SJ-01-0019: Duniawi Zaman Silam dan Moden

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0019: Duniawi Zaman Silam dan Moden

:salam

Ustaz, bolekah kita berfikiran bahawa duniawi di zaman Nabi s.a.w dan zaman skrg boleh dimansukh kerana zaman teknologi. e.g hal isbal, siwak, etc. Sudah maklum bahawa amal ibadah yg shahih dari Nabi s.a.w kita tidak boleh ubahkan, tetapi hal seperti benda keduniaan bagaimana pula? e.g zaman dahulu mereka mengheretkan kain utk bermegah-megahan, tetapi zaman skrg ada pula yang kain di atas mata kaki tetapi hendak menunjuk fashion mereka(riya'). Jadi adakah perkara duniawi dulu boleh dimansukhkan oleh perkara yg tidak wujud zaman skrg? :srug

SJ-01-0019: Duniawi Zaman Silam dan Moden

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Saya akan cuba memberi petua atau kaedah dalam memahami hal ini seringkas mungkin. Sepatutnya, selepas membacanya, sdra yang bertanya dapat memahami permasalahan di atas hingga ke dasarnya.

Sunnah adalah apa sahaja yang lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuataan atau taqrir/pengakuannya. Namun, tidaklah semua apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu disyariatkan. Ada yang memang disyariatkan dan ada yang tidak disyariatkan.

Dari sini sunnah Nabi s.a.w dapat kita bahagikan kpd tiga bahagian:
Pertama: Sunnah yang disyariatkan. Iaitu sunnah yang mesti diikuti dan diamalkan oleh seluruh muslimin. Iaitu perbuatan baginda atas sifatnya sebagai Rasulullah s.a.w. Contoh: Sembahyang, puasa, haji dll.
Kedua: Perbuatan dari Nabi s.a.w. atas satu dalil di mana hukumnya bukan untuk umum umat tetapi untuk dirinya sendiri. Seperti Nabi s.a.w. berkahwin lebih dari 4 isteri.
Ketiga: Sunnah yang tidak disyariatkan kepada umat islam. Iaitu perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atas sifatnya sebagai manusia sebagaimana manusia-manusia lainnya. Sunnah ini ada beberapa jenis:
1. Perbuatan Nabi s.a.w. berdasarkan sifat kemanusiaannya. Contoh: Nabi berdiri, berjalan, berkenderaan, duduk, tidor, makan, minum dll.
2. Perbuatan Nabi s.a.w. berdasarkan kemahiran manusiawi. Contoh menyusun strategi peperangan, kaedah bertani, kaedah perubatan dsbnya.

Dari sini dapat kita faham bahawa ada sunnah yang disyariatkan kepada kita dan kita wajib terima serta patuh. Ada sunnah yang tak boleh kita ikuti, iaitu suatu hukum yang dikhususkan hanya utk Rasul s.a.w. sahaja.

Ada sunnah yang tidak disyariatkan ke atas kita. Contoh, spt berkenderaan. Kalau Nabi s.a.w. mengendarai unta, tidak semestinya kita juga mesti mengendarai unta. Bukan kerana kita memansukhkan apa yg nabi buat, tetapi apa yg baginda buat bukanlah atas kerasulannya. Juga bukan kerana nak memberi petunjuk hukum. Nabi s.a.w. menunggang unta kerana faktor zaman pada waktu itu. Lahir dari tabiat manusiawinya. Di mana sbg manusia yg hidup di kawasan dan zaman yg manusianya mengenderai unta, maka untalah yg dinaiknya.

Begitulah juga cara dan fesyen Nabi s.a.w. berpakaian. Kaedah berubat dsbnya. Kita tidak mengikut Nabi s.a.w. dalam hal2 sunnah yg begini bukanlah kerana kita menolak atau mengabaikan baginda s.a.w., tetapi kerana ia tidak syariatkan ke atas kita. Ia dilakukan oleh baginda bukan untuk memberi petunjuk hukum, tetapi atas naluri kemanusiaan dan kerana situasi semasa yang melingkunginya.

Persoalan:

Quote:
Ustaz, bolehkah kita berfikiran bahawa duniawi di zaman Nabi s.a.w dan zaman skrg boleh dimansukh kerana zaman teknologi. e.g hal isbal, siwak, etc. Sudah maklum bahawa amal ibadah yg shahih dari Nabi s.a.w kita tidak boleh ubahkan, tetapi hal seperti benda keduniaan bagaimana pula? e.g zaman dahulu mereka mengheretkan kain utk bermegah-megahan, tetapi zaman skrg ada pula yang kain di atas mata kaki tetapi hendak menunjuk fashion mereka(riya'). Jadi adakah perkara duniawi dulu boleh dimansukhkan oleh perkara yg tidak wujud zaman skrg?

Jawab: Tak perlulah disebut ia dimansuhkan atau sebagainya, tetapi jika sunnah itu tidak disyariatkan maka ia bukanlah menjadi sesuatu yg cela jika kita meninggalkannya. Tidak ada celanya kita gantikan kuda2 perang dengan kereta2 kebal. Tidak ada cacatnya jika kita menggunakan kaedah penanaman hydroponik menggantikan kaedah pertanian yg diamalkan pada zaman Rasul s.a.w. dan para sahabatnya r.a.

Mengenai masalah siwak pula, yang disunnahkah atau disyariatkan adalah siwak/menggosok gigi. Dengan alat apa itulah yg tidak ditentukan. Untuk mendapat pahala bersiwak, tidak semestinya menggunakan kayu sugi spt yg sedia maklum. Kita akan dapat pahala juga jika menggunakan berus gigi yg ada dijual di kedai2. Malah, kerana pentingnya hal menggosok gigi ini, ada kitab2 feqh yang mengatakan dengan apa sahaja benda yang kesat dan dapat membersihkan gigi.

Masalah melabuhkan pakaian pula ialah, perkara sebenarnya ialah, larangan baginda di dalam hadis berkenaan ada maksudnya. Ada illahnya/alasan hukum. Bukan larangan itu tanpa illah. Illah inilah yang menentukan hukum. Ada illah ada hukum. Tiada illah maka tiada hukum.

Alasan hukum haram dalam masalah melabuhkan pakaian adalah bertujuan utk bermegah2, sombong dan bangga. Jika ada perasaan sombong dan bangga maka wujudlah hukum haram itu. Jika tiada dorongan utk bermegah dan sombong maka tiadalah hukum haram itu.

Sperti haramnya arak atas illah memabukkan. Sesuatu benda itu jika terdapat illah ini maka wujudlah hukum haram. Jika tiada maka tidak wujudlah hukum haram.

Dadah bukanlah arak. Tetapi hukumnya sama dengan arak. Kerana sama2 wujud illah memabukkan.

Kesimpulannya, gantikan perkataan "duniawi di zaman Nabi s.a.w dan zaman skrg boleh dimansukh kerana zaman teknologi" dengan fakta2 yang telah saya jelaskan di atas.

Semoga bermanfaat utk semua.

:wassalam

---------------------------
Rujukan:
Usul Feqh, Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh, Abdul Wahab Khalaf