SJ-12-0042 Talaq 3

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0042 Talaq 3

:salam

saya ingin membincangkan persoalan talaq 3 didalam masyarakat kita.
dimana perkara ini sudah makruf didalam masyarakat. namun sejak akhir2 ini, dlm situasi masyarakat berada didalam kegawatan ilmu islam, persoalan talaq 3 kembali menjadi suatu perkara serius.
bahkan terdapat beberapa pandangan yg lebih menjurus kepada tidak sabit talaq itu jika dilafaz dlm satu perkataan. ini juga merupakan pandangan dr. wahbah zuhaili ketika menghuraikan secara tidak langsung didalam kitabnya fiqh al islami wa adillatuh, didalam bab talaq 3 yang mana dinyatakan bahawa undang2 mesir dan syiria juga menggunapakai pendapat 'yang lemah' ini sebagai hukum, sehingga menjadikan ia satu hukum yg kuat.
oleh yang demikian sekiranya perkara ini benar berlaku di negara tersebut, adakah mungkin di amal di malaysia. mohon kerjasama para ustaz membincangkan perkara ini lebih detail kerana setakat yang saya rujuk, tidak mahu membuka minda didalam membahaskan perkara ini.
terima kasih. :wassalam :bunga

Re: Talaq 3

:salam

Kami memohon maaf krn membuarkan soalan ini lama tidak berjawab. Saya percaya sdr Blaze sudahpun mengetahui hujah setiap pihka perihal jatuh atau tidaknya talaq 3 ini. Maka tidak perlulah rasanya utk kita huraikan dgn panjang lebar. Secara ringkasnya bolehlah dirujuk URL berikut:SJ-2297: Lafaz talak

Adapun ia wajar diamalkan di M'sia bergantung kpd pihak berkuasa. Al-Ahkam tidak dapat mengeluarkan sebrg hukum berkaitannya krn urusan penerimaan kes cerai dan seumpamanya adalah dibawah akta Kekeluargaan Islam M'sia. Dan kebiasaanya, pihak mahkamah syariah akan mengkaji sesuatu kes dgn lebih mendalam sblm menetapkan satu2 hukum. Dan pada umumnya, pendpt yg dipegang adlah pendapat mazhab Syafi'i.

Kami memohon maaf kiranya kami tidak dapat mejawab soalan sdr. Mungkin soalan ini akan dibahaskan dgn panjang lebar oleh al-Ustaz Tytsezh kita jika berkesempatan. WA.

:wassalam