assalamuallaikum wbt
saya ingin bertanya mengenai persoalan azan. adakah azan merupakan wahyu allah swt kepada nabi? soalan ini ditanya ketika 1 progam usrah disini. Riwayat menyebut sahabat sahabat bermimpi perkara yang sama mengenai azan ini. jadi adakah mimpi sahabat ini dikira wahyu? adakah azan diwajibkan ketika waktu solat?
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan saudara Eastlum itu , dan inilah jawapannya berdasarkan sedikit ilmu yang kami perolehi dan taufiq daripada Allah Ta’ala.
Kisah mengenai permulaan azan ini sebenarnya menjadi perkara yang diperselisihi di kalangan ulama ‘ muslimin. Secara ringkasnya begini :
[=blue] GOLONGAN PERTAMA :
- Menurut riwayat Imam Ibnu Hibban (rh) azan ini disyariatkan ke atas Baginda Rasulullah s.a.w di malam yang sama Baginda s.a.w menerima kewajipan solat 5 waktu , iaitu di malam berlakunya Isra’ dan Mikraj ~ Dan riwayat ini tidak dapat dijadikan hujah.
- Ianya diriwayatkan juga oleh Imam Ad-Daruqutni (rh) daripada Saidina Anas (r.a) ~ Akan tetapi sanadnya lemah ( dhai’ef ).
- Juga diriwayatkan oleh Imam At-Tobrani (rh) daripada Saidina Ibnu Umar (r.a) akan tetapi riwayat itu adalah MATRUK : Hadis yang diriwayatkan oleh hanya melalui satu riwayat sahaja @ seorang perawi sahaja dan rawi itu pula dituduh berdusta .
- Seperti itu juga riwayat daripada Imam Ibnu Marduwaih (rh) daripada Saidatina ‘Aaisyah (r.a) ~ Tetapi di dalam riwayat itu ada seorang periwayat ( rawi ) yang tidak dikenali oleh para ahli hadis (rh).
- Begitulah juga riwayat daripada Imam Al-Bazzar (rh) daripada Saidina Ali (r.a ) ~ Akan tetapi di dalam hadis tersebut terdapat seorang rawi yang bernama Ziad Bin Al-Mundzir Abul Jarud yang dituduh sebagai seorang yang MATRUK.
[b] KESIMPULAN PENDAPAT GOLONGAN PERTAMA : Riwayat mereka yang menyatakan bahawa azan ini disyariatkan di malam Irak & Mikraj adalah satu riwayat yang tidak dapat dijadikan hujah kerana lemahnya riwayat tersebut – Kesimpulan daripada Al-Imam Al-‘Asqalani (rh) di dalam Kitab Fathul Bari dan Imam Asy-Syaukani (rh) di dalam Nailul Author , Jilid II , Kitab As-Solat , Bab Abwab Al-Adzan , ms 9-10 , Cetakan : Darul-Fikr , Beirut ).
**************************************
[b] GOLONGAN KEDUA :
Azan disyariatkan bukan sahaja melalui kisah Para Sahabat (r.a) yang masyhur itu, malahan ianya ditegaskan juga oleh Al-Quran dan As-Sunnah .
Dalilnya daripada Al-Quran Al-Karim :
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Maidah : Ayat 58 :
æóÅöÐóÇ äóÇÏóíúÊõãú Åöáóì ÇáÕøóáÇóÉö ÇÊøóÎóÐõæåóÇ åõÒõæðÇ æóáóÚöÈðÇ Ðóáößó ÈöÃóäøóåõãú Þóæúãñ áÇøó íóÚúÞöáõæäó
Ertinya : “Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal “ [/b]
Dalilnya menerusi As-Sunnah :
Terdapat beberapa hadis yang panjang-lebar yang membicarakan mengenai pensyariatan adzan ini , secara ringkasnya kita kumpulkan semua hadis-hadis tersebut dan kesimpulannya adalah sebagaimana berikut :
Tatkala muslimin berada di Madinah Al-Munawwarah , di Era Kepimpinan Baginda Rasulullah s.a.w m terdapat 3 masjid yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat mereka iaitu (1)- Masjid An-Nabawi di tengah-tengah Kota Madinah , (2)- Masjid Quba’ di sebelah utara Madinah dan (3)- Masjid Bani Salim , iaitu di kawasan yang jauh daripada Kota Madinah.
Kemudian, para sahabat (r.a) sendiri telah berbincang mengenai bagaimanakah cara sebaiknya untuk ditentukan waktu solat , lalu ada yang mencadangkan agar dinyalakan api sebagai tanda bermulanya waktu solat. Tetapi hujah ini ditolak pula oleh sebahagian para sahabat (r.a) kerana cara itu tidak berapa berkesan di waktu siang hari.
Ada pula yang mencadangkan agar dikibarkan bendera di kala itu , akan tetapi cadangan ini juga tidak diambil perhatian oleh majoriti para sahabat (r.a).
Lalu , ada pula yang mencadangkan agar , ditiup nafiri ( semboyan trompet ) , akan tetapi dibantah pula cadangan ini kerana terdapatnya persamaan dengan cara ibadat orang-orang yang beragama Yahudi.
Selepas itu, ada pula yang mencadangkan agar dipukul tabuh ( dan menurut riwayat lain pula dicadangkan membunyikan loceng ) , akan tetapi ini juga ditolak lantaran adanya persamaan dengan cara beribadat Kaum Kristian .
Akhirnya seorang sahabat (r.a) yang bernama Saidina Abdullah Bin Zaid (r.a) telah bermimpi di malam hari dan beliau (r.a) telah mendapat cara melakukan pengumuman masuknya waktu solat , iaitu melalui adzan . Dan diajar juga di dalam mimpi tersebut , cara-cara melakukan adzan. Apabila tersedar daripada tidurnya, beliau (r.a) pun menceritakan hal tersebut kepada Baginda Rasulullah s.a.w .
Saidina Umar (r.a) yang turut sama bersama dengan Rasulullah s.a.w apabila mendengar kisah Saidina Abdullah Bin Zaid (r.a) itu pun turut sama bermimpi seperti itu sejak 20 hari yang lalu , tetapi tidak diceritakannya kepada Baginda s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanyakan Saidina Umar (r.a ) : “ Wahai Umar ! Mengapakah tidak engkau beritahu aku akan hal itu sebelum ini ? “.
Lalu dijawab oleh Saidina Umar (r.a ) : “ Sebenarnya aku memang hendak memberitahumu akan hal itu , akan tetapi aku telah didahului oleh Abdullah Bin Zaid , maka timbullah perasaan malu untuk aku ceritakan hal itu “.
Akhirnya , Rasulullah s.a.w pun memerintahkan Saidina Bilal Bin Rabah (r.a) untuk melaungkan adzan sebagaimana di dalam mimpi Saidina Abdullah Bin Zain (r.a) itu.
HIKMAH & PENJELASAN KISAH DI ATAS :
1 – Wujudnya satu gandingan di kalangan Para Sahabat (r.a) yang berhempas-pulas memikirkan cara untuk menyeragamkan waktu solat sebagai syiar agama islam.
2 - Para sahabat (r.a) saling bantu-membantu di dalam usaha mengiklankan kemasukan waktu solat bagi semua penduduk Madinah Al-Munawwarah.
3 - Kisah ini menjadi bukti bahawa ijtihad Para Sahabat (r.a) di dalam mencari kebenaran dan menyiarkannya kepada manusia merupakan satu contoh terbaik dan sangat terpuji. Dan menurut riwayat di atas lagi , sengaja syariat Adzan ini tidak bermula melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai bimbingan kepada Para Sahabat (r.a) agar mereka berdikari dan berusaha menyatu-padukan umat Islam dan meninggikan kalimahnya .
4 – Walaupun menurut riwayat ini bahawa adzan ini tidak dimulai sendiri oleh lisan Rasulullah s.a.w , akan tetapi ianya tetap dikira sebagai Sunnah , kerana perakuan ( taqrir ) daripada Rasulullah s.a.w sendiri termasuk di dalam pengertian Sunnah . Dan praktikal Azan ini dikenali juga sebagai termasuk di dalam : SUNNAH HUDA ( iaitu satu sunnah yang dilakukan untuk menyempurnakan kewajipan agama , seperti adzan ini dan juga berjemaah , dan orang yang tidak melaksanakannya dianggap sebagai sesat. Lantaran itu , jika ada golongan yang bermuafakat untuk tidak melaksanakannya maka mereka wajb diperangi ).
5 – Walaupun Adzan menurut riwayat ini ianya bukanlah wahyu yang diutuskan kepada Baginda s.a.w , tetapi ianya adalah mimpi yang benar , yang mana mimpi seperti ini biasa dilalui oleh manusia , khasnya mereka yang dekat diri mereka dengan Allah Ta’ala . Apatah lagi ianya menjadi semakin kuat untuk dilaksanakan apabila Rasulullah s.a.w sendiri mengakuinya sebagai salah-satu syiar Islam.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
**************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
1 – ‘AUNIL MA’ABUD SYARAH SUNAN ABI DAUD (RH)
Oleh : Imam Abadi (rh) & Ibnul Qaiyyim Al-Jauziah (rh)
Jilid ke-2 , Ms 126 – 132, Hadis ke-494 & 495 ~ Terbitan : Darul Fikr , Beirut.
2 - TUHFATUL AHWADZIE SYARAH JAMIE’ AT-TURMUDZIE (RH)
Oleh : Imam AL-Mubarakfuri Al-Hindi
Jilid Pertama , Hadis ke-189 , Ms 497-502 ~ Terbitan : Darul Fikr , Beirut.
3 - NAILUL AUTHOR SYARAH MUNTAQA AL-AKHBAR
Oleh : Imam Asy-Syaukani (rh)
Jilid ke-2 , Kitab As-Solat , Abwab Al-Adzan , ms 9-10 ~ Terbitan : Darul Fikr , Beirut.
4 - AL-FIQH AL-ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : ‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (h.a)
Jilid Pertama , Ms : 691-693 ~ Terbitan : Darul Fikr , Damsyiq .
5 - KAMUS ILMU HADIS
Oleh : Al-Fadhil Drs. Totok Jumantoro
Terbitan : Bumi Aksara ,Jakarta.
6 - PENJELASAN DARIPADA SYEIKH SOLEH HAMDI AS-SISI (h.a)
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
6 / Sya’aban / 1423 H
13 / September / 2002 M
Ahad – Bandaraya Kaherah