Assalamu'alaikum Warah Matullah
Apakah hukumnya bagi ...
1) menziarah orang kafir (sakit sprt coma) dirumahnya (dimana patung2 dan bau2 serta mentera dimainkan)
2) menziarahi orang kafir yang mati dirumahnya? (keadaan lebih keagaamaan kafirun)
3) pergi ke mortuary/kubur untuk upacara pembakaran/cremation?
Jazakallah
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan tersebut ,dan berikut ini adalah jawapannya dengan izin Allah Ta’ala :
1 – Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menziarahi orang Yahudi yang sedang sakit , yang akhirnya disebabkan ziarah itu , maka Yahudi itu pun memeluk Islam , ini disebabkan kecantikan akhlak Baginda s.a.w .
Adapun jika di dalam rumah pesakit bukan Islam ( non-muslim ) itu ada patung-patung sembahannya , colok dan berbagai-bagai alat-alat ( altar ) syiar kebesaran agamanya ,maka di dalam hal ini marilah kita melihat riwayat-riwayat di bawah ini :
Úóäú Úóáöíøò ÞóÇáó ÕóäóÚúÊõ ØóÚóÇãðÇ ÝóÏóÚóæúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÌóÇÁó ÝóÑóÃóì Ýöí ÇáúÈóíúÊö ÊóÕóÇæöíÑó ÝóÑóÌóÚó
Ertinya : Ali pernah berkata : “ Saya pernah memasak makanan , lalu aku pun mempelawa Baginda Rasulullah s.a.w untuk bersama-sama saya , maka apabila Baginda s.a.w sampai , dia pun kembali ke rumahnya semula apabila mendapati di dalam rumah saya ada beberapa gambar ( patung ) ~ Ibnu Majah : Kitab Al-At’iemah , Bab ke-56 ( Idza Raa Ad-Dhaifu Munkaran Raja’a ) , No : 3359 dan Imam An-Nasaie : 5351 .
ÈóÇÈ ÇáÕøóáóÇÉö Ýöí ÇáúÈöíÚóÉö æóÞóÇáó ÚõãóÑõ ÑóÖöí Çááøóåã Úóäúåã ÅöäøóÇ áóÇ äóÏúÎõáõ ßóäóÇÆöÓóßõãú ãöäú ÃóÌúáö ÇáÊøóãóÇËöíáö ÇáøóÊöí ÝöíåóÇ ÇáÕøõæóÑõ æóßóÇäó ÇÈúäõ ÚóÈøóÇÓò íõÕóáøöí Ýöí ÇáúÈöíÚóÉö ÅöáøóÇ ÈöíÚóÉð ÝöíåóÇ ÊóãóÇËöíáõ
Ertinya : Ini adalah satu bab yang menerangkan mengenai permasalahan sembahyang di dalam gereja @ biara . Saidina Umar (r.a) pernah berkata : Kami semua ( orang-orang Islam ) tidak akan masuk ke dalam gerejamu ( Wahai Costantine ! ~ Seorang pembesar Kristian di Palestin ) , di sebabkan di dalamnya terdapat patung-patung . Dan Ibnu ‘Abbas (r.a ) juga pernah bersembahyang di dalam gereja @ biara kecuali gereja @ biara yang mempunyai patung-patung di dalamnya ~ Riwayat Imam Al-Bukhari (rh) di dalam Kitab As-Solat , Bab ke-54 ( Bab As-Solah Fil Bi’ah ) , No : 434 .
Akan tetapi , sudah pasti setiap bukan-Islam ( kecualilah yang atheis – tiada agama ) ada patung-patung sembahan mereka di dalam rumah-rumah mereka . Adakah disebabkan kita tetap mahu meziarahi mereka , kita mesti minta mereka jauhkan kita daripada patung-patung sembahan mereka itu ? . Adakah patut kita yang sebagai tetamu ini meminta pula tuan rumah itu meletakkan patung-patung sembahan mereka jauh daripada kita , demi ketenangan hati kita ketika menziarahi pesakit di situ ? .
Maka di sini sudah tentulah kita tidak berkuasa untuk mengubah kemungkaran ( berhala-berhala ) itu dengan tangan ( kuasa ) kita dan sudah tentulah bukan di situ ruang sepatutnya untuk kita mengubah sesuatu kemungkaran dengan menggunakan kuasa , apatah lagi sudah pasti jika kita melakukan perkara seperti itu , umat Islam akan semakin dilihat sebagai kumpulan pengganas ( terrorist @ irhabiyah ) dan sebagai satu masyarakat yang tidak reti toleransi beragama .
Apatah lagi di dalam sesebuah struktur masyarakat majmuk seperti negara kita , Malaysia , berjiran dengan jiran-jiran yang bukan-Islam sudah merupakan satu perkara yang biasa . Maka sudah tentu kita juga mahu melakukan kebaikan kepada jiran-tetangga kita yang bukan Islam , apatah lagi jika mereka sendiri sudah selalu melakukan kebaikan kepada kita ( contohnya : Apabila kita hendak keluar rumah , kita tinggalkan kepada mereka kunci rumah kita ataupun mereka kerap menziarahi kita , khasnya di hari kenduri-kendara kita dan perayaan kita , umat Islam ) .
Oleh itu – menurut sekadar ilmu yang saya miliki – cukuplah kita menolak kemungkaran itu dengan hati kita , iaitu kita membenci patung-patung itu ( dengan hati-hati kita ) . Lagipun niat kita menziarahi pesakit bukan Islam itu bukanlah untuk memuliakan patung-patung sembahannya itu , tetapi sebagai menyempurnakan tanggung-jawab kita sebagai seorang muslim . Dan setiap muslim dituntut untuk berlaku baik dan bersikap hormat-menghormati kepada sesama manusia ( lebh-lebih lagi sesama Islam ) , KECUALILAH orang-orang yang sudah zahir permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya .
2 – Jika ziarah itu TIDAK menyebabkan kita mesti mengikuti adat-istiadat mereka yang bertentangan dengan Islam - seperti mesti tunduk sujud kepada gambar si mati ( sebagai mana amalan pelatih-pelatih Aikido yang sujud ke gambar Mendiang Morihei Ushiba ataupun Karate-Do ) , mesti sama-sama membakar kemenyan , mesti sama-sama tolong mereka membakar jenazah itu , mesti sama-sama mempersiapkan peralatan si mati ( buat kereta palsu dan sediakan duit “ hell bank note “ dan seumpamanya – maka itu adalah HARAM ,bahkan di beberapa perkara itu boleh menyebabkan seseorang itu MURTAD ~ Na’uzubillahi Min Dzalik .
Jadi , selagi ianya tidak menggadai aqidah dan pegangan kita sebagai seorang muslim dan selagi ianya tidak menyebabkan kita menderhakai Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w , maka ziarah non-muslims itu dibenarkan .
3 – Pergi ke kawasan perkuburan orang-orang bukan Islam ( menghantar jenazah ) itu TIADA LARANGANNYA di dalam agama kita . Akan tetapi MENGIKUTI & MENYERTAI ADAT-ISTIADAT mereka yang bertentangan dengan Islam seperti kita turut sama mendoakan si mati yang bukan Islam itu , ataupun kita turut sama berdiri di sisi kuburnya dengan meratap sayu , sama-sama membakar si mati , menyanyikan pula lagu-lagu agama mereka dan sebagainya itulah yang dilarang dan ditegah oleh agama kita .
Namun , jika cukup sekadar menziarahi keluarga si mati itu di rumah mereka , tanpa perlu mengikuti mereka menghantar si mati ke tanah perkuburan , maka itu adalah LEBIH BAIK DAN LEBIH MEMELIHARA AQIDAH DAN PEGANGAN SESEORANG ISLAM.
Orang-orang bukan Islam itu sendiri akan faham dengan pegangan kita apabila kita nyatakan kepada mereka batas-batas agama kita dengan baik , apatah lagi kebanyakan orang-orang bukan Islam sendiri sudah terbuka pengetahuan mereka dan toleransi mereka terhadap agama Islam dan umatnya .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************
RUJUKAN
1 – Lihat SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8150&page=7&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
2 – FATHUL BARI SYARAH SAHIH IMAM AL-BUKHARI – Jilid 2 – Terbitan : Darul Fikr , Beirut .
3 – SUNAN IBNU MAJAH & KOMENTARNYA ~ Almarhum Ust Muhammad Fuad Abd Baqiy – Darul Hadis , Cairo .
4 - FATAWA MU’ASIRAH III ~ Al-Qaradhawie ( ms 663 ) .
5 – kata-berjawab 1-5 ~ Almarhum Ust. Abdul Qadir Hassan – ms 806-808 – Yayasan Al-Muslimun , Bangil , Indonesia.
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
2 / Ramadhan / 1423 H
7 / November / 2002 M
Khamis – Bandaraya Kaherah
Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum