SJ-03-0006: susulan SJ-2388: Masaalah keputihan

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0006: susulan SJ-2388: Masaalah keputihan

assalamualaikum...

sususalan bg soalan SJ-2388: Masaalah keputihan

sekiranya slps habis menunaikan solat... kita dapati terdapat cecair keputihan... tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?

sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?

Re: susulan SJ-2388: Masaalah keputihan

:salam

Quote:
tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?

Tidak. Krn sdr hanya menyedari selepas solat itu selesai. Kemungkinan keputihan itu keluar seleaps selesai solat. Maka, solat anda sah. Maka berdasarkan kaedah fiqh iaitu 'Keyakinan tidak dihilangkan dgn syak', solat anda sah krn keputihan itu tiada kpeastian bila keluarnya. Maka dikira ia keluar pada tika sdr melihatnya sahaja.(Fiqhus sunnah 1)

Quote:
sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?

Org yg mengalami penyakit keputihan yg sentiasa keluar ataupun selalu keluar, fuqaha' telahpun menggariskan cara penyelesaiannya iaitu dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatknya dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),"..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan).."(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat)

Maka diqiaskan darah dgn segala benda yg keluar sehingga menyebabkan sukarnya dia mengekalkan wudhu'.

Oleh itu, di sini ada dua perkara yg perlu diketahui. sekiranya sdr tidak melakukan sptmana di atas, maka solat sdr batal dan wudhu' perlu diperbaharui. Sekiranya sdr telah menyumbat atau seumpamanya, solat sdr sah dan abaikan apa saja yg mungkin keluar.

Sekian. WA.

:wassalam

RUJUKAN LAIN

Fiqh Islami
Dr wahabh al-Zuhaily

Fiqhus sunnah
Sheikh sayyid sabiq

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Tamamul Minnah
Sheih Nasiruddin al-Albani

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin Al-Makki

SJ-03-0006: susulan SJ-2388: Masaalah keputihan

updating