SJ-05-0047 : Solat Jumaat Di Luar Negara

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0047 : Solat Jumaat Di Luar Negara

Assalamualaikum w.r.t

Saya ada beberapa kemusykilan tentang solat Jumaat.

1)Saya sekarang ini sedang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun.Di tempat saya setiap minggu diadakan solat Jumaat dengan jumlah muslim yang hadir hampir 20 orang.Jadi adakah wajib ke atas saya untuk solat jumaat (apa yang saya tahu kalau mengikut mazhab syafie, perlu cukup 40org) dan adakah jika saya tidak datang untuk solat jumaat lebih dari 3 kali disebabkan saya berpegang bahawa tidak wajib sebab tak cukup 40org,maka saya ini dikategorikan dlm hadith Abu Al-Ja’d Adh-Darimiy berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan(sembahyang) jumaat 3 kali sebab menghina(meringan-ringankan ibadah), nescaya hatinya akan termeterai Allah(dari memperoleh rahmat).” [Hadis Hasan riwayat Imam Tirmidzi]”

2)Kemudian jika saya ada kelas atau kuliah pada Jumaat yang menyebabkan saya tidak dapat solat jumaat langsung sepanjang Semester tersebut,adakah kewajipan untuk solat Jumaat itu gugur dan tidak termasuk dlm golongan yang disebutkan dlm hadith di atas.

3)Disebabkan kadang2 kehadiran jemaah solat jumaat terlalu ramai(dlm 25org),maka terpaksa mengunakan 2 buah rumah.(Musolla di tingkat atas dan rumah satu lagi betul2 dibawah musolla tersebut.)Jadi bagi yang solat jumaat di rumah dibawah musolla, akan mendengar khutbah dengan mengunakan radio utk mendengar khutbah yg disampaikan di musolla.Jadi adakah solat jumaat bagi yg bersolat di bawah musolla itu sah?

maaf mungkin soalan yang saya kemukakan di atas terlalu panjang dan mungkin soalan berulang.Harap ahli panel al-ahkam dapat menjawapnya.Segala kerjasama dari Ahli panel al-ahkam saya dahului ucapan banyak2 terima kasih. :) :)

Re: Solat Jumaat Di Luar Negara

:wassalam
Jawab

1. Bilangan solat Juma'at

Khilaf mengenai bilangan solat Juma'at ini telah dihapuskan. Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam alIkhtiyarat/119-120 menjelaskan solat Jumu'at terlaksana dgn minima TIGA orang. Dalilnya, Hadis Muslim dari Abu Sa'eed alKhudry ra," jika mereka tiga orang, maka hendaklah salah seorang dari mereka diangkat sebagai Imam.."(Muslim, kitab Masjid no 672)
Ini juga Fatwa mantan Mufti dan ketua Lajnah Fatwa Arab saudi, Syaikh dan alMuhaddith Abdullah ben Baz, syarh Bulugh alMaram hadis no 491.

Bagaimana menilai pendapat Syafi'iyah yg menetapkan bilangan Juma'at hendaklah minima 40 orang. Hadis yg digunakan oleh Imam Syafi'iy adalah hadis sahih daalm sunan Abu Daud no 1069, hadis Abdul Rahman bin Ka'ab bin Malik ra. Imam Syaukani dalam nayl alAwthor 2/494 mengulas bahawa solat Juma'at itu adalah dipermulaan Hijrah ketika bilangan orang Islam sedikit sekitar 40 orang. Maka bilangan 40 itu bukanlah hadis dalil akan bilangan juma'at kerana tiada penegasan secara qat'iy. Syaikh Baz mengeluarkan fatwa resmi (majmu Fatawa Ben Baz: 12/361), bahawa persyaratan bilangan 40 itu adalah berunsur situasi pada masa itu dan bukanlah syarat Juma'at. sekian

Tahqeeq Hadis meninggalkan Juma'at:
Hadis Abu Ja'ad alDhamiri ra
Berkata Imam alHafeedz Ibn Hajar dalam Talkhis alHabeer: 2/52; hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, alBazzar , asyhab asSunan , alHakim dan disahihkan oleh Ibn asSakan. Disahihkan oleh Imam alAlbani, Sahih alJami' # 6143
>>>>bersambung

Re: Solat Jumaat Di Luar Negara

2. Fatwa dalam madzhab Hanbali*
madzhab Hanbali dipilih kerana madzhab ini adalah yg paling banyak memberi rukhsah atau memberi keluasan fiqih bagi menghadapi kesulitan dalam solat.

alhafeedz Ibn Qudamah alMaqdisi alHanbali dalam dua kitab meganya: Syarh alKabeer 5/169 dan alMughni 3/126"
Bagi musafir yg bermuqim (pelajar Malaysia di Jepun adalah musafir) yg tidak bercadang mendiami sesuatu negara sebagai warga spt penuntut ilmu atau pedagang yg bercadang akan menetap dalam jangkawaktu yg panjang demi menyelesaikan urusannya, ada dua Qaul (pendapat) dalam madzhab Hanbali:
1. Wajib solat kerana bermuqim yg panjang itu menjadi syarat wajib solat Juma'at
2. Tidak wajib solat kerana syarat wajib solat Juma'at ialah bermuqim yg bertaraf warga sahaja

Pendapat pilihan bagi pelajar dan pedagang yg bermukim ini (dalam madzhab Hanbali) ialah mereka wajib solat Juma'at sebagaimana penduduk tetap. Maka mereka hendaklah solat Juma'at bersama mereka. Inilah Fatwa Mufti Ben Baz (Majmoo' Fatawa: 5/170) dan Syaikh Saleh alUthaimeen (salah seorang ulamak senior KSA, Syarh alMumti' 5/25)

Solat Juma'at itu gugur jika solat Juma'at tidak dilaksanakan di tempat itu atau seseorang memiliki Uzur atau kesulitan. Kesulitan atau masyaqaah ini bergantung kepada individu tersebut. Antara kesulitan dalam madzhab Hanbali ialah sakit, ketakutan hujan, halangan cuaca spt salji, angin, dan sebarang kepayahan umum. Ibn Qudamah dalam alKafi 1/478-479, gugurnya itu diganti dgn solat Zuhur. WaLlahu 'alam

3. Solat Juma'at dalam satu bangunan dua tingkat

Hukumnya: boleh, asalkan makmum mengetahui pergerakan Imam, mendengar takbirnya atau dgn cara lain (spt PA system)

Fatwa Ben Baz, Majmoo Fatawa: xii/213 dan Syarah alMuntaqa hadis no 1499; Syaikh Saleh alUthaimeen, syarh Mumti': 4/419.
Dalilnya : Hadis Bukhari dalam kitab alAzan no 729 dari Aisyah ra bahawa Nabi saw biasa solat di qamarnya dan sahabat mengikuti beliau kerana masih dapat melihat pergerakan baginda.

Tambahan: Alangkah baiknya muslimin di jepun memanfa'atkan kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi Jepun dgn membeli CCTV dan membuat siaraya secara langsung ketika khutbah Juma'at, maka orang ditingkat bawah akan dapat melihat gambar dan suara sekaligus. sekian