SJ-10-0028 : Sembelihan haiwan yang diharamkan.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0028 : Sembelihan haiwan yang diharamkan.

:salam
Jika dlm keadaan dharurat,haiwan seperti khinzir boleh dimakan.Adakah proses sembelihan berlaku seperti biasa utk mematikan khinzir tersebut dan memakan dagingnya?Situasi dharurat berlaku apabila contohnya sesat dlm hutan dan sukar utk mendapati makanan lain utk teruskan survival.
Terima kasih.

SJ-10-0028 : Sembelihan haiwan yang diharamkan.

:wassalam

alJawab:

Ini termasuk soalan yang tidak perlu diselidiki kerana kalau kita sudah dharurat, maka segala hukum hakam sampingan itu tidak valid lagi.

jika babi itu haram, maka sembelihan tidaklah menghalalkan babi, cuma ia hanyalah jalan terbaik atau paling ihsan utk mematikan babi yakni mengurangkan kesiksaanya.

Rasanya orang yg dharurat dan kelaparan tidak lagi memikirkan perkara2 ini, kerana kemungkinan mereka akan menembak babi itu, atau menahan perangkap dan apa yg ditemui ialah babi yg sudah mati.

Dalilnya:

" hai org2 beriman, janganlah kamu bertanya perkara2 yang jika diterangkan kpd kamu akan menyusahkan kamu.." AQT 5:101

sekian