:salam
ada kemusykilan disini, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seorang muslim membuka laman web lucah yang menawarkan video lucah untuk didownload, yang saya kesalkan laman tersebut telah pun dibuka beberapa harini oleh orang melayu islam di Malaysia.
2. Apa hukumnya kiranya saya mengajak beberapa rakan 'godam' laman lucah tersebut untuk tujuan mengelakkan maksiat berlaku. Laporan ke hosting server iaitu syarikat webhosting Telekom tiada kesan padanya maka saya ingin buat cara tersendiri.
3. Apakah dosa orang yang bersubahat lebih besar dari orang yang melakukannya, kerana ramai user dari malaysia menyokong tindakan laman itu dibuka.
wassalam.
:wassalam
1. Hukum membuka laman web lucah ni adalah ijma' di kalangan ahli ilmu dan ahli akhlak adalah suatu hukum yang maklum dan tidak memerlukan di buka AQ dan alKitab. Hatta kerajaan Cina yg menganut komunisme pun tidak membenarkan laman web lucah dibuka oleh warga Cina. Kelucahan tidak syak lagi meruntuhkan akhlak kemanusiaan.
2. Usaha menghapuskan kemungkaran ini dilihat kepada kekuatan kita. Jika kita mampu gunakan tertib yg dianjurkan oleh nabi saw: dgn kuasa, dgn lisan dan akhir sekali dgn hati), maka gunakanlah saluran sedia ada, spt lapuran polis, lapuran kepada Suruhanjaya Komunikasi, NGO, ISP, dsbnya
3. Orang yg melakukan dosa dan yg bersyubahat ni akan dikumpulkan dalam satu geng di Akhirat:
Dalilnya:
" kumpulkan orang2 yg dzalim dan kuncu-kucu mereka" AQT 37: 22
siapa yg lebih besar dosanya akan diketahui selepas Hisab.
sekian