ramai untuk menukar duit raya yg baru seringgit-seringgit, lima ringgit-lima ringgit dsb dengan wang kertas yg lama untuk dihadiahkan kepada anak-anak buah pada hari raya nanti. apa yg menjadi kemusykilan di sini adalah, contohnya jika seseorang menukarkan duit 100rm lama/buruk dia hanya mendapat pertukaran kurang drp 100rm seperti 97 rm atau 98 rm sahaja wang kertas baru atas dasar org berkenaan mengambil upah kerana dia bersusah payah menyediakan wang2 kertas baru tersebut. Ramai jugaklah org yg melakukan pertukaran macam ni. kalau pergi ke bank mesti dapat 100rm juga wang kertas baru kalau tukar dgn 100rm wang kertas lama. Cuma masalahnya, masa dekat2 raya baru ni, bank2 terlalu sesak dengan org ramai, terpaksa beratur panjang2. maka untuk mengambil jalan mudah , ramailah yg melakukan pertukaran cara macam tadi: 100rm duit lama= 97/98 rm duit kertas baru. adakah berlaku riba dalam urusan ini?
:wassalam
:salam
Maaf lewat menjawab soalan sdr. Insya Allah saya akan cuba menjawabnya.
Riba atau interest hanya berlaku dalam industri perbankan dan pinjaman kewangan spt chetty dan along.Pertukaran spt yg dijelaskan itu bukanlah riba’. Ia spt service caj. Maka saya berpendpt ia diharuskan oleh syarak. Service charge spt ini byk digunakan. Antaranya pembelian wang pos, internet auction(ebay) dan byk lagi.
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri Nieta75 dengan kadar kemampuan yang ada, walaupun jawapan ini agak terlewat. Kami mohon kema'afan diatas kelewatan ini.
Kita merujuk kembali hadith-hadith yang membatas pertukaran diantara barangan yang sama :-
Sabda Nabi saw :-
Sabda Nabi saw didalam hadith yang lain; riwayat datang dari 2 sahih dan lain-lain mengenai cerita Bilal ra:-
Berdasarkan hadith diatas :-
(a) Didalam Fiqh al-Sarf (pertukaran matawang) , pertukaran matawang yang sama (mungkin kepada denominasi yang berlainan) hanya boleh berlaku dengan jumlah yang sama (tidak boleh kurang atau lebih).
(b) Berdasarkan hadith diatas, matawang yang berbeza (contohnya dari Ringgit ke Rupiah), boleh berlaku perbezaan pada nilai, kerana ia merupakan dua matawang yang berlainan (seperti 2 barangan yang berbeza).
(c) Perlaksanaan pertukuran matawang hendaklah dilakukan pada pada masa yang sama (semasa kontrak) sepertimana yang disebut yadan bi yad.
Eloklah sdri nieta75 melakukan pertukaran matawang lama tadi di Bank untuk mendapatkan nilaian yang sama, bagi mengelakkan riba yang dimaksudkan dari hadith kisah Bilal ra. WA.
Sila rujuk kepada Soal-Jawab berikut :-
SJ-11-0014 : pengurup wang v. tukar duit
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?p=30945#30945
wassalam.
خيرالأمين